Baju Batik.

on Sabtu, Februari 25, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Cantik tak baju kat atas tu? Hmmm...boleh la kan.
Sebenarnya Pakcik tu dapat jemputan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Anugerah Pekerja Cemerlang di Ipoh semalam, kalau tak silap aku. Hanya beberapa orang sahaja yang dijemput bagi setiap cawangan.

Esok nak pergi, hari ni baru bagitau kena pakai baju batik tema hijau. Malam tu juga bergegas la ke The Store mencari baju batik hijau. Rasa-rasanya ini merupakan kali pertama pakcik tu (panggil pakcik jap..hehe..marah kalau dia baca...) membeli dan memakai baju batik. Maklum la, sebelum ni tak ada nak hadiri majlis-majlis formal macam tu. Aku pun tak pernah tengok baju batik sejak kawin dulu, maksudnya tak pernah ada la tu. Tiba-tiba kena pergi jugak, nak tak nak kena la cari pakaian yang sesuai dengan temanya.

Ingatkan pergi mencari dan membeli baju batik sahaja, rupanya satu set lengkap dengan seluar, tali pinggang dan kasut. Belanja sakan ni, dah dapat gaji ke cik abang?

Ketika hubby tengah siap-siap nak ke dinner tu, aku sempat berpesan padanya. Tiba-tiba dia tanya padaku, "kenapa? handsome sangat ke?" 
"ha..ha..ha..no komen, no komen" sorry ye, aku payah sikit nak puji hubby. Kalau puji lebih-lebih sat lagi, terlebih perasan pulak. Biarlah ku simpan dalam hati sahaja. 

Dalam hal memilih baju ni, hubby aku memang boleh diharap la. Aku suka baju kosong tanpa banyak corak-corak berselerak. Tapi dalam hati je la aku puji baju tu. 

Baju batik tu sesuai juga kalau nak pakai santai-santai kat luar sebab tak nampak sangat macam baju batik. Dulu aku pernah berangan-angan nak cari husband yang pergi kerja pakai seluar slack dengan baju kemeja tapi tak dapat macam tu. Hubby aku pergi kerja hanya pakai seluar biru macam budak sekolah rendah, baju t-shirt dan uniform. Tapi bila sesekali dia pakai macam tu, risau pulak aku nak lepas dia keluar rumah.
Ranking: 5

8 comments

25 Februari 2012 pada 12:06 PG

Lawa.. baju tu :D

25 Februari 2012 pada 12:24 PG

Nice....

25 Februari 2012 pada 12:50 PG

sesekali kena baju batik cenggini semart-mamut jugak rasanya hehe

25 Februari 2012 pada 12:59 PTG

salam..
cantik..saya suka design tu..lukis tangan
ke print..? lagi cantik kalau bertangan panjang
tak berapa formal kalau tangan pendek..

25 Februari 2012 pada 1:17 PTG

W'salam..
Itu la pasal..pakcik ni ada sehelai je baju kemeja lengan panjang, itu pun jarang pakai. Samada dia tak suka pakai lengan panjang atau dia tak tau yang baju tu tak berapa formal...Wallahu'alam..

25 Februari 2012 pada 1:20 PTG

hehe..

27 Februari 2012 pada 12:35 PTG

Baju corak batik orang bujang. Bahaya lepas sorang-sorang ke majlis. :-)

27 Februari 2012 pada 2:10 PTG

Ya la, tu yang risau tu. Dah la corak orang bujang dan selalu juga berlagak bujang...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved