Tulis & Menang Ariffshah.com

on Selasa, Mac 09, 2010





Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com

Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com


Blog kegemaran saya adalah blog Nescafe Ais. Walaupun saya tidak menggemari air nescafe dari dulu hingga sekarang tetapi jiwa saya telah terpaut dengan segala entry yang ditulis oleh beliau.

Latar Belakang

Sebelum saya menyebutkan keistimewaan blog Nescafe Ais, biarlah saya memperkenalkan serba sedikit latar belakang beliau. Beliau hanya ingin dikenali sebagai Nescafe Ais. (Dah puas tanya nama tapi dia tak tahu macam mana nak bagitau, maksunya tak nak bagi tahu la tu). Saya kategorikan beliau sebagai seorang yang pemalu. Beliau merupakan anak kelahiran Kluang, Johor dan berusia 29 tahun.

Keistimewaan
Bagi saya, blog Nescafe Ais mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana dari situ juga saya telah belajar pelbagai perkara mengenai selok belok blog terutamanya kod html blogspot yang kadang-kala boleh memeningkan kepala. Dari blog beliau juga saya mengenali apa itu SEO, tahu mengenai geng blogger, cara untuk memantapkan blog dan banyak lagi yang saya tidak pernah tahu sebelum ini.

Blog Nescafe Ais wujud 9 bulan yang lalu iaitu pada bulan Jun 2009 sehingga sekarang yang secara ikhlasnya bermatlamat menyampaikan ilmu, mengajar tutorial dan informasi yang berguna untuk pengguna blogspot khasnya tanpa sebarang bayaran.

Mula-mula saya jumpa blog Nescafe Ais adalah melalui enjin pencarian google sebab nak tahu lebih lanjut cara untuk membuat suatu blog. Apabila saya klik cara bina blog, url blog beliau berada di tangga teratas.

Isi Kandungan Blog.
Setakat ini sahaja, beliau telah mengeluarkan 202 entry yang berkaitan dengan blog. Antara entry yang popolar ialah threaded comment, cara tukar template blog, cara pasang widged, cara mengelakkan entry dari plagiat, Sebab apa kita perlu update blog, benda yang tidak patut ada pada blog dan banyak lagi.

Kesan Blog Nescafe Ais pada Teratak Usang
Pada mula wujudnya Teratak Usang, saya menggunakan template hitam dengan 2 kolum dan dipenuhi dengan macam-macam widget serta mempunyai lagu autoplay. Setelah saya menimba ilmu di blog Nescafe Ais, Teratak Usang telah berubah wajah dari 2 kolum kepada 3 kolum dan segala widget yang berat dan tidak penting telah saya buang. Dari semasa ke semasa, saya cuba untuk mencantikkan blog (walaupun tak secantik mana, cuba untuk meringankan blog, memudahkan pengunjung untuk loding dengan cepat dan saya berusaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Teratak Usang walaupun isi kandungannya masih di tahap yang kurang memuaskan.

Blog pertama yang saya kunjungi adalah blog Nescafe Ais dan sekiranya ada entry terbaru dari blog beliau, InsyaAllah, saya akan cuba untuk jadi orang yang pertama membaca entry tersebut. Banyak manfaat dan ilmu yang telah saya pelajari dari blog Nescafe Ais. Bagi saya, blog Nescafe Ais merupakan blog terbaik untuk blogger baru seperti saya dan sesiapa yang belum mengenali atau belum mengunjungi blog Nescafe Ais, silalah berbuat demikian kerana banyak ilmu yang telah beliau ajarkan terutamanya berkaitan html.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved