HIDUP SEORANG BLOGGER

on Ahad, Ogos 22, 2010

Salam...

Mengenali dunia blog 11 bulan lalu menjadikan diriku begitu teruja untuk memiliki blog sendiri. Pelbagai medium aku gunakan semata-mata mencari cara untuk mewujudkan sebuah blog. Aku terus menjelajah segala pelusuk laman web namun tidak ku temui apa yang di cari.

Tiba-tiba aku terjumpa sebuah blog dot webs dot com, aku terus daftar yang bermatlamatkan perniagaan online. Ketika itu, aku begitu bangga kerana dapat buat blog sendiri tetapi aku belum arif untuk setting, design dan sebagainya berkenaan webs tersebut. Walaupun aku bangga kerana mula HIDUP sebagai SEORANG BLOGGER tetapi hatiku masih tidak puas dengan apa yang aku buat. Aku mencari dan terus mencari. Akhirnya aku terjumpa blog Diari Seorang Pencatur Maya. Design blog beliau telah berjaya menambat hatiku. Setiap hari aku mengkaji, meneliti dan belajar sedikit demi sedikit sehingga wujudnya sebuah blog blogspot. Aku menamakan blohku sebagai Teratak Usang sempena rumahku yang ditinggalkan di kampung. Teratak bermaksud rumah kediaman dan Usang bermaksud lama. Di sinilah bermulanya HIDUP SEORANG BLOGGER. Maka bermulalah diriku sebagai seorang blogger secara senyap-senyap untuk kepuasan diri.

Setelah beberapa bulan mempunyai blog, aku masih tidak berpuas hati dengan Teratak Usang yang hanya mempunyai penulisan semata-mata. Dari situ, HIDUP SEORANG BLOGGER mula aku rasakan. Aku mula memasukkan pelbagai widget yang cantik, menarik dan buatkan aku tertarik tetapi kurang penting penggunaannya.

Teratak Usang terus diperbaiki dan dimantapkan dengan penemuan Mari Bina Blog oleh Nescafe Ais. HIDUP SEORANG BLOGGER, aku banyak belajar selok belok blog dari beliau kerana ketika itu hanya itu sahaja blog berbahasa melayu yang aku jumpa. Beliau banyak membuat tunjuk ajar dari dulu hingga sekarang. Di samping itu, aku juga dibantu oleh rakan blogger lain seperti BOM, Ezani-Kun, Wachak dan beberapa orang lagi blogger yang tak dapat aku sebutkan di sini. Terima kasih pada semua yang membantu aku untuk terus meniti kejayaan.

Daripada niat suka-suka berblog di samping business online dan mengisi masa lapang, aku cuba menulis untuk berkongsi informasi yang aku tahu dan menulis kembali informasi yang aku jumpa. Kini aku menulis tentang kehidupanku dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang aku dapat selama aku berblog.

Di awal penglibatanku sebagai blogger, aku tidak pandai untuk membahagikan masa antara hehidupan nyata dan alam maya. Dalam erti kata HIDUP SEORANG BLOGGER, Kehidupan rumahtanggaku menjadi tunggang-langgang disebabkan keasyikan melayari internet untuk belajar selok-belok blog. Nasibku baik ketika itu kerana suamiku hanya akan pulang selepas waktu kerja di waktu petang atau malam kerana jarak rumah dan tempat kerja terlalu jauh. Aku peruntukan masa untuk masak di waktu petang. Selebihnya aku gunakan untuk berblog kerana keadaan internet versi siput sedut tidak mengizinkan aku untuk mendapatkan trafik yang banyak. Ketika itu sehari semalam berblog dengan Unik Visitor 100 sudah membuat aku tersenyum bangga. Aku mula online seawal 8 pagi dan hanya akan tidur apabila jam menunjukkan 2 pagi.

Kini, setelah aku berpindah rumah hampir dengan tempat kerja suamiku dan memasang streamyx, hidup aku dalam erti kata HIDUP SEORANG BLOGGER lebih teratur walaupun kadang-kadang aku terbabas dari mengikut masa sebenar. Aku akan cuba sebaik-baiknya untuk membahagi masa antara anak, suami, urusan rumahtangga dan dunia maya.

HIDUP sebagai SEORANG BLOGGER wanita yang telah berumahtangga dan mempunyai segulung ijazah namun masih menganggur, aku akan cuba menggunakan masa 24 jam dengan sebaik mungkin untuk mengisi masa terluang di rumah, InsyaAllah.

Entry ini dibuat bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Denaihati.com.


Ranking: 5

19 comments

22 Ogos 2010 pada 2:27 PTG

kadang2 blog melekakan..

tapi kita lebih puas mencoretkan apa yg difikirkan

22 Ogos 2010 pada 2:52 PTG

menjadi blogger tegar kene pandai bahagi masakan.
klu x abis la tunggang langgang kehidupan kita...

22 Ogos 2010 pada 3:00 PTG

wahh hebat tu.. online hingga pkl 2 pagi..

22 Ogos 2010 pada 3:26 PTG

bloging tu seronok kan sis?:)

22 Ogos 2010 pada 11:08 PTG

Salam,
tak dinafikan, dulu akupun macam tu, asyik menghadap blog sampai lupa kerja-kerja lain.. nasib baik sekarang ni dah boleh kawal.. gud luck untuk contest ni

23 Ogos 2010 pada 1:02 PG

hah..blog memang best. sama la. aku pun baru je. tak silap bulan 11 tahun lepas. tak sampai pun setahun lagi.

contest ke? gudluck. anyway. my post tu, bukan untuk contest. tak join pun. haha..

23 Ogos 2010 pada 4:47 PG

alhamdulillah..ouh ini rupanya asal usul blog akak, barulah kimie tau.. =) alah, sekadar tulisan lah yang kimie dan org lain suka kak, cara akak tulis tu buat orang dekat dengan akak..akak pun banyak beri orang tunjuk ajar, kimie nak ucap terima kasih kat akak untuk tunjuk ajar akk slama ni.. =)

23 Ogos 2010 pada 6:34 PG

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
Betul sekiranya kita x ikut masa yg dihadkan....

@belalang hijau
Memang betul sbb kita pun ada kehidupan dunia nyata....

@kakyong
Itu dulu...
sekarang tidak lagi....

@echah mashuri
Memang seronok...
Susah nak tinggalkan tabiat ni..

@Kulanz Salleh
W'salam...a'a kan...Thanks..
gud luck jgk.

@hBz
Eh, sama la usia dgn teratak ni...
Thanks....Oooo...ingatkan join.napa x join, ok apa entry tu...

@x-po
Thanks.....x-po join kan?
Gud luck jgk...

@Kimie Hashim
Sama-sama...tak de apa lah, sikit je tu...Dalam dunia ni kena give and take. Akak pun x pandai apa2 dulu. Hasil tunjuk ajar rakan2 blogger la, boleh ada blog yg tak seberapa ni..

23 Ogos 2010 pada 6:53 PG

Salam..
penganggur berijazah rupanya
sayang bila di kenangkan ye?
setelah memerah otak..boleh cipta
perniagaan internet apa?
Blogging-blogging gak hubby
balik nak makan!he he...

23 Ogos 2010 pada 7:04 PG

@zulkbo
W'salam...
Ijazah tu macam dah tak berguna, susah nak dapat kerja. Otak pun dah semakin beku....
Perniagaan internet yg kurang berjaya. Malu nak gtau dan malas nak promote. Akhirnya guna sendiri dan promote utk kawan2 terdekat je.
Tanggungjawab tu tak lupa...masak tetap masak..

23 Ogos 2010 pada 12:06 PTG

belog dah jadi dadah bila tak belog sehari rasa mengigilkan

23 Ogos 2010 pada 12:15 PTG

good luck yer.. :)

23 Ogos 2010 pada 12:20 PTG

@kodok hijau the ghost writer
betul3x...
Blog dan aku tak dpt dipisahkan....

@sop
Thanks....

23 Ogos 2010 pada 2:23 PTG

Pakwi Gunakan blog utk melepas perasaan pastu balik ke dunia nyata semula.....ada anak anak tunggu belaian, ada isteri tunggu pelukan, ada ibu tunggu perhatian...diluar sana hidup lebih bermakna....di sini Pakwi mcm xjumpa lagi "kemesraan", mungkin org yg punya byk ms di sini dpt merasainya...Di blog ni, Pakwi cuma menumpang berteduh, nti Pakwi kan pergi berlalu...huhuhu

23 Ogos 2010 pada 8:50 PTG

@Amri Rani
Berbeza dgn saya. Saya hanya punya suami dan anak di sini. Sukar untuk mencari kawan di dunia nyata. Lagipun, saya di tempat orang. Jadi inilah pilihan saya di samping seimbangkan antara dunia nyata dan maya.

23 Ogos 2010 pada 11:42 PTG

tujuan utama wa lak nak tolong org
lain. x kiralah tlg buat blog ker,
buat banner ker. asalkan berkaitan
dengan blog. semua free. Bukan apa
dulu wa pernah kena tipu sekali ngan
satu company tu dia sapu RM2500
untuk set up satu web bagi online
business wa. masa tu masih jahil
bab2 blog ni.

24 Ogos 2010 pada 12:11 PG

@wachak
Oooo, byk tu sampai RM2500, buat buat hantaran kawen tu...
Abis tu apa jadi dgn web tu skrg? business apa yg ko buat? Aku rasa kalau ada domain sendiri pun tak sampai byk tu...

25 Ogos 2010 pada 2:54 PTG

entry yang bagus semoga berjaya dalam contest ni

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved