Siapa Aku?

on Khamis, Julai 01, 2010



1. Nama pendek aku Iza di alam maya dan alam nyata. Buka Azi, Azila atau Azilas. Azilas sekadar url blog.

2. Anak jati Kedah. Kahwin dengan jejaka Perlis dan menetap di Perak. Teratak Usang tetap di hati.

3. Seorang isteri kepada suami dan ibu kepada satu-satunya anakku.

4. Sekolah Rendah Sg. Limau (1994), SMA Saadah Diniah Al-Islamiah (1999), SMK Guar Chempedak (2001), USM (2006). Tapi sekarang otak dah lama beku.

5.Anak ke 2 dari 2 orang adik-beradik. Anak yatim sejak usia 6 tahun dan masih punya seorang mama.

7. Kalau buat sesuatu kerana minat dan semangat, akan segera selesai.

8. Suka makan sambal tumis tapi tak suka makan gulai dari dulu sampai sekarang.

9. Suka makan/rasa kuih terutamanya yang berasaskan coklat, ais krim dan kek bagi menambahkan berat badan.

10. Sangat takut, geli dan fobia dengan ulat,belut, lintah dan pacat. Binatang lain tak ada masalah.

11. Tak suka minum air manis kecuali keluar makan di luar. Hanya minum air masak (jimat gula) dan kadang-kadang boleh terlupa nak minum air.

12. Suka warna hitam, kelabu, coklat, jingga dan putih.

13. Suka mengkritik dan dikritik (secara berhemah).

14. Kurang sabar untuk mendapatkan sesuatu tetapi tetap bersabar dalam keterpaksaan.

15. Suka sangat main game, boleh lupa dunia tapi tak kan lupa solat.

16. Tak suka bersiap atau pakai wangi2 kecuali time nak keluar rumah.

17. Sangat suka aktiviti yang lasak dan mencabar seperti masuk hutan, panjat gunung dan sebagainya sebab kecil-kecil dulu berkawan dengan saudara lelaki. Tak ada masalah untuk panjat pokok cuma tak boleh nak berenang (tak pandai).

18. Suka kayuh basikal laju-laju (masa sekolah), bawa motor laju-laju (masa kerja sementara) dan bawa kereta laju-laju (sekarang).

19. Seorang yang pendiam bila berhadapan dengan orang tapi boleh jadi peramah bila tak nampak muka. Boleh jadi peramah dengan tiba-tiba kalau jumpa orang yang juga pendiam.

20. Tak suka tidur di rumah orang walaupun rumah saudara.

21. Mudah lena kalau berada dalam suasana gelap gelita tanpa sedikit cahaya.

22. Suka melancong dan bercuti walaupun penat.

23. Sangat suka snap gambar-gambar menarik dan unik tetapi masih tidak dapat memiliki kamera DSLR.

24. Tidak suka orang yang menipu.

Cukup dulu setakat ini...
Ranking: 5

2 comments

10 Disember 2010 pada 11:00 PG

hay, salam kenal dan persahabatan..salam karya

24 Januari 2012 pada 9:23 PTG

Nice.Tak kenal maka tak cinta.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved