Sambil Menyelam, Sengaja Aku Minum Air.

on Rabu, Februari 24, 2010

Assalamualaikum.....

Aku kini berada di di Taiping. Ini merupakan kali pertama aku mengikut my hubby out station (sebab nak terus balik kampung lepas ni) dan merupakan kali ke dua aku berada di Taiping (kali pertama hanya sempat melawat Zoo Taiping je).....
Ada sesiapa orang Taiping?

Best la dok kat Taiping ni, tak panas, tak juga sejuk. My hubby kata, Taiping ni merupakan tempat paling lembab di Malaysia dan purata taburan hujan 320 hari setahun. Ya ka? Aku memang dah lupa subjek Geografi. Bak kata my hubby, walaupun jalan di Taiping ni boleh menyesatkan (bagi yang tak pernah mai sini la), kita tak akan sesat biarpun ke mana sahaja kita pusing sebab kita akan jumpa Taman Tasik Taiping.

Fakta:

Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Sumber: Yang Boleh Dipercayai

Sejarah Taiping

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Sumber: Majlis Perbandaran Taiping

Tak puas rasanya berada di Bandar Taiping ni kerana banyak tempat-tempat menarik yang belum sempat aku kunjungi selain Zoo Taiping. Dan yang paling best sekali, walaupun aku hanya tinggal di hotel bajet (bukan la cantik, menarik, tertarik sangat pun), line internet memang lagu gila-gila walaupun aku hanya guna broadband. Rasa macam pakai stremyx pula.
Arghhhh....sayangnya nak tinggalkan selimut.....sejuk la. ahak..Sebenarnya sayang nak lepaskan peluang menggunakan broadband yang super laju buat kali pertama. Aku teruja la.....

Ok, jumpa lagi.....
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved