Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hobi mengait tetap di sini.
Hobi baru muncul setelah aku ada mesin jahit baru sempena hadiah birthday pada tahun lepas dari hubby.
Sikit-sikit aku beli barang keperluan tapi projek ni belum dimulakan lagi. Maklum la sibuk melayan kerenan anak-anak.
Semalam sempat lagi aku shopping peralatan untuk menjahit. Antaranya getah besar untuk pinggang, getah kecil dan getah paling kecil, benang getah, kapur untuk tanda ukuran, pembaris dan banyak lagi yang ingin dibeli jika hubby ku tak call suruh cepat. Puas rasa hati kalau dapat shopping. Bukannya selalu kan? Aku la...nak keluar sorang-sorang tak tak boleh dah. Nak keluar dengan anak-anak pun susah nak dapat parking kereta. Nak tak nak, kena la tunggu encik driver free....
Rasanya barang-barang untuk menjahit dah lengkap kot. Dah bersemangat untuk mula menjahit tapi kena siapkan dulu order dari pelanggan. Aku tengah siapkan cover tissue box, tempahan dari seorang teman.
Tunggu hasilnya nanti. Agaknya menjadi ke tidak ni... Aku langsung tak ada basic dalam bidang jahitan. Kakak aku terror la jahit sebab dia dekat 5 tahun belajar menjahit di PL Baitulmal dulu-dulu.
Tungguuuu.....
2 comments
"Keyakinan diri ialah faktor utama dalam kejayaan" Dr Irfan Khari
katanya lagi
"Kreatif dan inovatif ialah mentaliti usahawan yang berjaya" - mula2 hobi lama2 jadi kerjaya, good luck
@KelipKelip
Terima kasih, Aminn..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini