Lagi Kisah Lucu...

on Sabtu, Oktober 24, 2009

Aku saje je nak mengimbau kisah lalu...
Kisah ni terjadi 2 tahun yg lalu. Juga tentang suamiku dan bosnya yang pelupa. Apabila di ingat kembali, kami akan ketawa terkenangkan sifat yang boleh dikategorikan sebagai over pelupa....Suamiku dan bosnya boleh jgk dikatakan akrab sama ada semasa kerja atau di luar waktu kerja.

Pada suatu hari, bosnya mengajak suamiku ke kedai cuci kereta. Mereka membawa 2 buah kereta (masing-masing sebuah kereta). Di kedai tersebut, punya la ramai orang yang menunggu giliran. Bila sampai disitu, bos ni parking la kereta dia dan mengangkut barang-barang yang perlu dan memasukkan barang tersebut ke dalam kereta suamiku (masa tu pakai kereta Kancil warna silver sebelum beli Honda) sebelum meninggalkan keretanya untuk dicuci. Banyak kali jgk la si bos ni mengangkut barang ulang-alik antara keretanya dan kereta suamiku dalam jarak 5 meter.

Nak dijadikan cerita, ada sebuah Kancil jgk tapi berwarna merah yang baru je selesai basuh dan diletakkan bersebelahan dengan kereta suamiku untuk dikeringkan. Pekerja Car Wash tu pun belum sempat turun kereta lagi. Setelah menyerahkan kunci kereta kepada pekerja Car Wash, tetiba je bos suamiku membuka pintu kereta Kancil merah tersebut dan tanpa memandang pemandu di sebelah, dia terus masuk dan duduk.

"Jom jalan, jap lagi kita datang ambik....."

Beberapa saat kemudian baru bos ni tersedar yang dia dah tersalah kereta. Apa lagi, semua orang yang ada di situ pecah perut ketawa melihat gelagat hamba Allah yang sorang ni termasukla suamiku yang sememangnya dah mangli (biasa) dengan sifat semulajadi bosnya yang sorang ni......
Wallahu'Alam.......
Ranking: 5

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved