Salam 1 Dunia.
Samsung Galaxy S.
Hari ini baru ada sedikit semangat kerajinan untuk up date blog. Bukan tak ada idea. Bahan ada tapi malas nak membuka laptop. Sejak ada smart phone ni, online guna smart phone sahaja, lebih mudah, cepat dan di mana-mana sahaja. Sempat juga terjah blog rakan blogger sebagai silent reader. Cuma nak up date blog guna smart phone je belum arif lagi terutamanya masa nak up load gambar untuk masuk ke dalam post. Tak mengapa, belajar sikit-sikit.
Gambar di atas merupakan menu untuk hari ini. Betapa untungnya berada di kampung. Dapat merasai pelbagai jenis juadah setiap hari. Jiran kiri kanan bagi sikit, buat sendiri dan ada yang beli sedikit. Dah penuh satu meja. Nasib baik ada dua meja.
Biasanya kuih-muih dan minuman diletakkan di meja berasingan manakala makanan berat diletakkan di meja yang lain bagi memudahkan untuk menjamah makanan. Kalau letak satu meja, memang tak muat.
Menu untuk hari ini adalah bubur lambuk bersama telur masin, ikan bilis goreng dan kangkung goreng belacan (buat sendiri dan ada jiran bagi sebungkus) dan mee hailam (buat sendiri). Kuih -muih hasil pemberian jiran tetangga adalah puding cempedak, cucur badak dan bengkang ubi kentang (1st time makan). Manakala juadah yang dibeli agar-agar, intan mentabur (kuih sagu), pulut sekaya (pulut hitam) dan qhasidah. Tak lupa juga kurma serta air oren dan sirap biji selasih.
Banyak sungguh menu hari ini. Memang tak habis makan. Selalunya menu yang tak habis di makan, aku lah yang habiskan lewat-lewat malam nanti. Nak dibiarkan begitu sahaja, membazir pula. Sudah ku pesan pada mertuaku, jangan membeli juadah terlalu banyak kerana berat badanku semakin bertambah dari hari ke hari.
Ini belum lagi adik-beradik berkumpul beramai-ramai, rasanya kalau semua balik ke kampung, berbuka di atas tikarlah jawabnya sebab tak muat dengan hidangan berbuka puasa.
Betapa murahnya rezeki di bulan yang mulia ini. Kalau tak membeli juadah berbuka puasa pun, pasti ada jiran-jiran yang menghantarkan sesuatu. Inilah kelebihannya apabila berada di kampung. Kalau berada di tempat orang (contohnya aku), dikelilingi oleh jiran-jiran India, tak dapat la nak merasa juadah jiran seperti di kampung.
Bagaimana pula menu berbuka puasa anda untuk hari ini?
Sekian dulu untuk kali ini, selamat beristirehat.

7 comments
Salam;
waaahh.!!boleh tahan menu tu biasa duduk kpg semuanya mudah,murah malah percuma paling banyak..aku hari ni biasa je..makan dgn lauk ayam pansuh,sambal buah mangga,ikan kering dan sayur labu,kueh adalah juga sikit.
salam..
selamat berbuka puasa..
ermm..macam biasa simple
je menu berbuka saya
dan keluarga.
salam..
alhamdulillah,rezeki di bulan ramadhan..selamat berpuasa utk hari2 sterusnya.. :)
mak oiii banyaknya makanan... abis ke...?
alam,
aya bebrbuka dengn anak sulung. Menu kami imple jer. Kadang2 tu satu menu jer. Kalau buka puaa umah mak.. baru meriah..
banyyak juga menu tuh kak... saya minum air pun dah kenyang air.. malam2 sikt baru boleh makan yang berat2..
amboi bubur lambuk dg n telur masin,pagi2 dugaan puasa ni..hehe
buat sendiri baru kita rasa kepuasan, skang pun makanan kat bazaar tu mahal2, at least bole kita berjimat utk beli keperluan lain..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini