Sisa-sisa Cuti.

on Khamis, November 24, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Apabila "ter"publish"nya" entry ni (auto publish), mungkin aku sudah berada di kampung halaman (Perlis). Itu pun kalau sampai awal di kampung suamiku. Kampung aku??? Sekadar singgah je, itu pun singgah jengok-jengok mamaku di Pondok Fauzi (SMA Fauzi) time nak balik semula ke Perak nanti.

Selalunya kami akan bertolak waktu petang hari Jumaat selepas tamat waktu kerja tapi kali ini terpaksa ambil cuti awal. Walaupun ambil cuti awal, tak bermakna kami akan bercuti panjang. Maksudnya, my hubby kena ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) kerana hari Sabtu dah start standby (walaupun Sabtu, Ahad dan Isnin cuti) Sabar je la. Hari orang cuti, tak boleh nak cuti, jadinya terpaksa la ambil cuti pada hari bekerja.

Balik kampung pun ada sebabnya. Sepupu aku nak melangsungkan perkahwinan pada 26 November ini. Tapi tak dapat juga aku nak hadirkan diri pada hari kenduri. My hubby dah kena kerja pada hari tersebut. Mungkin akan singgah sekejap di Seberang Perai Utara (SPU) untuk mengucapkan tahniah di samping bertanya khabar. Kalau tak singgah, aku tak pasti entah bila pula dapat berjumpa kaum-kerabat dan saudara-mara di sebelahku. Aku sendiri pun dah tak kenal saudara sendiri sebab dah jarang balik ke Kedah dan jarang berjumpa dengan saudara-mara.

28 November ni pula ada majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Sungai Limau Dalam (Kampungku) dan anak saudaraku yang berusia 6 tahun akan menyertainya. Sedihnya, tak dapat nak tengok. Tahun-tahun lepas sangat meriah jika ada majlis berkhatan beramai-ramai. Kanak-kanak yang akan berkhatan dibawa menaiki bot besar yang dibina sesuai untuk jalan di atas jalan raya dan berarak beramai-ramai.

Beginilah keadaanku. Terpaksa pilih waktu sesuai untuk balik ke kampung (Kalau ada hal penting) atau bercuti ke mana-mana. Selama 2 minggu my hubby standby, rehat seminggu dan standby lagi 2 minggu. Begitulah seterusnya. Aku sendiri rasa letih bila tengok jadual standby, tak dapat nak berjalan-jalan seperti dulu lagi. My hubby lagi rasa letih sebab dia yang bekerja.

Harap-harap di kampung nanti, cuaca tak seteruk yang dijangka. Kalau tiba-tiba banjir, macam mana nak balik ke Perak agaknya? Tak sanggup nak meredah air bah. Sayang kereta.

Selamat bercuti pada yang sudah dan akan bercuti...
Ranking: 5

11 comments

24 November 2011 pada 1:28 PG

apa-apa sekali pun selamat bercuti... semoga di isi dengan perkara yg bermnfaat :)

Entri terkini | Wordless Wednesday 19 | My New Header

24 November 2011 pada 4:01 PTG

@KazenTERIMA KASIH..

24 November 2011 pada 11:15 PTG

saya baru je balik dari taiping,hajat nak naik bukit larut terpaksa dibatalkan angkara cuaca hujan.

26 November 2011 pada 2:38 PTG

hehe cuti-cuti Malaysia nih

26 November 2011 pada 6:22 PTG

adakah sisa2 cuti nie tmasuk smpai Awal Muharram ?

Entry Terkini | Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Hijrah

26 November 2011 pada 6:25 PTG

@Iza Teratak Usang

Cuti termasuk maal hijrah ke?

Entry Terkini | Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Hijrah

27 November 2011 pada 4:18 PTG

@Kazen
Tak ada la..

27 November 2011 pada 4:19 PTG

@fadh leyanie
Biasa la tu. Taiping memang selalu hujan sejak azali lagi. 2-3 hari je tak hujan dalam sebulan..

27 November 2011 pada 4:20 PTG

@EmpayarUtama
Yup..

27 November 2011 pada 4:20 PTG

@Kazen
Mungkin..

1 Disember 2011 pada 12:05 PG

salam..
selamat bercuti..saya hujung tahun
cuti dah habis..Mrs dan anak-anak
balik Kedah..saya sendirian di rumah..
he he

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved