Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pertama sekali aku mohon maaf pada sesiapa yang terkeliru dalam memahami syarat-syarat contest pertama Teratak Usang. Sebenarnya, syarat yang aku tetapkan cukup mudah. Anda hanya perlu meneka gambar yang aku paparkan, meninggalkan jawapan dalam entry tersebut dan digalakkan untuk mewar-warkan contest yang aku anjurkan. Terima kasih pada semua blogger yang sudi mewar-warkan contest tersebut.
Di sini ada sedikit perubahan. Memandangkan ramai yang merungut mengatakan gambar yang aku paparkan itu terlalu susah, aku buka peluang pada semua (samada yang telah meneka atau belum), untuk meneka pada kali kedua kerana aku akan berikan klu. Pada yang was-was dengan jawapan yang pertama, bolehlah mencuba untuk kali ke dua.
Pembayangnya adalah.........
"Keras"
"Tidak boleh dimakan"
Apa benda ya, kalau tidak boleh di makan? Sebab nampak macam boleh makan. Hmmm...fikir-fikirkan sebab masa yang ada masih lagi panjang. Untuk coretkan jawapan, sila ke SINI atau klik gambar di sidebar blog. Nama peserta yang join akan diletakkan di Up Date Terkini Peserta Contest.
Moga Berjaya!
Moga Berjaya!
1 comment
walaupun ada pembayang masih tak dapat jawab.. jadi sop teka ajer lah..
biji salak kot.. huhuhu
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini