Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pertama sekali, aku mohon maaf pada orang Melaka terutamanya peniaga-peniaga gerai makan di Umbai. Aku memang tak puas hati ketika makan di situ sewaktu bercuti ke Melaka dua tiga hari yang lepas. Aku kurang arif tentang pemakanan orang-orang Melaka di Umbai. Mungkin mereka tidak makan nasi atau makan nasi sedikit dan selebihnya meratah lauk, Wallahu'alam.
Kisahnya begini...
Lebih kurang jam 11.15 malam kami sekeluarga (10 orang) pergi ke Medan Ikan Bakar Umbai walaupun jauh dari tempat penginapan kerana Medan Ikan Bakar tersebut dikatakan terkenal dengan masakannya yang enak. Nak juga rasa keenakan masakan Melaka. Bukan senang nak ke Melaka kalau bukan ketika bercuti.
Belum sempat turun dan menutup pintu kereta, para pengusaha restoran di sana berebur-rebut menjemput dan menarik pelanggan untuk ke gerai mereka. Kami memilih salah satu kedai makan di sana. Menu yang dipesan, pastinya asam pedas ikan pari, ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung dan air minuman. Nak order masakan berasaskan sayur seperti sup sayur atau sayur campur, langsung tak ada. Pelik ni. Orang Melaka tak makan sayur ke?
Peniaga gerai tersebut menghidangkan sebesen nasi lemak yang dibungkus beserta sambal kicap (rasa-rasanya la) dan pinggan-pinggan kosong. Kemudian, air yang dipesan pun tiba diikuti sotong goreng tepung dan kerang bakar. Oleh kerana masakan lain belum lagi tiba, kami pun meratah makanan yang ada tu beramai-ramai. Dalam sejarah hidupku, aku order air dua kali dan habis 2 gelas besar sementara menunggu makanan yang dipesan tiba. Mungkin kekurangan pekerja untuk memasak kot, itu yang lambat.
Masakan yang ditunggu-tunggu pun sampai dan siap dihidang. Kami saling berpandangan dan hanya memerhatikan lauk seolah-olah seperti cerita P.Ramli, ambil bau je dulu...Pelayan atau peniaga gerai makan hilang entah ke mana. Masa mula-mula turun kereta, beriya-iya menjemput dan menarik pelanggan. Bila dah dapat pelanggan, ditinggalkan pula. Dah lama sangat menunggu, aku pun bertanya, "Kita kena makan lauk-lauk ni dengan nasi lemak ka? Kaa..nak meratah saja?"
Mak mertuaku pun bangun ke belakang untuk mencari peniaga tadi dan meminta/order nasi. Akhirnya nasi pun sampai. Aku sangkakan apabila order lauk-pauk sekali pakej dengan nasi. Rupanya nasi nak kena order asing. Hairan juga ni..Mungkinkah lauk-lauk yang dipesan itu dimakan dengan nasi lemak yang dihidangkan? Atau memang orang Melaka hanya meratah lauk sahaja? Patutla tak ada masakan berasaskan sayur. Kesian juga pada kanak-kanak. Kuah yang ada semuanya pedas-pedas. Nak kena tanya orang Melaka ni.
Baru pertama kali makan di Medan Ikan Bakar Umbai, jadi aku tak berapa tahu cara makan orang di situ. Sesiapa yang pernah makan di situ, boleh juga berkongsi pengalaman anda di sini.
Makanan di situ memang sedap tapi, layanan pelawaan kali pertama pun memuaskan, cuma yang tak puas hati apabila masakan yang diminta tidak ada dan tak dihidangkan dengan nasi putih. Aku bukan la cerewet sangat bab makan ni, dengan nasi lemak pun ok tapi jarang orang makan ikan bakar dan asam pedas dengan nasi lemak sejemput (sebungkus). Mungkin adat dan cara makan kita berbeza walaupun 1 Malaysia. Lain negeri, lain caranya.

19 comments
pnh mkn kat stu...but dia ada tya nak nasi lemak ke nak nasi putih
kalau makan di medan ikan bakar mcm tu la senario nya..
nasi dan lauk berasingan...
biasanya makan ikan bakar..makanan laut yg lain bersama sambal kicap & nasi lemak..
sayur2 tu ada..tgk pada kedai juga...
kalau nak nasi putih kena request pada pekedai.. :)
sy tk gemar sngt ke Umbai..terlalu ramai org..terlalu bnyk kedai... :)
So much for customer service and Melaka suppose to be drawing plenty tourist.
Hi Iza, apa kabar? ingat ikan bakar bikin air liur hampir menetes karena membayangkan kelezatannya,, nyam,,nyam. Apalagi kalau makannya beramai-ramai di Teratak Usang,, uihh sedaaaaap. Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya,, Ikuti dan nikmati saja kebiasaan masing2 tempat dimana kita berada, dengan begitu liburan akan terasa lebih menyenangkan, setujukah?
Salam.
saya org melaka..ye,mmg kat umbai ni, style makan nye ialah ikan bakar,seafood + nasi lemak..sedap sgt, panas2 dihidangkan...
this is yg wat umbai special..
makan nasi lemak with the ikan bakar, and lauk2 yg di-order ;)
banyak lagi tempat makan best kat melaka ni..hehe..dtg la lagi next time ;)
salam...
mana gambaq ikan bakaq nya
dok nampak gambaq sotong je?
:)
mesti sedap makanan segar
dari laut tu..
assalam iza.
phergh !! pantun 10 kerat ni. ha ! ape lagi org melake, jawab be ... ha33
@cik fa
Ooo, ya ka? masa kami pi makan tu, dia tak tanya apa2 pun ttg nasi.
@nabilah_2908
Oh, macam tu rupanya. Biasa la, ke tempat org, tak tahu sgt keadaannya.
@Nava Krishnan
Yes.
@Rizal Tanjung
Khabar baik. Betul tu. Sekurang-kurangnya kita dapat belajar sesuatu yang baru di tempat baru dengan suasana yang baru. W'salam..
@wada adam
Oh, begitu ya? Memang rasa pelik la sebab belum pernah jumpa tempat makan yang hidangkan nasi lemak dengan lauk-pauk yang lain. Patutla dalam nasi lemak hanya ada sambal sahaja tanpa lauk. InsyaAllah, lain masa akan ke Melaka lagi sebab masih byk tempat yang tak sempat nak dikunjungi.
@zulkbo
W'salam..
Sengaja tak letak gambar ikan bakaq, nanti meleleh air liur pulak. Memang sedap makan makanan segar di situ.
@wachak
W'salam..
Ada orang Melaka dan jawab tu...
Hahaha... Kan aku siap bubuh gamba lg (baca Kolam Sotong...). Medan Ikan Bakar Umbai memang lebih kepada tradisionalnya dengan nasi lemak sebagai makanan utama, dan serba pedas. Anak2 aku lebih suka pergi Kampung Ikan Bakar Terapung Umbai. Patutlah kau kata tak jumpa 'penyambut tetamu' hehehe.
Tak pe nanti turun JB kita gi Rahmat Ikan Bakar kat Kg Pasir Putih Pasir Gudang yea...
@EmpayarUtama
Ya ka? Kampung Ikan Bakar Terapung Umbai tu dekat2 situ jugak ka? Baru pertama kali pegi sana, itu yang kurang tahu..
Rajin juga ke Johor dan pernah makan nasi lemak sedap waktu malam tapi tak ingat apa nama tempat. Yg pastinya ada nampak Singapura di seberang sana..
Baru gi Umbai makan ikan bakar 6 Dis 2011 yg lepas bertiga dgn wife n anak. 1st time try setelah lama dok ushar2 je. Gi restoran yg adik rekomen iaitu Parameswara. Sampai jam 5.30 ptg, org baru nak ramai. Staf amik order mmg cepat...kami order ikan siakap bakar separuh, separuh lagi masak sweet sour, tomyam, sotong pedas dan udang butter.
Yg tak bestnya makanan datang satu-satu...mula2 nasi sampai...beberapa minit sotong lak sampai...not bad laa.. selang banyak minit jugak la baru tomyam sampai...rasa manis semacam...mcm rasa asam pedas pun ada. Ikan bakar hanya sampai dalam 20 minit lepas tu...tentu anda dpt bayangkan...tak syok la makan camtu. Udang butter tak nampak btg idung lagi. Cik kak dan abang serta anak2nya di meja sebelah pon muka mcm tak puas hati (aku rasa sebab servis slow sgt). Last2 aku cuma makan nasi 2-3 suap...terus gi bayar...dan sampai last tak dapek aku nak merasa udang butter umbai...
Dan aku dan wife mmg sepakat...ini kali pertama dan terakhir kami makan di ikan bakar umbai... sekadar coretan pengalaman. :-) sekian terima kasih.
-AZMI-
@izayg kat johor tu nama tempatnya Senibong kot...
-AZMI-
Biasalah bile tmpt tu ramai dan terkenal sudah tntu peniaga-peniaga di situ pun tidak tertangan dan kurang memberi layanan yg sempurna kepada pelanggan. Saya orang melaka dan kini berada diluar Melaka jadi perbezaan itu dapat saya lihat dengan jelas.. Cara dan budaya orang Melaka tidak seperti apa yg puan byngkan.. Cadangan saya untuk puan dan sekeluarga, datanglah melawat ke Melaka lagi dan kunjungilah ditempat2 yg lain pula untuk puan dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana budaya dan cara penduduk di Melaka yang sebenar-benarnya..
p/s
- kalo biasanye ditempat2 lain pencicah bg ikan bakar adalah air asam tp di Melaka pencicahnya adalah sambal kicap.
- nasi lemak bersama lauk pauk sbnrnye kelainan yg cuba diberikan drpd para peniaga disitu.
- Makanan yg pedas2 pula sememangnya penduduk di Melaka gemar makan makanan yg pedas2..
- Sayur-sayuran mungkin tidak ditawarkan kpd pelanggan di kedai itu. Semestinya penduduk di Melaka makan sayur-sayuran.
Terima kasih atas penerangan panjang lebar tersebut.
aku rasa kt umbai kureng ar... menyesal aku g saner..
baik g jeram kat selangor lg tip top
kebiasan pengunjung ikan bakar di umbai memang akan dihidangkan dengan nasi lemak+kicap pedas. akan tetapi, biasanya nasi putih juga ditawarkan. tapi kalau berkunjung ke sana hujung minggu, kenalah bersabar sebab ramai...
Memang di Umbai, seafood makan dengan nasi lemak :D
Kalau nak nasi putih, kena order.
Hehe.
Nampak tak sedop ikan bakar kat umbai,lagi sedop kat bagan lalang...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini