Maafkan Aku, Makcik.

on Khamis, Januari 19, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Dua tiga hari lepas, ketika aku sedang memasak untuk makan tengahari, dengan keadaan cuaca hujan renyai-renyai, ada seorang makcik dalam lingkungan umur 40an membawa 2 beg plastik besar singgah di depan pagar rumahku. 

"Assalamualaikum. Adik, makcik nak tumpang berteduh boleh?"

Jantungku sudah berdegup kencang apabila teringat pesan hubby. Pesannya,"Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke dalam rumah jika tidak mengenali orang itu". Di mataku, di hatiku terbit perasaan kasihan pada makcik tu. Dengan rintik-rintik hujan walaupun tak lebat, membawa barang lagi, tak sampai hati rasanya nak membiarkan makcik tu berhujan di luar.

Aku sebenarnya takut juga nak pelawa makcik tu masuk. Pertama, memang aku tak kenal. Kedua, dari percakapannya, aku tak tahu dia orang mana. Ketiga, aku sedang sibuk nak masak, nak melayan anak-anak, si kecil merengek-rengek lagi. Namun aku gagahi juga (memberanikan diri) mengejutkan hubby dari tidur (maklum la, balik keja penat-penat dengan mengantuk, bila baru sahaja terlelap, tiba-tiba aku pula mengejutkan dia, silap-silap boleh naik angin tu) untuk meminta izin. Hubby beri keizinan dan berpesan padaku supaya berhati-hati.

Maka aku pun membuka kunci pintu yang berlapis-lapis (untuk keselamatan). Sementara makcik tu menunggu, aku bukakan kunci pintu slider, mangga gril dan yang terakhir, mangga pintu pagar. Aku keluarkan kerusi dari dapur ke luar rumah dan menjemputnya duduk. Bimbang juga nak menjemput masuk ke dalam rumah. Sekarang ni macam-macam kes terjadi dengan ilmu pukau. Hubby aku tu kalau tidur, memang susah nak jaga. Kalau rumah terbakar, memang hangus rentung.

Aku dengan rasa bersalah, meminta izin masuk ke dapur untuk memasak. Anak aku sudah lapar jadi tak dapat la aku nak melayan mak cik tu.

Nasib baik hujan segera reda. Mak cik itu pun meminta diri untuk meneruskan perjalanan. Sebelum itu, sempat dia bertanya aku samada hendak membeli kerepek yang dijual. Maafkan aku, makcik.

Ranking: 5

32 comments

19 Januari 2012 pada 12:50 PG

Janganlah rasa bersalah ... kerana sikap hati2 juga melindungi kita sekeluarga.

19 Januari 2012 pada 12:51 PG

Memang betul sekarang ni macam2 kes ada ... jadi tak salah puan berbuat begitu .. :D

19 Januari 2012 pada 5:50 PG

ambil langkah berjaga2, tak salah rasanya...

19 Januari 2012 pada 9:30 PG

zaman skrg ni mcm² blh jadi..kena hati² tak kira dgn sesiapa saja.

19 Januari 2012 pada 10:14 PG

Tak apa, pesan suami kena ingat.

19 Januari 2012 pada 11:01 PG

Memang rasa bersalah kan. Tapi nak buat mcm mana, skang ni byk kes, kena lebih berhati-hati.

19 Januari 2012 pada 12:01 PTG

ok la tu akak bg mkcik tumpang teduh kejap wpun kat luar...mmg patut kena hati2 kn

19 Januari 2012 pada 12:34 PTG

salam kenal dari kami sekeluarga...

apa2 pun apa yg telah dibuat itu yang terbaik dari kita... memang kena berhati2..

19 Januari 2012 pada 1:02 PTG

Alhamdulillah, sekurang2 sudah ade jasa di situ.. berhati2 tp harus juga berbudi bahasa kan..

19 Januari 2012 pada 1:11 PTG

langkah berjaga2 tu perlu... kesian juga pada makcik tu kan...

19 Januari 2012 pada 1:19 PTG

hati-hati xpe..jgn sampai terkena sudah..kat malaysia sekarang mmg ade macam-macam.

Wira Chomel recently posted Saya Sayang Ayah Selamanya

19 Januari 2012 pada 2:38 PTG

Salam kenal..
Terima kasih singgah di sini.
Ya, InsyaAllah..

19 Januari 2012 pada 2:40 PTG

Ya la, kena berhati-hati skrg ni..

19 Januari 2012 pada 2:44 PTG

Betul tu fiza, kena berjaga-jaga sebelum terkena.

19 Januari 2012 pada 2:45 PTG

yup.

19 Januari 2012 pada 2:47 PTG

betul..3x.

19 Januari 2012 pada 2:47 PTG

Betul tu...kena hati2 skrg ni..

19 Januari 2012 pada 2:49 PTG

Ya, setuju..

19 Januari 2012 pada 2:52 PTG

InsyaAllah..

19 Januari 2012 pada 2:58 PTG

Salam, memang skrg nih kena berhati2, tapi makcik rasanya tak pa lagi, kalau org muda mg jgn :)

19 Januari 2012 pada 3:17 PTG

Memandangkan banyakyg terjadi membuat kita berhati-hati walau org itu baik. Tapi lebih baik berhati-hati sebelum terjadi kan...

19 Januari 2012 pada 4:24 PTG

kena tengok keadaan orang tu dulu sebelum buat apa-apa keputusan,,,

19 Januari 2012 pada 4:44 PTG

mmg betul, sekarang perlu lebih berhati-hati...tp takpe..still tolong makcik tu :)

19 Januari 2012 pada 6:41 PTG

tak perlulah rasa bersalah sangat..keselamatan lebih utama..sekarang ni macam2 boleh berlaku.

19 Januari 2012 pada 7:03 PTG

Mmg zaman sekarang, kita jadi macam terpaksa 'kureng' sikit bab2 camni..kena jugak berhati2 sbb macam2 manusia ada..

Moga Allah sentiasa pelihara kita...ameen

p/s-selalu jugak jumpe makcik jual krepek kat sini

19 Januari 2012 pada 7:21 PTG

Kadang-kadang rasa tak sampai hati tu yang buat orang ambil kesempatan. Tak payah rasa bersalah.

20 Januari 2012 pada 12:35 PG

Sekarang ini macam-macam bleh berlaku tetapi niat baik akan dibalas baik.

20 Januari 2012 pada 7:50 PG

fusyoo ! .huhu ,betol gak pak ngah pesan cm tu ..sbb zaman skunk macam2 cara jahat owg skunk nyh ..huhuhu

20 Januari 2012 pada 9:13 PG

salam kakak tak belu ker? tak beli ke sb tu ckp dalm entri terakhir "Maafkan aku, makcik."

ralat sb tak beli atau sebab tak blh bawa makcik masuk sb suami tak izinkan hee..blur jap heee

20 Januari 2012 pada 9:15 PG

tak per asal kita dab bantu teduhkan dia kt umh kita saya rasa hati dia lebih senang.bukan apa dr di biarkan makcik kesejuan berhujan sejuk lagi bahayakan huhu..tambah2 kalu hujannya bersahut dengan dentuman petir..

20 Januari 2012 pada 9:19 PG

hari ini mungkin dia susah mana tahu suatu hari kita plk susah.insyallah bantun yg ihklas akan d bals juga, walau tidak mengharap tapi janji Allah tu pasti. sb satu lagi menomlon dan membantu org susah tu satu amalan yg mula..

ps:kak dah beli buku agama anak2 ker hee..saya cadang masa rehat ni karg nk pi kedei buku heee..klu dokat blh ajak akk skli wewe..btw thsk sb sudi komen d blog saya

23 Januari 2012 pada 4:51 PTG

kesian jugak dgn makcik tu...pengalaman yas, pernah juga membeli kerepek yg makcik tu jual dikaki lima...bukan apa...kesian tgk dia dgn anak2 dia...yg kecik sekali cuma minum air kosong jerr....tp seb bek ok...he3x!!!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved