Bujang Terlajak Bukan Terlanjur.

on Isnin, Januari 16, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.



Lagi sekali Latiff Mohaideen selaku penerbit dan Prof Madya A. Razak Mohaideen (Pengarah) mengarahkan filem komedi bertajuk "Bujang Terlajak Bukan Terlanjur" yang dikatakan filem komedi terbaik 2012.

Barisan pelakon terdiri daripada:

Saiful Apek: Saiful (Pelakon Utama)
Johan Raja Lawak: johan (Pelakon Utama)
Nabil: Nabil (Pelakon Utama)
Fazura: Puteri (Pelakon Utama)
Mustapha Kamal: (Pelakon Pembantu)
Ebby Yus: (Pelakon Pembantu) dan ramai lagi...

Sinopsis:
Bujang Terlajak ini mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan mereka bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). 

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu. Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

Siapakah antara mereka bertiga yang dipilih oleh Puteri? Nantikan dan saksikan filem komedi terhebat 2012 pada 19 Januari 2012 ini di 70 pawagam seluruh negeri.
Ranking: 5

14 comments

16 Januari 2012 pada 5:02 PTG

tunggu sikit lagi ada kat youtube
mcm cite ombak rindu

16 Januari 2012 pada 5:11 PTG

macam bess je ceritanya kan, akak tunggu cd je le, nak tengok wayang x dapek la sbb ada baby, bila baby menjerit habis panggung...

16 Januari 2012 pada 5:39 PTG

Bila tengok pelakon... macam best jer ceritanya... mesti kelako giler nie... nie my expectation laa... :D

16 Januari 2012 pada 6:02 PTG

Betul..betul..betul..

16 Januari 2012 pada 6:03 PTG

Sama la kak,
Kita tengok kat rumah je la..

16 Januari 2012 pada 6:03 PTG

Rasanya, macam tu la..
Kita tungguuu...

16 Januari 2012 pada 6:14 PTG

Salam Iza, syok ada ebby yus, saiful saya kurang sikit la nih..masa dia top dulu syok gak...

16 Januari 2012 pada 7:01 PTG

W'salam..
Ya ka?
Kadang-kala kesibukan kita pun boleh buat kita jarang berminat dengan filem/drama..

16 Januari 2012 pada 8:26 PTG

salam..
ha ha..lawak sepanjang zaman
apek and the gang..suka juga
saya dengan citer nih :)

16 Januari 2012 pada 9:13 PTG

Harapnya biarlah ada kelainan hasil garapan prof Razak ni....:D

16 Januari 2012 pada 11:44 PTG

W'salam..
Ya la..
Boleh jadi ubat duka lara sementara ni..
Awet muda pun ok juga bila ketawa kan..

17 Januari 2012 pada 8:31 PG

Ya, pastinya penonton harapkan kelainan.

23 Februari 2012 pada 8:23 PG

Kitorang dah tengok filem ni (dan ada buat review)
Kurang lawak, namun ada part2 yang memang betul2 lawak.
Thumbs up kepada barisan pelakon.

23 Februari 2012 pada 11:19 PTG

Terima kasih atas komen tersebut.
Belum sempat tengok lagi nih..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved