Giveaway Special Dari Ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!

on Ahad, Mac 20, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dah banyak hari tak up date blog. Tiba-tiba terjumpa Giveaway ini di Forum Syoknya Blogging anjuran Ar-rifke, berminat pula nak sertai.

Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:

1. Buat 1 entri bertajuk “Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!” dan linkkan kepada entri ini.

2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:
* Pengalaman anda bercuti di Malaysia
* Nyatakan tempat percutian yang pernah anda pergi
* Sila selitkan cerita anda dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! ini.

3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.

4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.

5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.

6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!

Tambahan: Setiap penyertaan akan diberikan backlinks!! So, apa tunggu lagi? Cuba check blog ar-rifke.com ini PR berapa dan pasti anda mahukan backlinks dari blog ini juga.

Pengalaman bercuti dalam Malaysia.
Antara banyak-banyak percutian dalam Malaysia, percutian yang paling seronok pernah aku ikut adalah percutian ke Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Bertolak dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Tahan, Pahang memang meletihkan. Terpaksa menginap semalaman di Chalet Kuala Tahan untuk menghilangkan penat dan lenguh-lenguh badan akibat perjalanan jauh.

Pemandangan Pintu Masuk Taman Negara dari Kuala Tahan.
Keesokannya (pagi) baru bergerak dan menyewa bot untuk memasuki Taman Negara melalui sungai. Sebelum bertolak, kena ambil permit dan daftarkan berapa orang ahli yang terlibat untuk memasuki Tanam Negara. Kalau nak ke seberang sungai, RM1 dikenakan tetapi jika menyewa untuk mengelilingi Taman Negara, bayaran dikenakan mengikut pakej yang ditawarkan.

Kanopi Walk

Aktiviti untuk memasuki Taman Negara memerlukan seseorang yang sihat dan kuat untuk berjalan kerana kebanyakkan aktiviti adalah memasuki, memanjat dan merentas hutan. Jauh juga perjalanan yang perlu dilalui sebelum berjumpa Titian Kanopi ini. Banyak kali juga berhenti sebelum sampai ke Titian Kanopi ini. Perjalanan diteruskan dengan menempuh jeram sebelum sampai ke perkampungan orang asli.

Titian Kanopi

Percutian ini tak seberapa dan tak menelan belanja yang banyak jika dibandingkan dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! Mesti best kalau percutian itu adalah percutian mewah.
Ranking: 5

13 comments

20 Mac 2011 pada 11:13 PG

nice info ....bila nak bercuti..lama tak cuti ni

20 Mac 2011 pada 12:28 PTG

rasa nak join gak...nice en3..

20 Mac 2011 pada 1:18 PTG

teringat kuala tahan tu...kome pernah kerja bawak bot pelancung kat sana dulu huhuhu

20 Mac 2011 pada 7:01 PTG

40 ribu kena gi keluar negara la kut.. bercuti dan berjalan2 mmg best :)

20 Mac 2011 pada 10:35 PTG

salam..
menarik percutiannya tu
moga menjadi juara pertandingan
ermmm..saya pun tak sampai taman
negara Pahang lagi nih..he he
(malu...)

20 Mac 2011 pada 10:35 PTG

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
Kena rancang awal2 la..

@Lieynanilaz
jom..jom..

@Anak Ulu Cheka
Owh..mesti best kan dok sana. Rasa tak puas masuk sehari je...

@akuanakpahang
Ya la, kalau bajet mahal2, boleh ke luar negara tu..

20 Mac 2011 pada 11:12 PTG

@zulkbo
W'salam
terima kais, InsyaAllah..
bila agaknya anak jati Pahang nak sampai sana?hehe...
Tak apa, kalau dirancang nak ke sana nanti, akan sampai la tu..

21 Mac 2011 pada 1:12 PG

wahhhh... best2

mesti syok gie sana kan
rasa nak gak pegi taman negara tue, tp xde geng ar :)

21 Mac 2011 pada 2:33 PTG

nak join gak ler...

25 Mac 2011 pada 4:58 PTG

Sayang sekali saya belum pernak bercuti ke Malaysia.

25 Mac 2011 pada 5:27 PTG

@wanbu
Ala, kalau tak ada geng, pegi la dgn family.

@perondajaketbiru74
Jom le..

@Bang Iwan
Dan sayang sekali, contest telah ditutup juga...

27 Mac 2011 pada 2:16 PTG

salam kak Iza..
menarik nya giveaway ni..
tp xtau nak cite percutian kt mna..

teringat dulu g taman negara pahang, naik titian kanopi tu, mmg mengucap memanjang..gayat sgt..huwaaa

3 April 2011 pada 6:04 PTG

lama tak pergi bercuti nih....duk kerja2 ..tension jugak kadang2.. huhu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved