Terima Orang Baru.

on Rabu, September 14, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Mesti ramai yang tak sabar-sabar nak tengok orang baru kan...? Aku telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.40kg.

Baby ni dilahirkan pada 7 September 2011 di Kedah Medical Centre secara pembedahan. Sama tarikh lahir dengan Alongnya. Jadi boleh save bajet untuk kek birthday untuk tahun-tahun akan datang.

Berusia 2jam 20 minit

Tak ada rasa sakit sedikit pun ketika masuk wad dan di bawa ke bilik bersalin.. Apabila dah tak rasa sakit maka aku di induce untuk melahirkan baby ni. Aku terpaksa menahan sakit selama 4 jam selepas induce untuk bersalin secara normal namun segalanya telah ditentukan. Oleh kerana baby besar sangat iaitu seberat 4.40 kg, maka pembedahan terpaksa dilakukan.

Berusia 4 hari.

Nak cerita pengalaman besalin di sini buat masa ini, rasanya kurang sesuai kerana keadaan kesihatanku tidak mengizinkan. Tak boleh nak duduk lama-lama sebab masih sakit lagi kesan pembedahan...

InsyaAllah, apabila rasa sihat sikit, aku akan up date lagi.


Ranking: 5

15 comments

12 September 2011 pada 5:10 PTG

Tahniah..semangat dan comel babynya.Lama tak bw ke sini.

12 September 2011 pada 5:24 PTG

wah,,dah bersalin dah.. tahniah akak. siapa namanya nih?

12 September 2011 pada 8:12 PTG

assalam iza

Tahniah iza. seronoknyer dapat org baru kan. 4.40 kg tu. kalau normal puas meneran tu ... ha33. semoga sihat kedua2nya.

13 September 2011 pada 12:48 PG

salam Iza..
dah agak dah..TAHNIAH
comelnya..alahai dah dua
pompuan ye..?senang tolong
mak mask nanti..baju boleh
pakai baju kakaknya..jimat
tu...
:)

13 September 2011 pada 8:10 PG

tahniah kak. berat nye baby, tapi yg penting sihat walafiat. best nye anak2 sama birthdate...

Tanpa Nama
13 September 2011 pada 9:32 PG

Tahniah iza. Semoga ibu dan baby sihat.

13 September 2011 pada 4:38 PTG

tahniah iza..sgt2 cumil baby.besar dan debab.

14 September 2011 pada 7:47 PG

Tahniah Iza...tembam cucu Tok...ini tentu mak dia banyak makan durian..

14 September 2011 pada 5:05 PTG

tahniah atas kelahiran baby yang comel dan kiut miut ni.Cuma rasa terkezooot sangat ..berat tu 4.4..fuyooo..sihat baby tu..

14 September 2011 pada 5:38 PTG

tahniah..sihat tul baby girl ni..:)

14 September 2011 pada 8:44 PTG

Tahniah dan satu entry buat baby di PD

14 September 2011 pada 8:50 PTG

tahniah..
nak gegurl juga..
anto cni boleh?

14 September 2011 pada 9:40 PTG

Tahniah kak iza..sama tarikh lahir dgn alongnya..hebat tu! :)

15 September 2011 pada 4:38 PG

4.4kg berat tu..
Alhamdulillah selamat melahirkan baby yg comel..
tahniah yer,semoga memberi lebih kebahagian dalam keluarga..:)

7 Disember 2011 pada 12:53 PG

wow..bestnya tarikh lahir sama dengan kakak bb...pandai akak pilih tarikh...tahniah yer diats kelahiran pu3 ke2..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved