Holiday Lagi...

on Isnin, Mac 15, 2010

Assalamualaikum...

Pertama, engkaulah selamanya,
Riwayat, yang menghikayat cinta....
Eh, apa aku merepek ni. Tu lagu la....

Pertama sekali, aku ingin mohon maaf pada semua dan terima kasih pada yang sudi klik iklan. Dalam dua, tiga hari yang lepas aku tidak dapat lawati blog-blog kengkawan dan tiada entry terbaru kerana aku pergi bercuti di Pulau Pangkor. Best....!!!

Sukar untuk aku menolak sekiranya ada peluang untuk bercuti bersama keluarga. Sekarang ni baru bulan Mac tapi dah banyak kali aku asyik bercuti saja, dari utara (Perlis) hingga ke selatan (Johor) aku dah sampai untuk tahun ini sahaja. Ke Pantai Timur, mungkin masa Hari Raya Qurban pula baru aku akan ke sana, InsyaAllah.

Penat tu memang la tapi best juga kalau selalu bercuti. Yang sedihnya, tiap kali aku pergi bercuti, aku tidak dibenarkan membawa laptop. Aku terpaksa berpisah sekejap walaupun terasa berat hati. Huhu...jadi, tak dapat la aku nak buat blogwalking, jauh sekali nak dapat buffered earning.

Mengapa ya aku selalu sangat pergi bercuti? Mungkin ada yang tertanya-tanya. (Ada ke yang bertanya? ahaks...siapa la yang nak bertanya kan?). Minggu lepas, my hubby sibuk sangat bekerja siang dan malam mengalahkan Doktor, lebih kurang la, asyik on call je demi memastikan rakyat Malaysia tidak berada dalam kegelapan termasuk anak dan isterinya (aku la tu). Kalau elektrik tak ada, macam mana nak online? Kalau setakat 4 jam boleh tahan lagi kan? Dah tak ada masa langsung untuk keluarga dalam seminggu tu, jadi apabila tibanya cuti sabtu dan ahad, kami pun pergi la bercuti ke Pulau Pangkor, mencari ketenangan fikiran walaupun bukan time dapat gaji.


Selepas park kereta, pilih resort, beli tiket feri dan menunggu ketibaan feri di Jeti Lumut, Perak.


Terlalu ramai orang yang ingin ke Pulau Pangkor. Siap kena beratur lagi.


Check in di Coral Bay Resort Pangkor selama 2 hari 1 malam.


Bergambar kenangan bersama sepupu dan anak saudara yang turut serta bercuti.


Menunggu matahari terbenam di ufuk Barat.


Matahari dah terbenam. Gambar ni aku shoot sendiri menggunakan kamera SLR...hahaha, lawak je. Aku guna kamera handphone je la, mmmmm belum tercapai hasrat nak memiliki kamera SLR so berangan je dulu.


Feri dah datang!


Keberangkatan pulang....
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved