Daim, Ku Sangkakan Kau Seorang Jejaka Tampan.

on Isnin, April 18, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Aku merupakan anak jadi Kedah dan hanya dua kali pernah menjejak kaki ke Langkawi. Apa kena mengena tajuk dengan entry ni? Sebenarnya my hubby pergi mengikut trip memancing bersama staf-staf TNB Hutan Melintang ke Langkawi. Ok, lupakan sekejap tentang cerita my hubby nak pergi memancing.
Google.
Aku sangkakan Daim ni nama seorang lelaki yang mungkin kawan pada my hubby tetapi selama aku berkahwin dengannya, jarang aku dengar dia ada kawan yang bernama Daim. Pak cik ni ada kawan baru ke? Fikirku di dalam hati. Puas aku fikir, siapalah si Daim ni. Bos barunya kah? kenalan barunya kah? Atau kawan lama yang terjumpa dalam jejak kasih Facebooknya kah? Puas ku memerah otak seharian hingga kering, disambung memerah kembali keesokkan harinya, belum juga dapat jawapannya.

Jawapan yang dicari tidak ku temui. Akhirnya aku bertanya sendiri pada my hubby, siapakah dia yang bernama Daim? Rupa-rupanya, ini dia jejaka yang ku sangkakan seorang lelaki bernama Daim...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVVVVVVVV
VVVVVVVVV
VVVVVVV
VVVVV
VVV
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VVVVVVV
VVVVV
VVV
V



Gula-gula atau cokelat (kata orang Kedah) jenama Daim rupanya. Patutla ramai yang menyebut-nyebut nama Daim. Sebenarnya nama Daim disebut kerana ramai staf yang mengirimkan gula-gula tersebut pada my hubby sebagai ole-ole apabila pulang dari Langkawi. Pulau Langkawi kan terkenal dengan coklatnya yang murah. Mungkin coklat Daim ni sedap kot, itu yang ramai memesan.

Dah terjawap pun persoalan yang bersarang dalam kepala otak aku ni... Nasib baik la diorang kirim suruh beli coklat Daim, kalau nama coklat tu Ani ke, Ana ke, tak pasal-pasal aku merajuk dengan my hubby gara-gara jenama coklat.
Ranking: 5

11 comments

18 April 2011 pada 1:12 PTG

perhh ! coklat daim ni memang sedap kak . nanti mintak lah hubby beli lepas tu cuba akak rasa . sedap tau !

18 April 2011 pada 1:20 PTG

Pernah rasa cokelat tempoh hari dibeli oleh ipar ketika Langkawi. Cuma gula-gula ini perlu diperbaiki penyediaan kerana ada bahagian gula terasa agak tajam.

Walau bagaimana pun ia tetap sedap dan buatan Malaysia terutama bahagian cream didalam gula tersebut

18 April 2011 pada 2:54 PTG

salam..
erppp..bunyi macam kuat
cemburu nih..adehh..takutnya..

18 April 2011 pada 4:50 PTG

Lorrrrrrrrr..iza tatau ke daim tu coklat?? Huhuhu..

mak gila makan coklat ni smpi luka2 la lidah!

18 April 2011 pada 5:27 PTG

ya Allah kak..cekelat ni mmg mantap dan terbaik..skali mkn dlm 10 bji trus..mmg x boleh tahan..huuu

Tanpa Nama
18 April 2011 pada 7:08 PTG

Dulu masa suami selalu out station dengan kapal terbang, kak ani selalu pesan suruh dia beli 'DAIM'. Sebab di 'duty free shop' di KLIA tu murahlah sikit harganya dari di luar.

18 April 2011 pada 9:20 PTG

cemburu juga cik Iza kita ni...

18 April 2011 pada 10:02 PTG

@atiey azha
Ya ka? Mmg teringin sgt nak rasa, dgr2 pun sedap..

@akubiomed
Owh, ya ka? ni kena bg feedback kat syarikat pengeluar tu. ada krim pulak ke? Hmmm, mesti sedap...tak sabar nak rasa.

@zulkbo
W'salam..
Hmmm, cemburu la jgk tp bukan cemburu buta...aja, nak merajuk2 manja je..

@Lagenda
Sebelum ni mmg tak tau lg la, itu yg tertanya-tanya tu..Ramai yg kata sedap ni. Tak sabar nak rasa...

@adele
Ya ka? dah meleleh air liur ni dgr kata sedap..

@Kunang-Kunang
Owh, ya ka? kalau mcm tu, kat langkawi lagi murah la DAIM ni..

@abadi romeo
Cemburu kan tandanya sayang...sapa tak sayang laki ooii...bukan cemburu, nak merajuk sikit je..

18 April 2011 pada 10:02 PTG

cokelat daim adalah cokelat ang sedap.... lembik2 isinye.... suke sangat...

18 April 2011 pada 10:03 PTG

@SM Banjamin
Hmmmm..teringin nk rasa. Rupanya ramai yg dah tau ttg Daim ni ek.

Tanpa Nama
27 September 2011 pada 2:50 PG

salam, tumpang lalu sini ye,
nak komen sikit, tapi jangan marah la
coklat ni namanya label produk Daim dari brand Kraft Food,diimport dari Sweden, dilesenkan dah 60 tahun kalau refer dari site ://en.wikipedia.org/wiki/Daim_bar. Takde label halal, tapi dah declare oleh http://www.gmwa.org.uk/foodguide2/?page=viewquestion&id=237

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved