Belon Helium

on Isnin, April 30, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sekarang ni rata-rata tempat ada jual belon helium terutamanya di pasar-pasar malam, pekan nat dan tempat-tempat tumpuan ramai. Paling suka semestinya kanak-kanak kerana ada bermacam-macam pilihan dengan karaktor kartun digemari ramai seperti Upin Ipin, Boboy Boy, Hello Kitty, Angry Bird dan sebagainya.

Anakku juga tak terkecuali. Kalau dia berkenan atau nak kan sesuatu, dia tak akan bagitau. Tetapi perlakuannya sedikit berubah.

Gosok-sosokkan mata dan menangis tak berlagu.

Maka, pandai-pandai la kita agak sendiri apa yang dimahukannya. Puas bertanya dan meneka juga kalau tak kena gaya.  

Apa yang aku tak puas hati adalah...
Harga belon helium tersebut terlalu mahal. Ada peniaga menjual dengan harga RM5 dan ada yang jual dengan harga RM7. Belon ni bukan yang batang tu tapi yang ada tali dan diikat pada besi bulat atau pada ais pop. Kalau harganya RM1 ke RM3 tak kisah la tapi boleh mencecah ke RM7. Itu baru di Perlis. Di tempat lain aku tak pasti harganya.

Bagi aku, harga yang diletakkan itu sangat la mahal. Boleh beli bihun sup utara 2 bungkus dengan harga tersebut. Boleh juga buat tambang bas ekspress dari Alor Setar ke Perlis, boleh beli 1 bekas ais krim besar. Kiranya akan kenyang la kalau beli makanan.

Kenapa belon tu mahal sangat? Habis udara maka jatuh ke bawah dan terbiar la belon tu. Kalau anak-anak orang miskin, orang susah nak belon tu, kesian kat mak bapa mereka. Budak-budak la katakan. Bukan tau apa. Tau nak minta je apa yang mereka nampak menarik dan tertarik. Dengan harga tersebut, boleh mengenyangkan perut anak-anak dengan makanan.

Bukan la nak berkira sangat beli belon macam tu tapi aku rasa membazir dan tak berbaloi dengan harga yang dijual. Budak-budak ni pun satu. Macam nak buat koleksi pulak dengan kartun-kartun yang ada. Boleh botak kepala kalau 2 kali dalam seminggu beli belon tu.
Ranking: 5

18 comments

30 April 2012 pada 12:38 PG

nice blog... btw done follow - noob

30 April 2012 pada 5:29 PG

ingat dulu masa kecil.. dok fikir mcm mana la belon helium 2.. boleh terbang...

30 April 2012 pada 8:37 PG

kat kk harga dalam RM5-6
kejap jer hayatnya..
kalau anak-anak beli makanan, lagi berbaloi

30 April 2012 pada 11:37 PG

kalo kat Ipoh ni harga antara RM5 - RM8 jugak la..tengok tempat jualan tu jugak..kalo cam kat pesta2 memang diorang letak mahal sikit..

kalo anak teringin sangat, terpaksa jugak la membelikannya..tapi tak dibazirkan camtu je..

bila gas heliumnya tu dah abis, dah kempis belon tu jangan dibuang..dengan berhati hati bukak ikatan tempat masukkan gas tu, pehtu pamkan je ngan pam basikal kalo ada..lepas tu ikat balik ketat2..walaupun tak terapung terbang, at least anak anak dapat lagi nak bermain dengan belon tu selagi diorang tak pecahkan..gitu la ape yang sy buatkan dan alhamdulillah berbulan bulan jugak la tahan..agak kalo dah kempis, pamkan je semula..

30 April 2012 pada 5:40 PTG

rasanya harganya lebih kurang tu juga. kalau anak dah nak, layankan ajelah.

30 April 2012 pada 9:25 PTG

7 ringgit rasanya leh dpt 2-3 pulut durian..hehe

30 April 2012 pada 9:38 PTG

Assalamualaikum. Kalau tak siap pernah juga Kak Long belikan anak dengan harga RM7. Nasib baik dia orang tak minta lagi sejak itu.

1 Mei 2012 pada 5:39 PTG

Saya pun ada beli untuk anak-anak. Saya suka melihat kecerian diwajah anak tetapi bukan bermakna setiap kali mesti beli.

2 Mei 2012 pada 6:07 PTG

sesekali memang boleh dibeli
mujur juga anak2 dah besar

tapi bila dah besar, besar jugalah belanja mainan mereka
huhu

2 Mei 2012 pada 10:36 PTG

budak-budak sekolah suka belon jenis macam ni. hehe..

3 Mei 2012 pada 1:35 PG

salam..
gas helium dalam belon
tu bukan ke senang meletop..
kena pula ada yang merokok
dekat tu nanti..?

3 Mei 2012 pada 3:33 PTG

W'salam..
Susah juga nak meletup belon ni, plastiknya macam liat sikit.
Tapi kalau sengaja cucuk, memang tembus la..hehe..

3 Mei 2012 pada 3:34 PTG

Ya la cikgu..

3 Mei 2012 pada 3:34 PTG

Nasib la..

3 Mei 2012 pada 3:35 PTG

Layankan je la,
kalau tak tunaikan nanti, menangis tak berhenti-henti pulak..

3 Mei 2012 pada 3:36 PTG

Bila dah tak terapung,
dah tak berkenan la pulak nak main...

16 Julai 2012 pada 5:03 PTG

hehehe.. tapi kalau belon helium ni digunakan utk party, perasmian, wedding, sgt2 cun.. jgn la guna yg corak2 katun ni utk wedding ekekeke

saya nak rekemen Glowing Party House utk area lembah klang... depa ada jual belon helium and jugak barang2 party ;)

https://www.facebook.com/GlowingPartyHouse

www.masviona.com

27 Mei 2015 pada 3:00 PG

Kalo Nk biznes Belon Boleh hubungi Saya Hassan 0122177075

Biznes yg untung Tanpa risiko

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved