Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
4 Januari 2012 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh puteri sulungku. Pada tarikh tersebut, dia akan mula memasuki tadika KEMAS dengan usia 5 tahun. Waktu yang ditunggu-tunggu sejak setahun yang lalu. Tak sabar rasanya untuk memulakan sesi pembelajaran seperti animasi yang digemarinya iaitu Upin & Ipin.
Sebelum ini, cukup susah untuk aku menidurkan anakku itu seawal jam 9 hingga 10 malam. Jika dia tertidur pada jam tersebut, kiranya bonus la untuk aku. Waktu tidurnya paling awal kebelakangan ini pada jam 12.30 tengah malam hingga 2 pagi. Puas aku memaksa supaya tidur lebih awal tapi sia-sia belaka. Baring kiri, pusing kanan, aku yang terlena dan dia bangun perlahan-lahan menyelinap keluar bilik untuk bermain. Biasanya setelah penat bermain bola, barulah dia dapat melelapkan mata dan bangun selewat-lewatnya 10 hingga 11 pagi keesokkan harinya.
Dua tiga hari sebelum sesi persekolahan bermula, aku paksa dia untuk tidur lebih awal namun susah untuk dia melelapkan mata. Sehari sebelum sesi persekolahan bermula, jam 8.30 malam masuk tidur, jam 11 malam baru dapat lelapkan mata. Seawal 7.10 pagi aku kejutkan dia. Kasihan tapi dia perlu bangun. Amat mudah sekali untuk dia terjaga setelah aku katakan padanya “Hari ini Along sekolah”. Dengan semangatnya dia bangun, mandi, berpakaian biasa dan makan sarapan yang aku sediakan walaupun tak biasa bersarapan seawal itu.
Abahnya menghantarkannya ke Tadika berdekatan. Berat untuk aku berpisah dengannya walaupun sekejap, terasa juga kasihan tapi demi kebaikannya aku relakan jua. Abahnya pun begitu. Kata hubby, ketika mengisi boring pendaftaran, anakku diam sahaja. Walaupun dia seorang yang amat pemalu, dia ketepikan seketika perasaan itu. Tak menangis atau takut. Mungkin semangat dalamannya berkobar-kobar untuk belajar. Kalau anakku menangis, hubby lebih rela bawa balik semula ke rumah kerana kasihan nak ditinggalkan keseorangan tapi anakku ok saja.
Aku menjemputnya pulang kerana hubby ada meeting dan tak sempat untuk mengambilnya di Tadika. Bila ditanya tentang perasaannya, betapa seronoknya dia bercerita dan mengatakan “esok nak ke sekolah lagi, seronok. Ada banyak mainan. Cikgu nak suruh main bola esok”.
Moga semangatnya terus membara….
6 comments
<== Bila la nk kawin.. Baca blog2 yg ada cerita pasal anak ni.. Terasa cam nak anak plak.. heee.. Adoii.. =p
Mmg terharu sgt2 tgk anak kita dah mampu pi ke sekolah kan iza..Tambah2 lg anak sulong.
salam..
alahai..jauh sekali dengan
saya, isteri dan anak-anak
kami berdua bekerja..dah biasa
anak hantar ke nursery seawal
4 bulan usianya..apa kan daya
pengorbanan..alhamdulillah..
kalau bab sekolah nih memang
tak menjadi hal buat mereka
sebab dah biasa berjauhan mak
ayah..
@Crew Fathi
Cepat2 la kawin..jangan lupa jemput tau.
@Mak lagenda
Betul tu mak, teruja pun ada..
@zulkbo
W'salam..
Ooo, begitu rupanya. Senang la kalau macam tu.
Ini nak berpisah sekejap pun, pasti akan rindu walaupun beberapa jam.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini