Mengimbau Kenangan Silam 1 Ramadhan.

on Sabtu, Ogos 21, 2010

Kira-kita 20 tahun yang lalu....

"Adik....!"
"Adikkk.....bangun lekaih. Pukui 5 dah ni."
"Bangun lekaih la, mama tak larat nak gerak dah ni. Lekaih, satgi azan, tak dan nak makan."

1 Ramadhan.....
Dengan mata masih tertutup aku menuruni tangga rumah untuk mencuci muka. Kami makan sahur bersama tetapi hanya berdua. Aku dan mamaku. Walaupun terasa susah untuk menelan nasi yang berlaukkan ikan temenung goreng dan sayur kangkung di pagi-padi buta itu, namun ku telan jua. Masa tu kalau ada ayam goreng ke, mungkin laju sikit aku makan tapi masa tu memang susah nak dapat makan ayam, daging atau ikan besar-besar selain ikan kembung atau ikan kering yang menjadi menu harian keluargaku. Dengan berbekalkan wang pencen abah sebanyak RM109.50, mama membesarkan aku dan kakakku dengan segala kekurangan.

Lepas saja bersahur, aku menantikan azan subuh untuk solat seterusnya mandi dan bersiap-siap ke sekolah.

Curi dari facebook tanpa kebenaran.

Aku merupakan seorang pelajar yang rajin dan tidak pernah sekalipun aku ponteng sekolah walaupun aku demam. Aku akan rasa rugi dan kekurangan serta ketinggalan andaikata aku tidak hadir ke sekolah. Banyak subjek yang akan terlepas untuk aku pelajari.

Hari ini aku sungguh bersemangat untuk melangkah ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan. Seawal 6.30 pagi aku keluar dari rumah mengayuh basikal menuju ke sekolah dengan riang walaupun hari masih gelap.

Hatiku berkata, "Hari ini akulah orang pertama yang akan sampai dulu di sekolah sebelum orang lain sampai.

Sungguh sunyi ketika aku menjejakkan kaki di pintu pagar sekolah. "Alhamdulillah, aku yang sampai dulu". Tak sabar rasanya aku menantikan rakan-rakan yang lain untuk aku bercerita pengalaman aku solat terawih di masjid semalam dan bangun sahur tahun ini walaupun tiada apa yang menarik.

6.40 pagi.....6.45 pagi.....6.50 pagi....dalam hati, "Ish...mana kawan-kawan aku ni, tak kan tak bangun lagi kot. Selalunya, hari-hari biasa time macam ni depa dah mai sekolah. Ni batang hidung pun tak nampak."

Aku memujuk hati untuk menunggu dalam 10 ke 15 minit lagi....Akhirnya sampai juga tapi malangnya bukan kawan-kawan aku.....

Tukang kebun yang datang. Selalunya tukang kebun datang tapi kenapa hari ini dia datang lewat? Aku bermonolog sendirian. Dia datang menghampiriku dan berkata....

"Ceq, hari ni cuti la ceq, 1 Ramadhan."

Dengan perasaan malu, aku hanya mampu berkata, "Oooo...." Ke manakah ingin aku sorokkan muka mu yang menebal 10 inci ini. Cepat-cepat aku mengambil basikal dan memecut laju pulang ke rumah.

Arghhhhh.....tak sanggup lagi aku berlama-lamaan di situ. Rupanya Negeri Kedah bercuti pada 1 Ramadhan. Inilah salah satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan.
Ranking: 5

21 comments

21 Ogos 2010 8:05 PG

Bestnya berpuasa dizaman kanak2

21 Ogos 2010 8:16 PG

hehe..mak pun xprasan ke yg 1 ramadhan cuti??huhu..
tengah semangat2, tapi salah time la plak~~
^^.

21 Ogos 2010 8:23 PG

salam...

kenangan lama mengusik jiwa...

21 Ogos 2010 10:35 PG

salam cheq..
awat la hang kalut sangat
len kali pi tanya makcik
sebelah umah ka apa,hu hu..
lawak pun ada,ingat tadi nak
nak tumpang teriaq..hu hu

21 Ogos 2010 10:56 PG

@Hazwan
Betul..betul..betul..

@att
Tak teringat la....

@sekamar rindu
W'salam...
Ya dan kadang kala meninggalkan kesan yang amat mendalam.

@zulkbo
W'salam...
Macam mana nak tanya makcik sebelah ghumah, masa tu anak depa pun kecik lg. Bila cheq semangat nak pi sekolah, mana dok terpikiaq kata cuti...huhu.

21 Ogos 2010 3:37 PTG

memang pergorbanan yang besar oleh parent kita kan

Lagu Raya

owh cuti kat sana ek... 1 ramadhan , kat kl nie tak cuti...tak best tul...

21 Ogos 2010 5:27 PTG

hahha...rajinnya...cuti pun datang sekolah..hehe..

21 Ogos 2010 8:55 PTG

wah..seronoknya bila dingat kembali kenangan2 itu..

21 Ogos 2010 9:48 PTG

@Sharinginfoz
A'a...

@Zikr the Jalanan Sepi Perantau
Tapi ada 1 hari tu (tak ingat hari apa...Maulidurrasul ke nuzul Quran tah) Kedah tak cuti, negeri lain citi. Kiranya adil la....

@black_mel
Itu la pelajar yang terlebih rajin..hehe.

@ejum
Ya...memang seronok dan kadang-kala boleh menitiskan air mata.

21 Ogos 2010 10:21 PTG

rasa nk kembali zmn budak2 mula

21 Ogos 2010 11:24 PTG

@alif
eh jangan....hehe.

22 Ogos 2010 7:00 PG

salam...

hehe..yg penting semangat.,..

best entri ni..

22 Ogos 2010 8:58 PG

iza, saya dulu pun, memang daif sangat zaman sekolah2 dulu..
gaji arwah abah sebagai askar masa tu hanya berapa ratus jer..adik beradik 6 orang, kami memang rapat2..masa tu zaman sekolah rendah...
mak buat kuih beratus jenis sehari untuk keluarga kami..arwah abah memang tolong angkat dapur akok, kami adik beradik, lepas balik je sekolah, duduk tlg mak, gulung popia basah dan goreng, potong agar2, then pergi anta pada lebih kurang 5 makcik yang akan pergi meniaga kat bazar ramadhan..memang masa tu, macam tu je laaa nak cari duit tambahan untuk buat raya...

22 Ogos 2010 10:42 PG

@sekamar rindu
W;salam...
hehe...terima kasih.

@DaHLia
Ramainya adik-beradik....Ya la. Zaman dulu mcm2 kerja dibuat kan utk sapa anak2...besarnya pengorbanan ibubapa kita kan.....

22 Ogos 2010 1:48 PTG

wahh.. rajinnya iza.. hehe.. red pon org kedah.. memang 1 ramadhan cuti tap nuzul quran tak tau la cuti ke dak.. hehe.. pandai cheq cover malu ye.. klakar la n pandai iza karang cerita yg best ni

23 Ogos 2010 11:45 PTG

Dulu masa sekolah rendah time bulan
puasa, waktu rehat gi kat kantin
beli ais 10sen lepas tu lumur ais tu
kat kepala. sejuk nyaman terasa ...
hahahaha

24 Ogos 2010 12:08 PG

@RedBoy
Dah lama tau redboy org Kedah...hehe.
Rasanya nuzul Quran tak cuti kan...Kalau betul2 jadi pandai la karang....hehe..

@wachak
Ingatkan makan....ko posa tak masa tu? Mama aku dah ajar puasa sejak umur 6 tahun lg. Bila ke sekolah,jelous jgk tgk kawan2 suka2 ati je makan. Nak beli, x ada duit sbb puasa.

28 Ogos 2010 11:48 PG

Xtau dak zaman skunk ade perasaan mcm kite dulu2..

28 Ogos 2010 2:20 PTG

@Saddan Juhari
Budak skrg dok umah pun blh dapat ilmu kalau rajin.

29 Ogos 2010 10:49 PTG

Memang seronok berpuasa semasa zaman kana-kanak,memori yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved