SOSEJ HOMEMADE

on Sabtu, Jun 12, 2021

Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.Ni kisah malam semalam tapi tak sempat nak tulis sebab setiap malam ada kelas pukul 9-11 malam.

    Beberapa bulan lepas, husbnd ada dapat voucher KFC 100 ringgit. Bulan puasa lepas dah guna 70. Ada baki lagi 30. Petang semalam keluar dengan husband ke KFC tapi tak sanggup nak beratur, ramai sangat. Cancle.

    Husband kata, "Jom la pi cari bahan mentah, kita buat roti burger. Abang nak buat inti sendiri". Dalam hati bersorak riang gembira sebab tak payah fikir nak masak apa-apa untuk makan malam. Tapi tu je la yang riangnya. Balik rumah, tak boleh goyang kaki saja.
  
 Besiang dan bersihkan ikan, udang, sotong untuk stock mingguan, potong sayur, buat coslow dan bahagian membasuh juga. Husband sediakan bahan. Ni 1st time dia cuba buat benda ni. Tak tahu la dipanggil apa. Boleh rujuk gambar kat bawah ye.

COSLOW
Ada rupa coslow KFC tak?

     Dia ambik isi ikan pelaling, buang kulit juga, bawang holand, daun basil, lada sulah, garam, origano dan blend semua bahan hingga hancur lumat. Dia masukkan daun bawang, tepung gandum, tepung beras dan gaul. Dia bentukkan panjang macam keropok lekor dan goreng.

BAHAN KISAR

YANG DAH SIAP GORENG

Eh, jadi rupanya! Tapi tak tau nama. Mungkin macam daging burger. Sapa tau, boleh komen nama untuk inti tu ye. Terima kasih.
  
Dia buat 8 ketul saja. Selebihnya ditinggalkan. Ni bukan jenis alang-alang menyeluk pekasam ni. Ku juga yang kena sambung ke pangkal lengan. Buat bulat² sudah. Goreng sekejap supaya tak lerai time nak guna esok dan simpan dlm peti beku.

LEBIHAN TADI, BUAT BULAT-BULAT PULA

    Dia masak sos lada hitam juga. Lupa nak ambik gambar. Bakat memasak tetiba muncul sejak pkp 1.0 lagi dan di sambung ke pkp 3.0. Alhamdulillah. Tapi masa pkp 1.0 lagi best. Yang ke 3 ni, masih boleh keluar bekerja.
ROTI YANG DAH SIAP

Ok. Itu la ceritanya. Boleh tengok dalam gambar kejadian roti manis dengan inti homemade. Terima kasih kerana sudi membaca.

POLA BLOUSE KAFTAN RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

on Jumaat, Jun 11, 2021

Assalamualaikum, Salam satu dunia.

Sudah lama blog ini bersawang kerana banyak melepak di facebook kalau tiada kerja nak dilakukan. Ku cuba untuk update selalu, InsyaAllah. Selamat ber'PKP' semua.

Selain lepak di facebook, iza ada beberapa bisnes sendiri yang perlu dijaga. Antaranya ialah menjual kain-kain tshirt untuk tukang jahit dan orang perseorangan, membantu membimbing rakan-rakan untuk celik emas, menjual tudung keluaran Kekaboo, menjual jamu warisan, menjual produk kosmetik Nurraysa dan kadang-kala menjahit jika ada tempahan.

BLOUSE KAFTAN
RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Ini adalah hasil jahitan semalam. Tak tahan juga bila jahitan puan² lalu-lalang di depan mata.

CONTOH KAFTAN LABUH
YANG DIPAKAI OLEH UQASHA SENROSE

Kaftan Rindu Awak Separuh Nyawa nama diberi tetapi iza sudah ubahsuai menjadi blouse kaftan yang pendek dan tangan labuh, boleh pakai siang dan malam berbanding kaftan asal yang nampak gayanya hanya boleh pakai tidur.

Untuk tutorial penuh, kalian boleh rujuk tutorial dari Noraini Yaacob Awie Manik ,guru jahitan yang sangat pakar dalam bidangnya.

Bagi iza, blouse ni rumit jika kali pertama membuatnya. InsyaAllah, kali ke 2 dan seterusnya mungkin seperti kata pepatah, "Alah bisa, tegal biasa"

Menggunakan sekeping batik viral (ada lebihan lagi) dan 1.5 meter atau 2 meter plain bidang 60 bergantung pada labuh yang kalian inginkan.

Jemput tengok gambar yang iza sediakan di bawah. Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca.
P/S: Jika ada yg nak beli pola, boleh contact iza wasap.my/60175516307/polablousekaftan
Size S hingga 2XL, minggu depan pos.

PANDANGAN HADAPAN
BLOUSE

PANDANGAN BELAKANG

LEHER DEPAN

POLA DEPAN (ATAS)

POLA DEPAN (BAWAH)

SELISIH DALAM

Tiktok @izateratakusang
https://youtube.com/shorts/yjxMxD3u4OQ?feature=share

CARA AKTIFKAN SEMULA KEYBOARD LAPTOP

on Khamis, Disember 03, 2020

Assalamualaikum,
Salam satu dunia..

Beberapa hari lepas, keyboard laptop tidak dapat berfungsi seperti selalu. Mungkin ia adalah perkara mudah bagi sesetengah orang yang mahir dalam selok-belok komputer.

Bagi Iza yang dah lama tak sentuh komputer atau laptop, memang tidak tahu cara untuk aktifkannya. Nasib baik ada anak saudara yang arif bab baikpulih ni. Jadi belajar la cara-cara aktifkan keyboard dari jarak jauh. Sorang di utara dan sorang di Pantai Timur.

Cara-caranya..

1. Hidupkan laptop atau tekan power.
2. Segera tekan laju2 esc dalam tempoh beberapa saat jagan lepas di penjuru atas kiri .


Akan keluar macam dalam pic atas tu...

3. Tekan F10. Akan naik pic bawah ni...



4. Tekan F5 dan tekan semula F10

5. Laptop akan restart semula dan keyboard pun akan berfungsi seperti biasa.

Selamat mencuba...

TANGGAL 1 RAMADAN 2020

on Jumaat, April 24, 2020

Assalamualaikum,
Salam 1 ummah..

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger, hari ni iza muncul semula.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja di saat seluruh dunia berdepan dengan wabak paling bahaya yang boleh pupuskan manusia jika tidak dikawal rapi.

Tak dapat dinafikan, tarikan facebook lebih kuat sehingga blog terabai sekian lama.

Banyak yang telah berubah seiring masa. Untuk permulaan bicara, akhirnya iza muncul di awal Ramadan 2020.

Selamat menyambut ramadan, selamat berpuasa. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Aamiin..

Bawal Instant Shawl

on Selasa, Mei 17, 2016

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hasil terbaru yang sempat dibuat pagi tadi..
Bagi penggemar tudung labuh, boleh cuba instant shawl ni. Sangat mudah untuk gayakannya, hanya sarungkan ke muka, dah siap.



Ada masa nanti, boleh buat tutorial instant shawl ni pula. Yang nak order, boleh buat tempahan di nombor tertera dalam gambar.



*** sangat la susah nak edit bila guna handphone.

Tutorial Kotak Pensil

on Ahad, Mei 15, 2016

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Esok hari guru. Jadi hari ini kena siapkan hadiah untuk anak-anak berikan pada guru-guru mereka. Ibu-ibu di luar sana boleh cuba.

Tutorial ringkas. Tengok pada gambar.





Kalau kurang faham, boleh tinggalkan komen di bawah. Ada masa terluang nanti, saya cuba jawab.

Masjid Ubudiah

on Khamis, Julai 23, 2015

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Seminggu di kampung, puas beraya. Tiba masa kembali semula ke rumah sewa kami d Perak.

Nak balik hari Selasa, ramai yang balik Selasa. Mungkin sibuk. Jadi kami ambil keputusan balik hari Rabu. Alhamdulilah, trafik lancar. Aku drive 120km/j sepanjang jalan cuma ada kesesakan sikit apabila masuk kawasan berbukit di Perak. Mungkin jalan berbelok-belok, kenderaan bergerak perlahan ataupun ada sebuah kereta bergerak seperti kura-kura yang menyebabkan jalan sesak.

Sebelum sampai terowong, aku ambil keputusan untuk lalui jalan lama dan keluar melalui susur keluar ke Kuala Kangsar.

Alang-alang dah tersesat jalan, elok cari masjin dulu untuk tunaikan kewajipan. Hubby kata, nanti la cari masjid di kampung-kampung. Jam dh menunjukkan pukul 6.30 petang, tak sempat nak sampai masjid kampung.

Oleh kerana aku yang drive, ikut je ke mana roda kereta bergerak bila nampak kubah masjid warna kuning. Maka sampai la ke sebuag masjid. Lawa masjidnya.



Tak sangka. Dapat juga aku jejak kaki ke Masjid Diraja Ubudiah. Rezeki bulan Syawal..Masjid ni ada sejarahnya yang tersendiri..

Masjid ni memang cantik. Aku kagum melihat keindahan seni binanya.. Tak puas rasanya jika hanya singgah sebentar.. Tak sempat nak jelajah keliling masjid kerana kesuntukan masa. Dari jauh ternampak ada binaan tepi masjid berwarna kuning seperti makan diraja Perak.

Alangkah seronoknya jika dapat singgah ke masjid-masjid negeri seluruh Malaysia.


 
© TERATAK USANG All Rights Reserved