Betik Dan Kisahnya.

on Isnin, Februari 27, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sedap makan buah betik ni, ditambah dengan rasanya yang manis pasti ramai yang suka. Namun ada juga yang tidak suka makan buah-buahan. Semua jenis buah aku makan, kecuali buah tu terlalu masam. Cerita di bawah ini tiada kaitan dengan sesiapa samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Kisah 1.
Aku mengunjungi sebuah rumah jiran di hujung kampung. Ku lihat banyak pokok buah-buahan yang telah berbuah di rumahnya. Di atas pokok banyak yang telah masak, di akar pokok juga banyak buah yang berselerakan. Sayangnya buah-buahan tu. Ada buah jambu air, jambu batu, jambu bola, betik, mempelam, kuinin, buah sawa, semuanya dibiarkan luruh begitu sahaja. 

Sewaktu aku meminta diri untuk pulang, aku dibekalkan dengan sebiji buah betik. Alhamdulillah, rezeki. Nampak sedap buah betik ni, baunya pun harum.

Keesokkan petangnya, aku pun kupas betik tersebut. Belum pun selesai kupas, tuan rumah tadi berkunjung pula ke rumahku. Tiada apa yang nak aku hidangkan. Maka, aku kembali kupaskan buah betik yang diberikan padaku semalam. Belum sempat pun aku menjamahnya. Aku sekadar menghidangkan air beserta buah betik tersebut.

Sambil sembang-sembang kosong, tetamuku tadi telah menghabiskan keseluruhan buah betik yang aku hidangkan. Tak sempat aku nak rasa sedap atau tidak buah betik tersebut.

Apakah perasaan anda jika berada di tempat "Aku" tersebut?

p/s: Kisah ini rekaan semata-mata. Ikuti Kisah 2 pada hari esok.
Teka-teki 3 masih belum ada jawapan yang betul...






Ranking: 5

9 comments

27 Februari 2012 pada 12:14 PG

Siapalah kita untuk mempersoalkan rezeki tetamu tu.. Memang itu rezekinya.

27 Februari 2012 pada 12:19 PG

Buah betik ni kalau tak dikupas dan dihidangkan memang kita tak pandang pun.Bila dah dikupas cantik2 secara automatik kita tak akan berhenti makan :)

Rezeki datang pada tuan nya he3 melalui Iza :)

27 Februari 2012 pada 3:11 PG

Salam, Iza, buah betik baik untuk mata dengar org tua2 kata.

Hehe, rezeki dia kut. Takpa Iza beli kat market kangaq nanti hehe

27 Februari 2012 pada 8:36 PG

Betul tu, memang rezeki dia...

27 Februari 2012 pada 8:39 PG

Sah, malas nak kupas la tu...hehe.
Memang rezeki tuan dia kan..Dan yang pasti, "Aku" tu bukan la penulis, sekadar ganti nama..

27 Februari 2012 pada 5:24 PTG

bgi saya tak salah masa kita kupas tu kita ambil sedikt sua dlm mult kata org dpt rasa sedit jadilah..tapi klu tuan tumah dh hidnagkan semua kli mmg bgtu jadinya tuan rumah rasa sdkit terkilan..sb kempunan tk dpt rasa.

tapi klu d niat nak bagi org makan kita kena ckp bg atas dasar sedekah sb tetamu yg dtg mmg tu rzki dia.

tak per akan ada lagi tu he.eeee

27 Februari 2012 pada 11:04 PTG

salam..
untung tetamu dapat rezeki, takpa ada ganjarannya nanti buat kita :)

27 Februari 2012 pada 11:47 PTG

salam..
ermm..pahala sambut tetamu tu
bab menjamu lain kira..yang penting
keikhlasan kita :)

28 Februari 2012 pada 12:35 PG

Nak buat macamana salah sendiri kerana tidak simpan sebahagian untuk diri sendiri dan tersurat rezeki si pemakan. Orang yang mengunjung rumah kita membawa rahmat.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved