Aktiviti: Menjahit Cadar Dan Sarung Bantal.

on Rabu, Ogos 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Terima kasih pada EU dan beberapa orang blogger yang sudi singgah ke sini walaupun blog jarang up date. Aku masih menunggu hari. 17 Ogos (Nuzul Quran) ini genaplah 9 bulan usia kandungan. Aktiviti keluar jalan-jalan sudah lama dihentikan. Sekadar berjalan-jalan dalam rumah sahaja.

Untuk mengisi masa lapang dan kerja last minit, inilah aktiviti yang aku lakukan. Dengan 3 meter kain dan 8 meter renda, aku gunting dan jahit ikut suka hati. Maklum lah, aku bukan pakar dalam jahit-menjahit ini, sekadar asas untuk memasukkan benang ke dalam jarum pandai la. Pandai-pandai la merekacipta sarung tilam dan bantal dengan usaha sendiri.

Kali ini, aku nampak warna biru cantik di mata walaupun ramai yang meneka jantina anak adalah perempuan. Empat tahun lepas, pink menjadi pilihan, kali ini biarlah biru pulak. Lama juga aku ambil masa untuk ukur, gunting, jahit tepi, jahit jelujur dan akhirnya mencantumkan keratan-keratan tersebut. Dan akhirnya....

V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVV
VVV
V

Ok tak?
Agak-agak, boleh ambil tempahan menjahit tak ni?

Inilah hasil kerja last minit. 2 biji bantal tidur dan 2 biji bantal peluk (yang satu lagi tak sempat nak bergambar bersama). Tilamnya belum siap, sarungnya yang siap dulu. Sebenarnya aku malas nak mengisi kekabu. Hidung ini sensitif dengan kekabu, boleh menyebabkan aku selsema sekejap. Tunggu my hubby tolong isikan...entah bila nak mengisinya.

Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi aku merasa puas kerana dapat melalukannya dengan hasil tanganku sendiri. Tak pernah-pernah menjahit, tiba-tiba jadi bidan terjun sekejap, boleh la dari mengupah tukang jahit untuk menjahitnya. Kos juga tu.

Untuk tempahan, sila hubungi..... 017-444, tekan-tekan tak dapat..

Ranking: 5

5 comments

15 Ogos 2011 pada 10:23 PTG

Salam;
bolehlah tu..gerenti lena baby tu nanti bila tidur atas tilam dan bantal hasil kerja tangan ibu sendiri.

16 Ogos 2011 pada 2:23 PTG

hehe cantik set tu. Boleh pakai sebulan pastu baby besar dah :)

18 Ogos 2011 pada 9:46 PTG

Assalam..

Cantiklah tu..yg penting ia boleh digunakan.Lain kali boleh cuba jahit yg lain pula

19 Ogos 2011 pada 12:30 PG

salam..
bawalah berehat..
moga ibu dan bayi dalam
kandungan selalu sihat

20 Ogos 2011 pada 9:03 PTG

@yusuf Laili
W'salam..
Harap2 macam tu la...hehe..

@EmpayarUtama
Ya ka?
besar juga tilamnya tu. Kakannya pun boleh tidur cuba lulut ke bawah je tak lepas..

@ozzy
W'salam..
Terima kasih...ya betul..InsyaAllah, kalau nak, seribu daya kan..

@zulkbo
W'salam..
Ya, terima kasih...InsyaAllah, Aminn..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved