Cerita ini dah basi tapi aku belum sempat tulis. Walau bagaimanapun, aku nak tulis juga. jom layanzzz....
Sehari sebelum aku berangkat ke Pahang sebulan yang lalu, internet sudah tidak boleh digunakan. Sedihnya......
Selepas majlis kenduri kahwin di Jerantut selesai, aku dah keluargaku bertolak ke Kuala Tahan dan menginap di situ semalaman. Sewa rumah penginapan serendah RM100 semalaman. Untungnya pergi 3 family, boleh kongsi duit dan sebuah rumah. Esoknya baru kami memasuki Taman Negara.
Sejarah Taman Negara Pahang.
Ditubuhkan pada tahun 1938/39 sebagai Taman Negara King George V. Kawasan Taman Negara meliputi 3 negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu berkeluasan 4343 km persegi. Taman ini dikatakan antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dengan ekosistemnya yang tidak terjejak sejak 130 juta tahun yang lalu.
Destinasi utama, perlu menyeberangi sungai Kuala Tahan ke seberang dan mengambil permit untuk setiap kepala. Satu kepala RM1 termasuk kanak-kanak. RM5 untuk permit kamera.
Kaunter Pertanyaan dan Permit sambil beramah mesra dengan staf Taman Negara.
Kami menyewa satu bot untuk mengelilingi persisiran dan memasuki Taman Negara. Satu bot boleh dan cukup untuk memuatkan kami seramai 10 orang.
Hentian pertama adalah hentian kanopi. Pada tahun 1992, perhilitan telah memulakan pembinaan struktur yang dinamakan "Titian Kanopi" iaitu sebuah jambatan gantung yang diperbuat daripada papan, kayu, aluminium dan ikatan tali sepanjang 530 meter dan merupakan titian kanopi terpanjang di dunia.
Dah 2 kali berhenti penat sebelum sampai titian kanopi. Baby 24 bulan pun ikut naik sama.
Selepas turun dari titian kanopi, kami meneruskan perjalanan (naik bot la) merentasi jeram. Takut juga merentasi jeram ni, takut bot terbalik tapi seronok juga. First time masuk jeram. Habis basah penumpang di depan termasuk aku sebab aku duduk tempat ke 2 dari depan. Perjalanan diteruskan ke perkampungan orang asli (suku kaum Batek).
Beli sumpit sebagai kenangan. Harganya antara RM15 hingga RM30.
Menurut orang asli tersebut, sumpit yang diletakkan getah ipoh (kalau tak silap aku) dan terkena manusia atau binatang, kurang dari 2 minit akan menemui ajal. Tak sempat nak sembelih binatang atau bawa manusia ke hospital.
Mat dan Minah Saleh sedang mendengar penerangan dari pemandu pelancong.
Perjalanan diteruskan ke Air Terjun berdekatan untuk bersiram.
Seharian di Taman Negara Pahang, kami meneruskan perjalanan ke Batu Cave Selangor seterusnya ke Perak. InsyaAllah, jumpa lagi di destinasi akan datang.
14 comments
bestnya jalan2! awat tak ajak cacing!
sekali sekala cuti, masuk hutan ni
syok gak erk. Nak lak dapat berendam
kat air terjun atau sungai ..
Last masuk hutan tahun 1988 dekat Cameron Highland
salam..
wellcomed back sis..
ermmm..pakai life jacket erk?
takut melambung jatuh dek kelajuan
bot tu ke?hehe..apa khabar orang pahang?ramah tak?apa makanan pelik yang anda jumpa di sana?
Bestnya dah lama tak masuk hutan..
rasa tenang dan tenteram je..
Semoga berbahagia bersama keluarga..:)
sy mmg teringin pergi sini..insyallah..nak bawak parent gi sini nanti
bestnya kak..seronok mandi manda.. =) nanti ingat nak pergi sini lah..
@cacing
Hehe....cacing suka jln2 jgk ke? next time ek...
@wachak
A'a....
1988?huhu.....masa tu aku baru umur 6 tahun.
@zulkbo
W'salam....
Terima kasih tp kurang pasti la utk full time sbb internet pinjam.
Mesti la kena pakai, tak pandai berenang, arus deras pulak tu...
Org Pahang sihat2 saja. Bab ramah tu entah la sbb saya ni pendiam...hehe. Masa nak balik, beli cek mek molek. Tak ada pun yg pelik tp ada tarian piring la malam kenduri tu.....
@LiFe KaMi
Memang best tak dpt nk gambarkan.....InsyaAllah, Aminnn..
@pawaka19
Bagus..bagus..tp kena kuat stamina, kena jln jauh panjat2 gunung.....cuma kami tak sampai gunung tahan je lg...hehe...
@Kimie Hashim
Pergi2x, best tmpat tu...
Salam,
sekali sekala dapat jalan-jalan macam ni memang best.. teringin juga nak pegi tempat tu suatu hari nanti
@kulanz
W'salam...
Kami di sini pun teringin nk melawat tempat di seberang sana tp belum berkesempatan lg....
besnye dpt jln2..leh release tension..=)
Mengapa saya menyukai negeri Pahang?
Saya menyukai negeri Pahang sebab taman negara Endau Rompin itu cantik. Saya memang sukakan terhadap kehijauan alam sekitar.
Baru 2x saya pergi ke sana. Its so nice :D
@chiLleD...!!
Mmg best jln2, tak ada org nk menolak...
@Ayie
Ya...
salam...boleh saya ambik cite saudari tok post kat blog terbaru saya....darikacamat.blogspot.com
@syazani (tanpa nama)
W'salam...ok,silakan...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini