Assalamualaikum dan salam 1 dunia.
Ada apa dengan tajuk di atas?
Sebenarnya aku teringatkan rakan-rakan sepengajian suatu ketika dahulu apabila anak saudaraku bertanyakan padaku tentang kasut "seghelom" (sila sebut dengan loghat Utara). Pasti ramai yang tidak faham dengan ayat "seghelom".
Sebelum aku meneruskan ayat seterusnya, suka untuk aku perkenalkan perkataan "Seghelom". "Seghelom" bermaksud memasukkan sesuatu benda ke dalam benda lain.
Untuk pengetahuan pembaca yang bukan berasal dari utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang), ingin aku tegaskan di sini bahawa makanan dan benda seperti roti, coklat dan kasut adalah benda dan sebutan yang sama bagi biskut, gula-gula dan selipar.
Ada sesiapa yang faham dan boleh ikuti apa yang ingin aku sampaikan?
Ok, aku terangkan sekali lagi. Bagi masyarakat di Kedah khasnya, selipar tidak disebut sebagai selipar tetapi di panggil kasut. Begitu juga dengan gula-gula, disebut sebagai coklat dan biskut tetap dipanggil roti.
Memang sukar untuk membezakan sesuatu benda tetapi bagi orang utara, ianya amat mudah difahami. Mungkin dari kecil diajar begitu secara turun-temurun. Jika biskut, di Kedah di panggil roti kering dan roti tetap roti. Jika di Perlis, biskut disebut sebagai kuih bagi sesetengah penduduk.
Berbalik pada persoalan kasut "seghelom" tadi, sudah lama aku tidak mendengar sebutan kasut "seghelom". Maklumlah, sudah 4 tahun aku berhijrah ke negeri Perak. Apabila aku membawa bersama 2 orang anak saudaraku bercuti di Perak, baru aku mendengar semula segala loghat-loghat Kedah yang telah lama aku tinggalkan. Bukan bermaksud aku lupa asal usulku cuma ayat tersebut sudah jarang digunakan.
Kebanyakkan masyarakat utara menggambarkan rupa kasut itu sendiri samada ianya selipar, sandle atau kasut. Contonya kasut warna hitam, kasut bertali atau kasut selipar.
Kasut "seghelom" adalah kasut yang tidak menampakkan jari-jari kaki seperti kasut sukan dan kasut formal.
Apabila disebut "coklat"/ cekelat (loghat utara), pasti ramai yang terbayang akan keenakkannya. Aku pernah bertanya pada rakan-rakan sebilik yang berlainan negeri, "nak cekelat dak?". Ramai yang mengiyakannya tetapi apabila aku mengeluarkan "coklat" yang dimaksudkan, ternyata ada yang kecewa kerana disangkakan coklat yang diperbuat dari buah koko.
Itulah keunikan sesuatu negeri dalam Malaysia. Banyak lagi bahasa yang masih belum dikupas. Moga berjumpa lagi di entry akan datang.
Assalamualaikum...

10 comments
saya tinggal di selangor dan memang dilahirkan disini. Selangor tau2 je la.. mana ada loghat sangat. Kitorang guna BM standard macam dalam subjek Bahasa Malaysia.
so bila berdepan dengan loghat dari negeri lain yang tak pernah dengar ni, memang meloponglah jawabnya hee
Nice artikel.. dah tulis sambungan dia jangan lupa kasi tau ea
salam..
singgah sini nak
"menyorok" cucuq..
la la la..
salam
dapat vocab baru hari ni 'Seghelom', tak pernah tahu walaupun dah ramai kenalan belah2 utara hehe
he. org utara pnya loghat mmng len skt. cekelat. ahha. best2 :P
begitu juga dengan gulai.. beza panggilannya dengan di perak..
kasut seqelom dengan roti mayat..
memang best kalau belajaq cakap kedah sebab saya pun orang utaqa..
huhu
@sabree hussin
Hehe...thanks...
ok, insyaAllah...
@zulkbo
W'salam..
Org Kedah menyorok cucuq pagi2, mana ada menyorok ptg2...mai awai2 pagi isok, bulih la menyorok..
@etomyam
W'salam..
Ya ka...vocab tu dah jarang org guna....
@cybernetic88
Ha'a...nak cekelat mai la....cekelat dua sekupang..
@cikgu isza
Cikgu makan apa?kari ka?
@syahrilhafiiz
Kalau roti mayat nanti org tak mau makan.hehe...la ni dah tak dak kot roti mayat, tuan ghumah tak dan nak hidang.
Oooo...org utara jgk ni....paham la no...
oo baru tahu.. x tahu sgt bahasa utara nih..
aku pn mggunakan istilah roti, cekelat n kasut..
tp rumate aku slalu ja bising..
akakkkkkkk!!!!!!!yg 2 bskut..bkn roti...
akakkkkk!!!!coklat wrna nya coklat..yg ni org ckp gula2..
lg 1 istilah org dlu2 slalu gna 'roti planta'..mksud nya yg org pmpn slalu pkai time priod 2..hahahahahaha :P
tu dia...
dia ajaq loghat kedah noh...
baguih la iza oi...
hahaha
(eh,mana kasut seghelom aku nih?)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini