Percutian Paling Mencabar

on Selasa, November 29, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hajat di hati nak bercuti di Perlis tetapi....

Lagi sekali my hubby buat keputusan mendadak. Langsung tak ada dalam plan, maka terjadi lagi percutian tanpa dirancang. Aku sangkakan Percutian di Melaka dulu adalah percutian terakhir, rupanya masih ada lagi masa untuk bercuti walaupun tak dirancang.

Sekitar jam 9.30 malam Rabu lepas, aku sekeluarga bertolak dari Perak ke Perlis bersama kucing kesayangan dan sampai ke destinasi sekitar jam 3 pagi bagi menghabiskan sisa-sisa cuti. Malam tu juga (sebelum bertolak) my hubby bagitau ada kawan dia yang setuju untuk menggantikan tempatnya (kan kena standby) untuk sehari (Sabtu). Dalam hatiku, seronok tak terkira bila dapat tahu kami akan menghadirkan diri di majlis perkahwinan sepupuku di Penang. Ku tambah lagi sepasang baju untuk setiap orang.

Kami akan tidur di Perlis selama 2 malam tetapi dalam pukul 3 petang, my hubby suruh aku kemaskan baju semula untuk dimasukkan dalam bonet kereta.

Biar betul Pakcik ni. "Letih la, mengantuk ni, nak pi mana?" Dengan slumber dia jawab "Jom kita pi Pahang" Penat aku belum lagi hilang, dia nak ajap pi Pahang pulak dah...

Sebenarnya ada saudara (anak adik ipar kepada mak saudara) my hubby kahwin dengan orang Pekan, Pahang. Jadi dia nak ikut sekali pergi kenduri dan ingin bermalam di Cherating. "Tak nak, tak nak, tak nakkk...letih la, tak sempat nak rehat lagi ni. Kan kata nak pi kenduri di Penang?"

Dengan berat hati, aku pun berkemas. Petang tu kami bertolak ke Yan, Kedah untuk berjumpa dengan mama dulu. Jam 9 malam, bertolak ke R&R Gurun untuk sertai konvoi 3 buah kereta lagi.

Dugaan pun bermula...

Salah sebuah kereta konvoi jadi panas bila sampai di Plaza Tol Sungai Dua tapi teruskan juga perjalanan. Kereta bergerak perlahan kerana suhu kereta tinggi, kena isi air sentiasa.
Hentian Sg. Dua
Kami tinggalkan rombongan konvoi untuk keluar di Plaza Tol Tapah. My hubby pula pinjam kereta kawan dia untuk balik ke kampung. Minyak jimat tapi ada kebocoran setiap kali isi minyak. Jam 4 pagi sampai di Tapah, kami tukar semula kereta. Risau juga nak jalan jauh kalau-kalau terjadi sesuatu. Tidur sekejap sementara tunggu rombongan konvoi tadi sampai di Tapah.

Ingatkan bila tukar kereta, masalah hilang. Rupanya kereta my hubby semput pulak. Kami teruskan lagi perjalanan dengan keadaan kereta yang semput dengan enjin nak mati. Di pertengahan jalan, sebuah lagi kereta konvoi mengalami masalah cermin hadapan kereta meletup dan pecah. Terpaksa juga meneruskan perjalanan gerak perlahan ke hentian sebelah Slim River. Ketika ini jam 5.53 pagi. Mana nak cari kedai baiki kereta pagi-pagi buta macam tu. Entah jam berapa nak sampai ke Pahang.
Hentian Slim River
Walau apa keadaan sekalipun, perjalanan harus diteruskan. My hubby bercadang untuk keluar ke Tanjung Malim tetapi mana ada kedai kereta yang buka di awal pagi. Akhirnya my hubby terpaksa batalkan niat tersebut dan terus lajukan kereta supaya enjin kereta tidak mati. Sekali lagi terpaksa tinggalkan rombongan konvoi. Kami sampai di Gombak jam 8.15 pagi. Singgah rumah sepupu yang akan mengangkat nikah pada malam itu (Jumaat). Tunggu kedai kereta buka hingga jam 10 pagi.

Rombongan yang ditinggalkan tadi ambil keputusan untuk towing kereta ke bengkel bagi memperbaiki masalah temperature dan juga menukar cermin kereta. Banyak juga kos yang terpaksa dikeluarkan sepanjang perjalanan ke Pahang. Nasib baik baru dapat gaji.

Bengkel kereta
Di R&R Genting Sempah kami berjanji untuk berkumpul. Jam 3.50 petang tiba di sana. Semuanya ada 7 buah kereta. Perjalanan di teruskan dan keluar di Plaza Tol Gambang untuk ke Pekan, Pahang.

Ada yang tak sempat mandi pun. Selama 24 jam kami berada dalam kereta. Bertolak jam 9 malam dan sampai ke destinasi pun jam 9 malam. Jam 10 malam pula ada acara akad nikah. Pengantin relax je, tak praktis apa pun, siap pandu kereta lagi sepanjang perjalanan.

Oleh kerana banyak kejadian tak dirancang berlaku, maka tak dapat nak ke Cherating lagi. Duduk je sama-sama rombongan tadi di homestay 3 bilik seramai 24 orang. Masuk sahaja dalam homestay, semua orang sibuk mandi dan bersiap untuk ke rumah pengantin perempuan. Tak sempat lagi nak rehatkan diri masing-masing. Dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan, sesat pulak. Banyak sungguh dugaan.

Esoknya (Sabtu) kenduri. 7 dulang hantaran. Tak sempat aku nak dengar orang angkat khutbah malam tu, anak meragam dengan cuaca panas, orang pulak ramai. Ada acara bersanding, pancak silat, merenjis, makan dan entah apa lagi. Tak boleh nak tunggu lama-lama bila anak meragam. Lepas makan terus aku masuk dalam kereta dan tunggu sehingga majlis selesai. Dengar kata ada acara potong kek dan bergambar.

Majlis Pernikahan.



Akad nikah

Bersanding

Silat

Potong kek

Sejurus selesai, kami bertolak balik dan merancang untuk keluar melalui Temerloh @ Jerantut untuk ke Cameron Highland seterusnya ke rumahku. Namun ketua rombongan mengikut GPS dan terlepas jalan keluar. Maka terpaksa juga melalui lebuhraya Karak.
R&R mana tah.
Malam tu ramai yang bercadang untuk menginap di hotel atau homestay sekitar Kuala Lumpur atau Selangor tetapi my hubby terpaksa pulang segera kerana keesokkannya kena standby. Akhirnya my hubby ajak semua yang ada untuk menginap di rumahku.

Lebih kurang 11.45 malam sampai di Hutan Melintang, Perak. Aku masak nasi 2 periuk dan berlaukkan lauk kenduri. Penuh rumahku dengan kehadiran saudara-mara. Jam 9 pagi (Ahad) mereka bertolak balik ke Perlis.
Selamat Jalan...

Inilah percutian paling mencabar tahap kesabaran setiap ahli rombongan. Dugaan datang bertimpa-timpa, semua dapat merasa.

p/s: Kalau nak bercuti dalam jarak yang jauh, pastikan poket berisi dan khaskan untuk saat-saat kecemasan kerana malang tidak berbau.
Ranking: 5

16 comments

28 November 2011 pada 11:48 PG

salam..
Wahh..jauh berjalan tu..
ermmm..R&R Bentong jangan
singgah makan..harga cekik
darah tu..

Tanpa Nama
28 November 2011 pada 9:57 PTG

alahai... setiap yg terjadi tu pasti ada hikmah disebaliknya. kena lak membabitkan perjalanan jauh cenggini :)

28 November 2011 pada 11:00 PTG

@zulkbo
W'salam..
Ya ka? tak pa, lain kali kena beringat la..

28 November 2011 pada 11:00 PTG

@| xDer |
Betul tu..

29 November 2011 pada 12:50 PG

Bestnya makan angin w/pun tanpa dirancang. Percutian yg menarik dan menghiburkan w/pun penuh dugaan.

29 November 2011 pada 8:15 PG

ujian... yg penting dah selamat pergi n kembali.

29 November 2011 pada 9:37 PG

salam;
Betul,jauh perjalan makin banyak pengalaman yg kita dapat tak kiralah manis atau pahit semuanya dirasai tapi semuanya seronok sebenarnya..

29 November 2011 pada 11:08 PG

@yusuflaili(Goku)
W'salam..
betul tu, walaupun macam2 perkara jadi, tetap seronok.

29 November 2011 pada 11:09 PG

@Denaihati
Ya,syukur. semuanya selamat.

29 November 2011 pada 11:16 PG
29 November 2011 pada 11:48 PG

wahhh bukan main byk lagi persinggahan adn jauh perjalanan...penat uwhhhh

29 November 2011 pada 12:11 PTG

salam iza byk nyer dugaan.sian anak2 tak selesa kan.

29 November 2011 pada 12:56 PTG

wah sungguh mencabar betul.. selamat semuanya selamat

29 November 2011 pada 5:10 PTG

@nurkaloi
Memang penat..

29 November 2011 pada 5:11 PTG

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Tu la, tak boleh nak duduk lama2. Kalau di rumah, masa tidur lebih banyak dari berjaga. Bila jalan2 ni, susah sikit la..

29 November 2011 pada 5:12 PTG

@Myvitrd
Ya, semuanya selamat..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved