Baby Sweater

on Isnin, September 03, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


4 hari 3 malam masa untuk siapkan sweater ni. Bukan la direct, cuma buat ketika ada masa terluang je. Kalau kait terus-menerus tanpa buat kerja lain, mungkin ambik masa 1 setengah hari atau dua hari.

Baby sweater ni sesuai dipakai ketika cuaca sejuk, hujan, duduk di Cameron Highland, Bukit Fraser, di dalam kereta atau di dalam ruangan berhawa dingin (aircond) kerana materialnya menggunakan benang Nona jenis acrylic 100% atau dikenali sebagai benang bulu kambing. Tak boleh seterika (iron) dan perlu dibasuh menggunakan tangan.

Panas la kalau pakai untuk kegunaan harian atau hari-hari biasa. Digunakan sebagai baju luar dan sesuai untuk bayi berusia antara 4 bulan hingga 11 bulan.

Dua warna benang digunakan iaitu biru tua dan biru muda. Untuk menyiapkan sweater ini, aku menggunakan hampir 4 buku benang (2 buku biru muda dan 2 buku biru tua).

Biasanya benang yang digunakan mengikut pattern baju. Jadi, tak boleh nak bagitau atau tentukan berapa buku benang yang bakal digunakan untuk siapkan sesuatu pattern. Baju dah siap baru boleh tahu berapa buku yang telah digunakan tak seperti baju yang dijahit, kita dah tahu berapa meter yang kita perlukan untuk siapkan sepasang baju.
Ranking: 5

13 comments

3 September 2012 pada 12:52 PTG

salam..
alahai comelnya

3 September 2012 pada 1:59 PTG

ok..masuk list..

3 September 2012 pada 2:58 PTG

sekejap juga rupanya masa utk siapkan sweater ni, ingatkan seminggu lbh

3 September 2012 pada 2:58 PTG

Rajin mengait. Bakal menimang cahaya mata lagi ker? :-)

3 September 2012 pada 4:03 PTG

@Zulkbo zulkboCom
W'salam..
terima kasih..

3 September 2012 pada 4:03 PTG

@pipoq
nak ni jugak ke? nanti saya send jenis warna yang boleh dipilih.

3 September 2012 pada 4:04 PTG

@beckhrooy
Kalau sibuk dengan kerja2 lain, boleh jadi seminggu atau sebulan ni..

3 September 2012 pada 4:05 PTG

@akubiomed
Ish..tak ada la. Saya jual ni. Kalau ada orang tempah saya kait la.

4 September 2012 pada 10:30 PTG

sis buat la katalog..mesti ada org nk order nya..hehe

4 Oktober 2012 pada 1:35 PG

tak letak harga ke...

4 Oktober 2012 pada 8:31 PG

@bsj
Nak tau harga ke?
Kalau jenis macam ni, guna benang local, harga antara RM40 hingga RM60 tapi kalau benang import, RM50 hingga RM80, juga bergantung pada pattern baju..

4 Oktober 2012 pada 8:32 PG

@JebengOtai™
InsyaAllah coming soon.

17 Disember 2024 pada 3:34 PTG

The Sampin Nikah Ready Stock by Carlanisa
features elegant, high-quality sampins tailored for weddings and special occasions. Crafted with intricate patterns and premium materials, this collection adds a timeless touch to your traditional attire, making it perfect for grooms and wedding ceremonies. Carlanisa ensures you get ready-to-wear sampins without the wait, offering convenience and sophistication for your big day. Explore the designs now to find the ideal piece that complements your special moment. Shop today and embrace elegance with Carlanisa's Sampin Nikah collection!

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved