Majlis Cukur Jambul, Bertahnik Dan Bersunat.

on Rabu, September 21, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Samsung Galaxy S

Tanggal 17 September 2011, diadakan sedikit kenduri sempena majlis cukur jambul, bertahnik dan bersunat puteriku yang ke 2. Pada hari tersebut, puteriku yang belum lagi didaftarkan nama telah berusia 11 hari. Syukur Alhamdulillah, semuanya telah selesai jam 9.30 pagi.

Awal sungguh tok bidan ni sampai, aku pun sempat mandi. Katanya ada urusan di Kedah, sebab tu kena datang awal-awal pagi. Tak sempat nak merasa hidangan kenduri.

Majlis kesyukuran serta akiqah diadakan di kediaman ayahanda mertuaku di Abi Kubang Badak, Kangar, Perlis dan 2 ekor kambing ditumbangkan. Tak dapat la nak merasa hidangan kenduri kali ini. Aku hanya dihidangkan dengan bubur nasi sahaja. Masih belum boleh menjamah nasi. Hari ini, baby ni dapat merasa air zam-zam untuk kali ke 2 (kali pertama di nuseri KMC), madu dan juga kurma. Namanya juga telah ku letak sempena nama kurma seperti Alongnya juga.

Sebenarnya banyak gambar yang diambil tapi gambar-gambar lain masih ada dalam kamera DSLR. Kalau sempat dan rajin, akan di upload kemudian.

Lebih kurang 200 orang tetamu yang hadir. Menteri Besar Perlis serta isteri juga menghadirkan diri di sebelah petang. Tak dapat nak ambil gambar sebab masa tu dah keletihan sangat-sangat, seharian asyik duduk saja. Terima kasih pada semua tetamu yang hadir.

Banyak juga baby ni dapat duit. Terima kasih juga pada rakan blogger, PenaDigital atas sumbangan tempoh hari. InsyaAllah, lagi 6 bulan boleh la buka buku akaun untuk baby ni.
Ranking: 5

5 comments

21 September 2011 pada 2:47 PTG

Wah...meriahnya majlis, menteri besar pon datang ☺☺

21 September 2011 pada 3:47 PTG

alolo.. budak botak..
hehehe..

Wordless Wednesday - Susut nilai anak dara | Semekar Kasih

21 September 2011 pada 4:17 PTG

Salam;
alhamdulillah selamat.tahniah kerana mendapat seorang puteri..mudah2an murah rezeki..

22 September 2011 pada 12:56 PG

Dapat puteri penyeri famili,
Acara bercukur sudah dirai,
Semoga anda di murah rezeki,
Hidup bahagia di sisi suami.

22 September 2011 pada 11:52 PG

salam..
ermm..harapan semuanya sihat..
alhamdulillah..keluarga mertua yang mengambil berat..cepat buat aqiqahnya..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved