Doa.

on Jumaat, Januari 20, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Setiap hari pasti kita berdoa. Adakah anda telah berdoa? Ya, kerana kata-kata juga merupakan satu doa. Oleh kerana kata-kata itu merupakan satu doa, maka eloklah kita bercakap hanya pada hal-hal kebaikan. 

Berbalik kepada tajuk.
Setiap kali kita berdoa, apakah yang menjadi keutamaan kita? Adakah kita meminta lebih kepada hal duniawi berbanding ukhrawi? Marilah kita sama-sama muhasabah diri tentang isi kandungan doa yang kita pohon. Kita sering terlepas pandang akan hal ini.

Sebenarnya, doa juga mempunyai susunan mengikut keutamaan. Nabi Ibrahim a.s telah mengajar kita cara-cara untuk berdoa berdasarkan susunan keutamaan seperti Firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak mempunyai tumbuhan, di sisi rumahmu yang dihormati. Wahai Tuhan kami, (dengan itu) supaya mereka mendirikan solat. Oleh sebab itu, jadikanlah hati sebaghagian manusia cenderung pada mereka (datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka daripada pelbagai jenis buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur" (Surah Ibrahim 14: 37)
Daripada ayat di atas, Nabi Ibrahim menyusun mengikut keutamaannya iaitu, 

Pertama, Spiritual - supaya umat manusia konsisten mununaikan solat.
Kedua, Sosial - agar hati manusia cenderung kepada mereka.
Ketiga, Fizikal - agar mereka mendapat makanan yang terbaik.

Sebagai manusia biasa, kita hendaklah mengutamakan yang utama iaitu berkaitan spiritual. Solat merupakan suatu jalan untuk memenuhinya. Maka berdoalah agar kita diteguhkan iman dan amal berta tetap mendirikan solat. Doa berkaitan spiritual termaksuklah memohon mendapat hasanah di dunia dan akhirat, keselamatan daripada fitnah dajal dan azab kubur, keselamatan hari akhirat, sabar hadapi ujian Allah, perlindungan daripada kejahatan diri dan juga syaitan, perlindungan daripada syirik, keselamatan daripada api neraka dan sebagainya.

Perkara kedua iaitu aspek sosial, agar keluarganya disukai oleh manusia lain. Manusia memerlukan pergaulan dan interaksi dengan manusia lain. Kita tidak boleh hidup berseorangan sepanjang hayat. Segala-galanya kita lakukan secara berjemaah dan memerlukan kesatuan hati.

Perkara ketiga iaitu rezeki agar menjadi pendorong supaya kita bersyukur dan lebih ketaatan kepada Allah.

Kesimpulannya, utamakahlah doa yang lebih utama. Tidak salah kita meminta tetapi biarlah mengikut keutamaan iaitu keperluan akhiran dahulu diikuti keperluan dunia.  


*ingatan untuk diri sendiri dan renungan bersama.

Sumber: SOLUSI.
Ranking: 5

4 comments

20 Januari 2012 pada 10:22 PG

Bagus info nih iza, mekasih. Berdoa pon kena ikut sususan kan.

20 Januari 2012 pada 10:29 PG

kena ikut peraturan,,yang mana patut didahulukan,,,

20 Januari 2012 pada 2:36 PTG

semoga Allah meneguhkan iman kita semua dan meletakkan kita di jalan yang lurus

20 Januari 2012 pada 2:39 PTG

salam kenal,

thanx sharing, buat peringatan diri ini

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved