Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Puteriku yang sulung seronok sangat-sangat sebab dihadiahkan iPad. Sudah lama dia idam-idamkan iPad apabila tengok seorang kawan (anak saudara cikgu) di tadikanya membawa iPad. Angan-angannya sudah menjadi kenyataan apabila abahnya menghadiahkan iPad padanya setelah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Termuda di tadikanya.
Cemburu juga pada anakku..
Patutnya hadiahkan la pada ibunya dulu (aku la).
Sebelum ni asyik nak main Samsung Galaxy aku tiap-tiap hari apabila jemu tengok tv. Masa balik kampung, langsung tak bawa buku atau bahan bacaan lain, jadi sasarannya adalah tv, smartphone, notebook aku atau komputer di studio tok ayahnya la.
Apabila sudah dapat iPad baru, asyik dengan iPadnya sahaja. Ibunya pun susah nak sentuh. Time dia tidur saja aku boleh tengok-tengok apa yang ada dalam iPad tu.
Sebenarnya aku kurang setuju hubby hadiahkan iPad pada anakku yang masih kanak-kanak. Bimbang nanti pelajarannya akan terabai apabila asyik dengan iPad barunya itu. Mungkin kena cari kaedah sesuai supaya iPad itu bermanfaat untuk digunakan pada kanak-kanak seusianya. Mungkin juga boleh masukkan game yang berunsurkan pembelajaran.
Harapan aku moga anakku menjadi anak dan pelajar cemerlang lagi untuk tahun hadapan, Amin.
6 comments
memang anak anak zaman sekarang ni berbeza sangat..kalau dulu berkumpul balik kampung semuanya berlari2 bermain kat bawah rumah..sekarang ni masing2 mengadap tablet je..
Wah untungnya dapat hadiah iPad.
Tahniah. Wah...kecik2 dah menang ipad.
tiba2 pulak aku nak jadi pelajar tadika semula
huhu
nak juga ipad.... beruntung betul anak dapat ipad
pergh....kecik2 dah menang iPad. Teringat pula masa mula2 dpt iPad dulu, mmg mengadap je la jwpnya :P
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini