Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sejak akhir-akhir ini aku rajin mengait. Ada sahaja pattern yang terbaru nak dicuba. Blog pun terabai dan tak dapat nak up date selalu disebabkan minat dan jatuh cinta pada benang-benang kait.
Sebahagian benang Nona.
Benang Nona (Acrylic)
Benang Minlon (Acrylic)
Benang import aku simpan di dalam plastik pos laju di dalam beg plastik hitam di dalam bakul rotan. Malas nak keluarkan untuk ambik gambar. Jadi tak ada la gambarnya di sini. Lain kali la ye..
Pada yang nak order kasut bayi (ukuran tapak kaki), slipper bayi, baby sweater (lilit dada dan labuh yang diingini), topi baby macam kat bawah ni (lilit kepala), headband (lilit kepala), bekas telur, baby dress (lilit dada dan labuh baju- ambik masa sikit), sarung botol susu (panjang dan lilitan), sarung bekas air minuman (panjang dan lilitan) dan lain-lain, boleh la isi contact form di menu bar.
Nyatakan benda yang diingini, warna pilihan (boleh rujuk warna benang di atas samada benang Nona atau Minlon), ukurannya dalam sentimeter (cm). Bagi masa seminggu hingga 2 minggu bergantung pada jenis pattern dan order pelanggan.
Kalau nak guna benang import, boleh pilih jenis benang di beberapa laman web. Ambik masa juga untuk order benang melalui online ni. Boleh rujuk di sini:
Pelanggan boleh order sendiri benang tu samada nak jenis cotton, wool, acrylic dengan macam-macam jenis jenama yang ada. Kalau aku masuk laman web kat atas tu, akan banyak duit yang melayang. Semua jenis benang aku berkenan. Ini la masalah pada peminat benang, tak boleh tengok benang cantik, pasti hati tertarik.
Kalau orang lelaki yang minat memancing boleh kumpul pelbagai jenis mesin joran laut, sungai dan tasik, aku juga kelabu mata melihat benang-benang pelbagai jenama.
Kalau aku kait barang-barang untuk baby, tak semestinya aku nak dapat baby lagi kan? hehe..Ada pelanggan order, jadi aku kait la. Jangan salah faham ye.
Up date: Benang import baru sampai, masih panas lagi. Benang Purple Pink dan Rainbow yang depan tu jenis Milk Cotton Aran dan Milk Cotton Sport. Yang ada warna hijau, kuning dan biru tu jenis Peony Polyester dan yang 2 buku kecil di belakang tu jenis Daisy Baby Wool. Semuanya mahal-mahal dan yang paling mahal adalah yang kecil tu.
Up date: Benang import baru sampai, masih panas lagi. Benang Purple Pink dan Rainbow yang depan tu jenis Milk Cotton Aran dan Milk Cotton Sport. Yang ada warna hijau, kuning dan biru tu jenis Peony Polyester dan yang 2 buku kecil di belakang tu jenis Daisy Baby Wool. Semuanya mahal-mahal dan yang paling mahal adalah yang kecil tu.
11 comments
okay..nanti tunggu dipilih oleh isteri sy dulu..hehehe
untung la..saya tak pandai mengait.jari keras
mmm... kucing teman kat kampung gemor bebenor main bebola benang nie... hendaknya kalau bola benang yang berwarna merah... sampai kusut masai dibuatnya...
benang pon kene pilih yg kualiti..bru tahan lama.. :)
Banyak stok benang kait. :-)
tokey benang rupanya. benang rainbow tu belum kait pun dah cantik.
Iza.. aku gemar mengait masa waktu sekolah..
belajar kait stokin baby + topi + sarung tgn..
after that terus dilupakan.. kena kait balik ni..
"kait pagi siap pagi"
"kait petang siap petang"
huhu :P
@Denaihati
Saya bukan tokey benang sebab saya pun kena beli benang untuk projek mengait..
sekadar buat stock sendiri.
@akubiomed
ada la sikit.
akak hari2 berhadapan dengan berpuluh puluh warna benang untuk jahit tudung hehe
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini