Pernahkah anda melihat burung ini?
Burung ini dinamakan burung Sintar (Sintaq-bahasa utara). Habitatnya di dalam hutan dan lazimnya keluar di waktu malam ke kawasan sawah. Ia sama saiz dengan burung wak-wak tetapi isinya lebih sedap dari burung wak-wak dan burung puyuh. Ia adalah burung yang dilindungi.
Burung ini banyak di utara terutamanya di Perlis. Jika burung hidup dijual semurah RM2 dan jika burung yang telah diproses dijual juga serendah RM2.50 mengikut pasaran semasa dan kuantiti burung yang dibeli atau dapat ditangkap.
Terdapat cara-cara untuk menangkapnya. Biasanya burung ini ditangkap pada waktu pagi kerana keadaannya yang mengantuk kerana berjaga malam. Bak kata pepatah "siang mengantuk, malam berjaga".
Jom layan gambar di bawah...
Entah bagaimana sedapnya tidak pula aku merasa. Cuma aku tolong mencabut bulu dan memasak sahaja. Sedap juga kalau meratah tapi sayangnya aku tidak sampai hati untuk menjamahnya.
Itulah serba sedikit mengenai burung Sintar yang datang dan singgah di utara mengikut musim.
42 comments
haaa pernah tengok burung ni :D selalu guna jala/jaring untuk tangkap. satu team halau burung, satu team tangkap :D
makan... tak pernah :D
burung tu..sy penah nmpk..tp,xtau plak boleh makan..huhu..tpkan..kesian plak tgk burung2 tu..terlalu comel utk dubuat gulai atau panggang..(^_^) btw..i'm following u...
salam..
lama dah tak makan burung nih..
bulan depan balik alor setaq nak
pi carik la..harapan hang sihat
seisi keluarga di sana noh??
tak pernah nengok lagi burung ni..mcam burung puyuh tu ker?
murahnya.. rm2 jer?
dulu kat kg selalu juga ikut utk tangkap burung ini..
rasanya burung ini dilindungi oleh perhilitan?
baru ku tahu
wa pernah makan burung wak-wak ngan puyuh jer. Burung sitaq ni belum pernah makan lagi. Kalu setakat RM2.50 masih mampu beli lagi ... he33 yang tak mampunya bila kena kompaun sebab burung ni dilindungi kan ?
baru 1st time tau pasal burung ni...
erm tak pernah dengar pasal burung nie kak.. burng puyuh pernah lah...
@syafiq.net
Ya ka?a'a, betul tu...napa tak try mkn?
@Fiqah Alias
mmg kesian tp apakan daya si burung, dah tertangkap....
follow jgk...thanks..
@zulkbo
W'salam...
Oooo pernah mkn rupanya..
Nak balik bercuti kat Aloq staq ka?baguih sgt la tu...
Alhamdulillah...sihat..
@farahwahida
Lebih kurang la burung ni sedap lagi....garang pun boleh tahan..
@gnesop.com
Ya la, murah sgt. senang nk tangkap kot. Mmg burung yg dilindungi ni...
@sumpit...
Ya?
@wachak
yup..yup..silap2 hari bulan kena ambush dgn mergastua....
@Eryati
Ooo..ya ka? biasalah, kat malaysia ni byk burung yg kita tak pernah tgk kan....
akak tangkap cmne?huhu..
kalo sy pn xsanggup nk mkn~
@att
Burung ni..kalau nak tangkap kena ada 2 kumpulan.1 halau,1 tangkap.bila siang dia dah tak boleh nk terbang, boleh tangkap mcm tu je...
sekali tengok macam burung ayam2..
sedap ni...~~~slurrpp =)
Masa kecik-kecik dulu pernah makan burung nih. Tak sangka masih belum pupus...
burung ape ni?. haha.nmpk comel je.ngee. slalu tngok burng puyuh.mkn pn sodap :P
@syahrilhafiiz
a'a tp burung ayam2 besaq sikit, burung ni kecik je...
@GreenLava
Ya ka? sebenarnya dah nak pupus kot, sebab tu burung ni tergolong dlm burung yg dilindungi...
@cybernetic88
Burung Sintar....burung ni lg sedap dr burung puyuh...
tak pernah tengoklah burung nih. Cantik...
Latest Entri : Lelaki dan Kanser Payudara
oooo.. baru tau.. sebelum ni memang tak penah tengok pon.. hehe..
@eiela
Ya, cantik ka...tapi garang, asyik nak patuk jari je...
@NoRMie
Ya ka? Haaa, tu kan dah tgk..hehe..
wah, sedapnya kalau dapat makan yang goreng panas2 tu hehe
@etomyam
a'a...memang rangup.
tak.
@nizamsani
Ya ka?
sedap ni......dr pendapat org yg mkn la...
burung ni masih ada lagi..kat kedah burung pangling dah pupus rasanya...
@yahaya
Tak pernah pulak dgr nama burung pangling?
Masa kecik2 dulu, selalu gak ikut atok pi tangkap burung nih dgn burung wak-wak.Skrg ni kat kg di Kota Bharu dah tak jumpa dah burung sita/sitar ni...burung wak-wak, ada la, tapi terlalu jarang, tu pun sembunyi2 takut "kena" kat PERHILITAN...
MANA ADA JUAI...TERINGIN RASA NK MAKAN ...DAH LAMA X MAKAN..
@nizam othman
Susah nak jumpa, lagipun burung ni tak boleh tangkap sesuka hati.
Dilindungi sepenuhnya Di Bawah Akta 76/72.
Terima kasih atas info tersebut
Ada kan usaha pembiakbakaan
@Tanpa Nama
Wallahu'alam..
Kalau ada, Alhamdulillah..
lama tak blik aloq setar, kalu kat aloq setaq burung pangling , yam yam , belibis memang top , alahai zaman cheq masa kecik2 dulu , skng dah sibuk ngan kereja kat rantau ni dah tak berpa nak hinggat pasal burung2 , .. Kalu burung sintaq kecik sangat . Kalu goreng ja nampak tulang , isi hilang ha ha ha ...
Raya ni jom pi rumah , area aloq mengkudu ... :D Rumah betui kat langkawi tg rhu ..
@mrbelia
Terima kasih..
Dah lama tak lalu ikut Aloq Mengkudu. Dulu2 rajin jugak dok pi Aloq Melintang, lalu ikut situ la..
ada lg burung ni...? nk beli.. aziz 0125488793
salm sy nk beli tp nk yang hidup bolh?n no saya 0132972294
salm sy nk beli tp nk yang hidup bolh?n no saya 0132972294
@Tanpa Nama
Bukan tak nak jual,
Memang saya tak jual.
@yus
W'salam..
Saya tak meniaga burung ni. Maaf ye. Salah di sisi Undang-undang kerana burung ni dilindungi.
Gulai lemakciliapi +nenas oi...keramat!
Dari dongeng orang tua, hidup burung nie, Makan, bertelur dan segalanya diawan(Munkin spesis rajawali). Ia akan mati jika menyentuh tanah. Sebab itu susah nak tengok yang hidup. Ia akan turun ketanah apabila dipanggil dengan satu alat. Yang dalam gambar nie spesies lain.
Saya baru dapat td,pertama kali tengok
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini