Dragonfly Makan Apa?

on Jumaat, Ogos 19, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Anakku berusia hampir 4 tahun kini, bersifat pemalu apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenalinya tetapi petah bercakap dan tak kenal erti penat. Siang malam, mulutnya tak tahu nak rehat, ada sahaja yang dicakapkanya kecuali waktu tidur.

Itulah soalan yang diajukan kepadaku hari ini oleh anak kesayanganku yang tak henti-henti bercakap sejak terjaga dari tidur hingga nak tidur pula di malam hari. Sukar untuk dijawab kalau tak google. Setiap hari ada sahaja soalan yang ditanya padaku. Kadang-kala tak termampu aku nak melayan kerenahnya dengan macam-macam soalan. Akan ku biarkan dia bercakap sorang-sorang dan aku hanya mengangguk atau menafikan apa yang di kata.

Selalunya aku akan berkata padanya, "Kesian mulut Along", dan dia akan menyoalku kembali, "Cakap banyak sangat ke ibu?"

Hari ini ada pepatung masuk ke dalam rumah. Dengan segera dia bertanya,

"Ibu, dragonfly makan apa?"

Aku pun tak tahu jawapannya. Nasib baik aku tengah mengadap laptop, boleh juga dapat jawapan segera. Setelah aku google, rupanya pepatung ini suka makan serangga kecil seperti nyamuk, lalat dan kupu-kupu.

Setelah dia mendapat jawapan yang aku berikan itu, aku ingatkan dia dah berpuas hati, rupanya pertanyaannya tidak berakhir di situ. Ada lagi soalan rupanya.

"Kenapa dragonfly suka makan nyamuk, kupu-kupu, lalat....."
"Kenapa badan dia besar dan ekornya panjang?"

Kalau mood kurang baik, boleh naik angin juga ni. Banyak sangat bertanya. Memang la banyak bertanya, tak sesat jalan. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang ingin diketahuinya. Aku pula akan menjawab soalan yang termampu aku jawab. Kadang-kala terpaksa juga berhadapan dengan soalan yang tak logik ditanya.

Esok pasti ada lagi yang ingin diketahuinya....
Bagi yang sudah berpengalaman, bagaimanakah anda menangani situasi sebegini?
Ranking: 5

11 comments

18 Ogos 2011 pada 10:25 PTG

haha.. memang kena banyak sabar tu..
bagi tahu kat anak.. orang perak panggil binatang ni cakcibur..

19 Ogos 2011 pada 12:29 PG

salam..
karenah anak perempuan kecil
sama lah dengan saya..kalau letih
atau tak larat nak jawab saya akan
pas baton kat Uminya lah..
:)

19 Ogos 2011 pada 2:01 PG

kecik kecik dulu nakal aku tangkap pepatung guna getah nangka bubuh kat ujung lidi penyapu. bawak balik bg makan ikan puyu... :)

19 Ogos 2011 pada 10:19 PG

huuu susah tu nak jawab, hehehe

19 Ogos 2011 pada 7:06 PTG

nasib baik ada Pakcik Google..boleh juga buat rujukan ,kalau tak de..gugur juga sehelau dua rambut sebab nak kena garu dulu baru jawab

19 Ogos 2011 pada 9:08 PTG

Salam;
tulah kebaikan ada anak tak sunyi dari pertanyaan demi pertanyaan..kalau tak ada anak lagi tension tak soalan nak dijawab..Hahaha!!..akupun ada anak perempuan 4tahun boleh tahan jugak.

20 Ogos 2011 pada 12:04 PG

assalam iza.

Keletah anak2 layan jer lah time kecik ni. Bila dah sekolah nanti kurang lah sikit bertanya tu sebab tempat bertanya dekat cikgu sekolah. silap2 dia yg ngajar kita balik ... he33

20 Ogos 2011 pada 8:59 PTG

@cikgu isza
Memang perlu banyak bersabar...
Cakcibur? Saya pun baru pertama kali dengar..

@zulkbo
Ya ka?
Selalunya abahnya yang rajin melayan tapi bila di kampung berdua dengannya, saya la yang perlu melayan...

@EmpayarUtama
Aku pun rajin juga buat macam tu tapi dijadikan umpan. Kadang-kala cucuk ekornya dengan rumput pantang, bagi dia bawak terbang. Bila fikir2 balik, kesian dia..

@Khairul Hakimin B. Muhammad
A'a la..

@abadi romeo
Betul tu..

@yusuf Laili
W'salam
Ya ka? Memang tak sunyi. Kalau dia jauh dari kita, memang terasa sunyinya. Rindu pulak kan..

@wachak
W'salam.
InsyaAllah..memang kena layan juga la nak tak nak pun sebab dia akan dapatkan jawapannya juga dengan setiap apa yang ditanya.

5 Oktober 2012 pada 11:52 PTG

assalamun'alaikum wbt.

Bila anda benar2 penuh ilmu pengetahuan. Sungguh apa yg anda perhatikan pada anak anda itu adalah sesuatu yg menyeronokkan. Biarlah anak anda banyak bertanya sebegitu kerana ia juga kenangan yg pernah menjadi impian anda dahulu. Apa2hal pasni bila anakmu bertanya lagi dah masih trus begitu. Hendaknya, sebelum menjawab tuh. Baca Bismillah serta sholawat kepada Nabi s.a.w. Biarlah ia turut mendengar ucapan anda tersebut. Nak teguhkan kesabaran perlu ucapkan Ayat-ayat tersebut hatta dalam hati sekalipun. Selamat berjaya. wassalam

22 Oktober 2012 pada 6:47 PTG

@haiwan didikan
W'salam..
Terima kasih atas komen di atas. Boleh dijadikan panduan harian.

Tanpa Nama
4 Disember 2012 pada 3:25 PTG

lawaklah . awak siapa

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved