Percutian Di Melaka 2011.

on Selasa, Jun 14, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dah bersawang Teratakku ini. Hari ini baru dapat up date blog. Sisa keletihan masih terasa setelah pulang bercuti.

My hubby bekerja sehingga jam 3 pagi Jumaat, perjalanan terpaksa dilewatkan dan dijangka akan tiba di Melaka jam 5 hingga 6 petang.

Jumaat lalu lebih kurang jam 11.30 pagi bertolak dari Hutan Melintang, Perak dan singgah di beberapa tempat sebelum sampai ke Destinasi. Dengan berpandukan GPS, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja ketika susur keluar ke Alor Gajah, Melaka.

Tempat pertama yang ingin dituju adalah Kedai Makan. Namun, kami kurang bernasib baik kerana semua kedai makan di Melaka tidak dibuka. Oleh itu, kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Balak untuk mencari Resort, menginap di situ dan menunggu ketibaan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor. Kedai makan hanya dibuka bermula jam 4 petang. Petang itu sempat juga untuk bermandi-manda di pantai berdekatan chalet.

Jumaat malam: Segera bertolak ke Jalan Hang Tuah untuk makan malam bersama rombongan 2 buah bas dari Perlis. Selepas makan, sempat lagi ke Melaka River Cruise. Bayaran untuk menaiki Cruise sebanyak RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Jam 2 pagi baru sampai di Resort Pengkalan Balak.

Esoknya (Pagi Sabtu), sambung tidur. My hubby dan abang ipar terpaksa bertolak ke Casa Lago Holiday Apartment yang terletak di Bandar Hilir untuk mengambil mak dan ayah yang menyertai rombongan 2 buah bas kerana rombongan tersebut akan bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 2.30 petang check out dari Resort Pengkalan Balak dan menuju ke tempat penginapan yang lebih besar untuk 3 keluarga. Entah apa nama Apartmentnya, langsung tak terlintas di fikiran untuk mengetahui, yang pasti kedudukannya bertentangan dengan pantai. Seharian (Hari Sabtu) masa dihabiskan dalam perjalanan dan mencari penginapan). Tak sempat juga nak melawat tempat bersejarah di Melaka. Petangnya, semua orang turun untuk ke swimming pool kecuali aku, melayan mata dan tertidur keletihan.

Malamnya (Sabtu Malam) mengikut kakak sekeluarga shopping di Mydin Mall. Terlalu besar tempatnya. Jam 11 malam bertolak ke Umbai untuk merasai keenakan ikan bakar di sana seperti yang diperkatakan. Ada sedikit perasaan tidak puas hati ketika makan di Umbai. Akan aku coretkan di entry akan datang. Selepas makan, terus pulang ke Apartment.

Esoknya (Ahad), hanya 4 orang yang turun breakfast, yang lain-lain sambung tidur. Balik dari breakfast, aku sambung tidur semula dan yang lain-lain turun ke swimming pool. Setelah semuanya puas mandi, kami berkemas barang untuk check out dan meneruskan perjalanan ke Muzium Melaka. Namun, kurang bernasib baik.

Kereta kami tiba-tiba rosak di pertengahan jalan. Clutch kereta tidak berfungsi ketika berhenti di trafik light. Hari tu pula hari minggu. Banyak kedai yang tidak dibuka. Nasib baik abang ipar arif tentang selok belok kereta (mekanik). Setelah membaiki apa-apa yang patut, perjalanan ke Muzium Melaka terpaksa dibatalkan. Kami berpatah balik untuk menaiki highway, berpecah ke utara dan kakak sekeluarga menuju ke Selatan, meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Oleh kerana GPS pula yang buat hal, my hubby mengambil keputusan untuk ke Klang dan ke i-City Shah Alam. Letih juga berjalan namun ku gagahkan diri untuk melihat semua tempat-tempat di situ untuk kali pertama dan mungkin yang terakhir. Lewat tengah malam baru kami sampai di Perak.

Kesimpulan percutian: Langsung tak seronok.
Gambar yang sempat di ambil..
Pantai Pengkalan Balak.

Menyusuri Sungai Melaka.

Di i-City Shah Alam.




Harap-harap percutian pada tahun akan datang lebih bermakna.
Ranking: 5

25 comments

14 Jun 2011 pada 11:16 PTG

Salam Azila..pengkalan balak tue kg Abg ipar atie...pernah sampai masa bujang dulu.lama dah x g melaka....

14 Jun 2011 pada 11:46 PTG

Melaka mmg byk sgt tempat menarik.. balaja dimelaka 3tahun.. byk tempat yg dah explore.. :)

15 Jun 2011 pada 12:17 PG

walaupun tak seronok..ia tetap dipanggil kenangan

15 Jun 2011 pada 12:22 PG

salam..
alahai..sedihnya sound
tak pe lah akan mendatang
hari yang lebih ceria..
cuti yang lebih menyeronokkan..

15 Jun 2011 pada 2:55 PG

kesimpulan percutian tu yg tak tahan..hehe
sama le blog kami pun da besawang..
ingat kami nk try becuti kat cameron plak, harap best ler..:)

15 Jun 2011 pada 10:03 PG

weeeee...bestnyerrr... rindu nak lepak kat melaka... best klu dapat bercuti kat tepi pantai

15 Jun 2011 pada 12:05 PTG

Hmmm mungkin tak berapa seronok sebab terkejar ke sana sini kot. Macam not well planned je...

15 Jun 2011 pada 3:18 PTG

@♥♥azatiesayang ♥♥
W'salam.
Ooo, ya ka? cantik jgk pantainya tu..

@paiz
Mesti best kan, sambil2 belajar, boleh tgk tempat2 menarik..

@abadi romeo
Ya betul...itulah kenangan yang terrr...tak seronok.

@zulkbo
W'salam..
InsyaAllah, moga2 percutian akan dtg lebih seronok..

@LiFe KaMi
Cameron memang best. dah bayak kali ke sana lgpun dekat dengan T.Intan kan. Mmg tak jemu la walaupun dah selalu pi sana.

@C.M.A @ CikMoonAdnan
A'a, terutamanya bila dapat main air laut..

@EmpayarUtama
Betul tu...memang terkejar ke sana ke mari...

15 Jun 2011 pada 6:32 PTG

I love Malacca, one of the Historic states in Malaysia that I admire.

Tanpa Nama
1 Mac 2013 pada 8:22 PG

It's very effortless to find out any matter on net as compared to textbooks, as I found this paragraph at this website.

my site; bad credit loans

Tanpa Nama
16 Mac 2013 pada 7:33 PG

It's really a nice and helpful piece of information. I am happy that you just shared this useful info with us. Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.

Visit my web page - Property for Sale

Tanpa Nama
14 Mei 2013 pada 5:27 PG

Pгеtty nice post. I simply stumbled upon your weblog and wаnted to
say thаt I've really loved surfing around your weblog posts. After all I will be subscribing in your feed and I hope you write again soon!

Here is my blog ... Same Day Payday Loans

Tanpa Nama
24 Mei 2013 pada 7:59 PTG

I'm trying to create a similar community to this myself, there's clearly a lot of effort that goes into it.

Reallу livеlу communіty as well,
ωhich is nοt easy to builԁ.

Alѕo visit my blog ... get a loan fast

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved