21 Jenis Tubuh Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki.

on Ahad, April 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Setelah banjir berlalu, kini tiba pula musim panas di utara tanah air iaitu Perlis. Aku masih di Perlis. Setiap hari cuaca terasa panas membahang. Bukan sahaja cuaca yang panas tetapi keyword tersesat juga semakin hari semakin panas.

Tiba-tiba saja terasa nak check Stats dan Search Keywords di Traffic Sources untuk kelmarin (16 April 2011). Terjumpa lagi dengan kata kunci "21 jenis tubuh wanita yang menjadi idaman lelaki."
Apabila di semak semula entry lalu, rupanya aku ada mengeluarkan entry tentang 9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki. Rupanya dia lagi dasyat, nak 21 jenis tubuh wanita yang menjadi idaman lelaki. Banyak tu. Jenuh memerah otak jika nak cukupkan 21 jenis. Kalau tanya blogger lelaki, mungkin boleh cukup 21 kot, nak lebih dari 21 pun mungkin diorang boleh senaraikan...

Mungkin reader ni nak mencari bahasa tubuh kot atau dengan kata lain bahasa badan/ body language tapi difokuskan pada wanita. Aku kongsikan 10 bahasa badan dari sumber tertentu yang mungkin boleh buatkan lelaki tergoda dan sedikit ulasan.

1. Memusing kepala dan menguakan rambut - merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya.

2. Muncung, basahkan bibir dan buka sedikit mulut. Patut la ramai blog aweks/gadis-gadis suka buat header dengan gambar mulut muncung atau diletakkan gambar memuncungkan diri sendiri di sidebar blog. Adakah untuk menarik perhatian para jejaka di luar sana? Wallahu'alam...Bibir tebal mungkin nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik. Tapi zaman sekarang, kebanyakkan orang dah tak pakai lipstik merah menyala ni.

3. Sedikit sentuhan tubuh - Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka (jangan tiru aksi ini bagi yang belum berkahwin)

4. Jelingan atas bahu yang terangkat - Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali agar si dia tertarik.

5. Usap objek bulat - Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda - Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik!

7. Lenggokkan pinggul anda - Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda. Untukmu wanita, jangan lenggokkan sangat waktu berjalan tu demi untuk keselamatan diri.

8. Dedahkan pergelangan tangan - Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Lebih elok dan manis sekiranya wanita memakai baju lengan panjang bagi menutup bahagian tersebut.

9. Kekalkan minat si dia - Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cermin tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia - Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Sumber: PYH

Kesimpulannya, “Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)
Apabila Islam mengharamkan sesuatu, maka ditutupnya jalan-jalan yang akan membawa kepada perbuatan haram serta mengharamkan apa sahaja cara serta seluruh pendahuluan yang mungkin dapat membawa kepada perbuatan haram di samping untuk mengelak masyarakat daripada berlaku kucar-kacir kerana berzina itu salah satu fitnah yang besar.
Ranking: 5

38 comments

17 April 2011 pada 10:21 PTG

takut plak bila baca yg ni.. ngeeee~ =.="

17 April 2011 pada 10:35 PTG

cayalah sis.. hehe

18 April 2011 pada 12:00 PG

salam..
erppp..terlelan air liur sekejap..
entah lah kenapa erkk?dasyat betul penangan kaum hawa ni ye..
:)

18 April 2011 pada 1:16 PG

Assalam..

Perkara yg agak subjektif krn setiap manusia mempunyai selera yg berbeza.. kajian tersebut mungkin bersandarkan pada fakta yg dikumpul.

18 April 2011 pada 6:20 PG

Lelaki x perlu mengharapkan lebih dari apa yang diidamkan, syukurlah dengan apa yang dapat dan ikhlas kerana itu akan menjanjikan hubungan yang lebih kekal.. Kata org nak kawin tu senang, tapi nak kekal itu x berapa senang..

18 April 2011 pada 8:02 PG

salam kak iza..
erk, 21 tu..pdhal bentuk badan perempuan ada lah 3-5 jenis je..haha

mcm2lah lelaki ni..

Tanpa Nama
18 April 2011 pada 9:30 PG

Bila baca pasal body language ni kena berhati2 juga yer terutama didepan lelaki bukan muhrim, takut tergoda dan menggoda.

Good info.

18 April 2011 pada 1:02 PTG

@NuSaNa NoSa 91
hehe..

@Zairie Husin
Sekadar perkongsian, hehe..

@zulkbo
W'salam.
A'a, mmg dasyat. Sebab tu Sahabat Nabi rela berjalan belakang harimau dari berjalan belakang wanita..

@ozzy
W'salam
Ya, benda ni subjektif dan apa yg ditulis hanyalah bahasa badan, belum lagi termasuk faktor fizikal yang lain.

@decrewz
Betul3x..sebab setiap manusia ada kekurangan tersendiri.pasangannyalah yang akan melengkapkan sebahagian yang lain.

@adele
W'salam..
Itu la..mungkin 21 tu utk yg tersembunyi kot..

@Kunang-Kunang
A'a, betul tu..takut lain pulak yg jadinya nanti..

18 April 2011 pada 3:50 PTG

terBAEK!! hehe..tapi tu la....tkut gak bl bc. huhu

18 April 2011 pada 4:38 PTG

@Black_roses92
hehe..
Eh, dah kompius ni.ada 2 org ke blackrose ke orang yg sama?

18 April 2011 pada 11:35 PTG

o..oooo semua lelaki akan serbu teratak usang sebab entry ni..., tapi warning kat bawah tu, buatkan aku beristighfar....

18 April 2011 pada 11:48 PTG

@PenaDigital
Alhamdulillah..

9 Jun 2012 pada 12:12 PG

seram2 , rasa seksi sangat kalau wanita buat semua perkara di atas tu ..

14 Jun 2012 pada 12:54 PTG

hahaha! byk pengelaman btl kakak ni

24 Jun 2012 pada 5:28 PTG

Hahahaha.....entri panas ni Iza weiii...:)

24 Jun 2012 pada 11:52 PTG

@puanbee
Ya la kan.

24 Jun 2012 pada 11:53 PTG

@BLOG-EPIC-SCENE
Bukan banyak pengalaman, kan ada sumbernya tu...hehe.

24 Jun 2012 pada 11:54 PTG

@yastro
hehe..

25 Jun 2012 pada 8:01 PTG

@zulkboHai tak boleh tahan baca entry ni

5 Julai 2012 pada 8:15 PTG

mantap bener tuh, paling suka aku kalau ada wanita seperti itu :) tapi tiada yang lebih menjadi idamanku kecuali iman seorang wanita :)

4 Ogos 2012 pada 9:22 PG

Tips yg bagus untuk isteri menggoda suami..yg bujang ambil kesimpulan tu ye..kesimpulan yg bagus untuk kita berdakwah...ingat....jauhi zina...

30 Ogos 2012 pada 2:46 PTG

wah3.. hehe maka cepat2lah kahwin :D

25 November 2012 pada 10:56 PTG

ehh..betulkah ini..

18 Januari 2013 pada 10:01 PTG

Wanita adalah hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah

Tanpa Nama
29 Januari 2013 pada 9:30 PG

Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing
this post and also the rest of the website is really good.
Feel free to surf my web page ; hotmail login screen multiple accounts

Tanpa Nama
30 Mac 2013 pada 10:05 PG

The slot machines for sale stocks are not out of the
buyers mind. They can also help give you some insight into what sets Whitney Blair Inc.


My weblog website

Tanpa Nama
2 Mei 2013 pada 6:11 PG

Whеn I initіally commеnted I clicked
the "Notify me when new comments are added" cheсkbox and
nоw eaсh tіme a сomment iѕ added I get fοur e-maіls with
the same commеnt. Is theгe any way you can гemove
me from that serνiсe? Thanks!

Check οut my ωeb blog; facebook cuenta gratis

Tanpa Nama
11 Mei 2013 pada 1:56 PTG

Aωesome! Its in fact awesome article, I have got much сleaг
iԁea regardіng fгom thiѕ ρiecе of writing.


Here is my web-ѕіte :: facebook cuenta Gratis

Tanpa Nama
12 Mei 2013 pada 3:24 PG

I waѕ recοmmеnded this blog by
mу couѕin. І'm not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You're іnсredible!
Thanκs!

Also ѵіѕit my sіte;
facebook cuenta gratis

Tanpa Nama
13 Mei 2013 pada 4:21 PG

Great article, just what I wanted to find.

Also visit my weblog - facebook cuenta gratis

15 Februari 2014 pada 7:04 PTG

Ermmmmmmm......

28 Februari 2014 pada 4:06 PTG

@banyaknama
Ya, betul tu.

28 Februari 2014 pada 4:06 PTG

@Ummi Alia
InsyaAllah..

28 Februari 2014 pada 4:07 PTG

@ahsfantasy24
A'ah..yang bujang, cepat-cepat kahwin

28 Februari 2014 pada 4:08 PTG

@ohcikgu
Apa yang betul cikgu?

1 Ogos 2015 pada 6:49 PTG

Jom

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved