Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah setahun lebih akhirnya ruang tamu sudah dipasang dengan kipas baru. Nama saja kerja dengan TNB tapi kipas di rumah dibiarkan tak berpusing. Bukan salah my hubby.
Tahun lepas, sedang aku menonton tv, terbau sesuatu sedang hangit. Jengok ke dapur, semua dapur sedang off, iron di bilik tamu pun dalam keadaan off. Tiba-tiba terlihat sedikit asap dekat meter kipas siling. Cepat-cepat aku tutup fius. Takut pun ada kalau-kalau terkena kejutan elektrik. Dah tak berani nak buka apabila sudah bau hangit.
Hubby aku cuba tukar benda yang terbakar tu pun tak berjaya sehingga la anak saudara datang dari kampung dan memetik fius tersebut, terus meter kipas meletup. Semalam, tuan rumah datang untuk cat pintu pagar. Aku pun khabarkan sekali tentang kipas yang rosak tu. Segera dia panggil wiring untuk baiki kipas yang rosak. Memang bagus betul tuan rumah ni. Tindakan segera.
Setelah aku terangkan masalah kipas tersebut, pekerja wiring pun datang untuk jalankan tugasnya. Aku rasa cina ni tak faham apa yang aku terangkan. Masalah ni bukan berpunca dari suiz, meter atau kipas. Hubby aku dah baiki semua tu tapi tak jalan jugak. Pekerja tu pun kata suis rosak dan tukar suis kipas yang tak ada kena mengena dengan kerosakan kipas. Aku biarkan je sebab semua kos penyelenggaraan ditanggung oleh tuan rumah. Dapat la guna barang baru. Dia tukar pulak meter kipas, pun kipas masih tak berjalan. Kan aku dah kata tadi.......Tiba-tiba meletup 2 kali. Dia katakan pula bahawa kipas yang rosak. Lantak engkau la cina oi, nak tukar apa pun asalkan kipas tu berfungsi.
Maka, datang la pula kawannya membawa kipas baru. Setelah siap pasang, fius utama bidas ke bawah beberapa kali. Datang pula taukey merangkap bos mereka dan mengatakan wayar atas siling mungkin telah digigit oleh cik sitikus
Haaa...
Kan aku dah bagitau tadi. Buat penat je diorang tukar suis, meter dan kipas yang tak rosak. Akhirnya tugas mereka ditunda ke pagi esoknya sebab tak bawa tangga tinggi untuk naik ke siling rumah.
Kini, kipas ruang tamu sudah memulakan tugasnya. Boleh la kipas berkaki disimpan semula setelah lebih setahun berkhidmat untuk penghuni rumah.
22 comments
hahaha.. macam pandai tp x pandai..
kerugian jenuh tuan rumah tanggung...kan?
mana dorang nak dgr kata orang bodoh macam kita ni.
aih hubby kerja tnb ya
Mitos dari rakan2 berkata kipas jenis KDK adalah yang terbaik setakat ini
dah tak panas dahh..
kipas oh kipas, kipas satu benda yg sangat penting didalam rumah
ok la kalo tuan rumh tanggung semua kos..huhu
kikiki sepatutnya kerja tu simple jer...last2 dapat jugak yang baru yer :D
Bagi saya kontraktor tidak kompeten kerana gagal mengenal pasti punca sebenar kerosakan.
Mcm tulah adat dunia, tukang rumah tak boleh siapkan rumah sendiri, tukang gunting tak boleh gunting rambut sendiri....
musim panas, kalau kipas rosak buat hati jadi panas juga
kan dah kata bukan sebab kipas
tak nak dengar cakap orang
haha
mereka memang nak cepat siap kerja je
@Sop Nama Saya
A'a, kesian pulak kat tuan rumah.
@azman
Ya la, buat tak tahu je kan...
@onlajer
Ya..hehe..
@onlajer
Ya ka? rasanya betul kot sebab di rumah pun guna kipas kaki KDK.
tak pasal pasal dapat kipas baru ye..hehehe
salam..
bercerita kipas syiling nih
saya pun baru tukar yang dalam
bilik utama rumah saya..dulu
pakai Panasonic guna remote
cepat pulak rosaknya..sekarang
saya beli yang biasa KDK jenamanya
saya pasang sendiri je sebab
dah ada pendawaian lama
@Zulkbo zulkboCom
W'salam.
Ternyata KDK pilihan ramai.
Bagus la kalau pandai pasang sendiri, mudah je nak pasangkan tu.
@pipoq
ya la. Merasa juga kipas baru.
@tehr
Tuan rumah jugak yang sakit..
@DangGebu
Setuju. Memang betul pun.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini