Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Mula-mula hubby beli, aku ingatkan nak buat apa la dengan raket tu. Dah banyak dah beli raket untuk puteriku yang sulung. Macam-macam jenis ada. Jenis kanak-kanak ada, jenis dewasa pun ada walaupun dia tak pandai nak main lagi. Mesti mahal benda ni, ada ke pulak beli raket kat kedai barangan elektrik. Membazir je la. Leteranku kedengaran sejak hubby bawak keluar dari kedai hingga la masuk dalam kereta.
Setelah hubby tunjukkan apa benda tu dan cara menggunakannya, baru ku tahu. Gambar di atas tu bukan raket badminton dan bukan juga raket tenis.
Malam sebelum tu aku terlupa nak tutup tingkap kereta setelah pergi ambil anakku di Tabika. Aku buka tingkap kereta dalam 2 inci saja pun. Keesokkannya, apabila aku masuk ke dalam kereta maka penuh la berkepul-kepul rakyat jelata dari segala golongan hamba hingga la ke raja dan permaisurinya nyamuk. Puas ku hambat (halau) keluar, tak nak keluar-keluar juga. Punya la banyak, geli-geleman rasanya tengok nyamuk sebanyak tu. Entah dari mana datangnya nyamuk-nyamuk ni.
Petang tu hubby bawa kereta. Terkejut dia tengok nyamuk sebanyak itu. Sebab tu la dia beli benda kat atas tu. Best pulak rasanya guna benda tu untuk membunuh nyamuk.
Nama benda tu RECHARGEABLE ELECTRONIC MOSQUITO BAT atau dalam bahasa mudahnya perangkap nyamuk yang boleh cas semula. Harganya antara RM20 hingga RM25 sahaja tapi hubby aku kata kat pasar malam, RM5 pun ada.
Perangkap nyamuk ni ada butang On Off dan lampu. Mungkin untuk suluh nyamuk malam-malam kot. Fungsinya boleh bunuh nyamuk dan segala jenis serangga bersayap. Tak pasti samada serangga tu mati atau tidak, yang pasti nyamuk dah tak boleh nak terbang sebab sayapnya dah hangus.
Menurut apa yang tertulis, perangkap serangga ni boleh tahan selama 15 hari dan kalau guna lampunya, jangka hayatnya hanya 20 jam sahaja sebelum dicas semula. Jaminannya selama 6 bulan dari tarikh pembelian berdasarkan pada syarat-syarat yang ditetapkan.
Kalau rumah sapa ada nyamuk, boleh la beli benda ni. Kalau balik kampung, mesti seronok guna benda ni. Bunyi macam main mercun yang hempas kat tanah tu je apabila terkena sayap nyamuk.
23 comments
Jangan sampai tersalah pukul dah le.. Maklumlah sudah seronok memukul :D
huh menarik nih
boleh cari nanti kat pasar mlm :)
dulu2 kat rumah memang dah ada..selalu terlupa terpegang dawainya at the same time tengah tekan butan on..favourite saya benda ni sebab saya suka memburu nyamuk hihihi
Mesti best buat tibai nyamuk ni,... :)
Hahah pernah gak beli dulu raket nyamuk ni.
Masa awal2 beli dulu ramai org kat rumah tanya apa benda tu hehe
Rasanya kalau libas kat lalat pun boleh juga ni kot .... biasalah kalau rumah tiada nyamuk, lalatlah jadi mangsa .... hehehehe :D
pernah guna, memang efektif. kalau beli kat pasar malam elok tengok betul2, maklumlah make in china, kalau bernasib baik dpt yg tahan lama.
ada jenis yg guna bateri(xboleh cas semula).
tibai lalat pun best guna ni. kumpul banyak2 celup tepung goreng skali lalat tu. boleh cicah sos petang2
da ada reket nyamuk senang sikit. ta payah pakai sembur nyamuk tu. sakit kepala hidu baunya...
hehe..
harap2 tak tersalah pukul..
Pastikan yang berkualiti ye...
Kalau terpegang pun mungkin ter"nyet" sikit kot arus tu tapi saya tetap taku nak dekat kalau orang lain yang pegang ketika tengah on.
Ha'a..memang best...
Senang nak hapuskan nyamuk kan..
Entah la. Belum ada lalat masuk. Kalau ada, boleh juga dicuba..
thanks..
Nasib baik tak beli kat pasar malam.hehe..silap2 boleh guna sekali je..
A'a..ok jugak.nanti saya hantar ke rumah dayat ye...
betul tu.
memang tak tahan bau kalau guna yg tu...
lin dan dulu training pakai ni la..hehe
Salam,
interesting..boleh dicari ni nampaknya..kot kalau masuk hutan bird watching boleh pakai jugak kan? hehe
thanks menjenguk my blog.
:-)
Biasa beli raket ni dulu..tp yg sepoloh hengget tu laa..:)
Aku Nak Toshiba Protege Z380
Bahaya kalau budak buat main. Seronok apabila serangga melekat pada jaring meletup dan bau hangit. :-)
designnya menarik.. silap-silap anak-anak buat mainan..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini