"Abg, ujung minggu ni free tak?"
"Napa Ayg?"
"Jom kita pi shopping, barang dapur pun dah nak habis"
"Ala Ayg...tak boleh la....
Abg dah janji nak pi memancing...(hobi si dia)
Tapi tak pa, esok kita pi no"
Dalam hati aku...."Shopping ni pun hobi jgk, hobi aku"
Hobi yang terkubur....Dulu suka sgt shoot gambar pelik, menarik dan luar biasa.
--------------------------------------------------------
Itulah rutin sepanjang tahun. Susah jugak kalau berbeza hobi ni. Hobi aku sekarang ni berblog dan yang seangkatan dengannya (FB, Tagged...)
Hobi bersama....mmmmm....boling je kot selain yang free mcm Dam, Chess dan Saidina (paling boring sebab main berdua je).
--------------------------------------------------------
Cakap tentang hobi ni, kita sanggup lakukan apa saja demi hobi kan. Sapa setuju?
Contohnya bagi lelaki:
# sanggup berhabisan demi kereta kesayangan
# Kalau memancing, joran dan aksesorinya paling mahal
# Kalau suka bersukan, sanggup beli kasut, raket dan seangkatan dengannya dengan harga yang mahal.
Kalau wanita pulak:
Mungkin menjahit, memasak, baca novel, berkebun, window shopping...apa lagi ek? Aku kurang arif tentang hobi perempuan ni, banyak sangat....terutamanya hobi yang mendatangkan hasil $$$
Siapa antara korang ada hobi yang lebih menarik?
Atau ada hobi yang sama dengan pasangan?
Jom kita kongsi bersama...
5 comments
haha...tak tau la. tapi ade gak nampak orang camnih. minat nyer pasal, duit tak kesah. sanggup makan megi jer semata-mata nak beli barang yang diminati. nasib baik tak tergolong dalam golongan ini. hehe
hobi ktorang suka pergi vacation =)
@Aidi-Safuan
Betul...ramai mcm tu...semata-mata untuk cari kepuasan diri.
@ada.m0khtar
Mmmm....sama jgk, kita pon suka pergi bercuti. Cuma Terengganu, Sabah dan Sarawak je yg belum sampai.
hobby Murni horse riding! sebab horse riding, buat part time utk bayar fee riding. Gembira sangat disamping bersukan demi kesihatan. Selalu juga jumpa Tun Mahathir, berjam2 Tun riding..salute-lahh!
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini