Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Zaman sekarang ni segalanya boleh menjadi ajaib. Ajaib bermaksud pelik, luar biasa dan menakjubkan. Kalau dulu, terdapat tujuh benda ajaib di dunia seperti Piramid, Batu Tergantung (Babylon), Tembok Besar China, Taj Mahal (India), Menara Condong Teluk Intan Pisa (Itali), Candi Borobudur (Jawa) dan Angkor Watt (Kemboja). Kini sudah lebih dari 7 benda ajaib yang ada.
Baru-baru ni juga dapat email yang mempromosikan tentang Span Ajaib Untuk Kesihatan supaya kulit jadi tegang, halus, berkilat dan juga Seluar Dalam Ajaib. Segala-galanya ajaib.
Ada lagi yang ajaib iaitu....
Pemanggang Ajaib
Bukan nak promote tapi memang best la guna Pemanggang Ajaib ni. Senang untuk masak atau panggang ikan, ayam dan daging. Bukan sekadar memanggang, nak goreng atau stim pun boleh. Paling sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin dan berada dalam pantang. Tak perlu susah-susah nak nyalakan api untuk membakar ikan. Ada lagi ke orang buat bara api untuk memanggang? BBQ mungkin? Dengan pemanggang ajaib ni, proses memanggang menjadi lebih mudah. Hanya letak atas dapur gas sahaja.
Dulu-dulu, kena guna semanggang (pemanggang) besi yang jarang-jarang tu untuk bakar ikan. Kelemahannya, air-air ikan atau ayam menitik atas bara api. Kena kibas-kibas bara agar tak menyala terlalu kuat atau api hampir padam. Siap la menangis sambil mengipas apabila terkena asap. Ikan yang dibakar pula kadang-kala hangit, berbau asap dan terlekat arang. Itulah serba sedikit pengalaman menggunakan pemanggang dulu-dulu.
Ada sesiapa yang pernah guna pemanggang ajaib ni?
34 comments
macam avon punya ni..hehehe
ooopss...sy masih lagi menggunakan kaedah tradisional bila memanggang..hehehe..
macam-macam brg ajaib ada kan
Wahaha.. peralatan ajaib ni! :D
Memang ajaib guna alat pemanggang ikan ini. :-)
Itu baru pemanggang ajaib iza... akan ada banyak lagi benda ajaib terjadi. Duit beribu-ribu tahu-tahu habis je hihi...
kaedah tradisional lebih sedap rasanya.. :)
yang moden makin banyak dipasaran...
Yup...
harga avon murah sikit dari ni..
Bagus la tu...
Ya, biasanya yang sukar tu selalunya sedap.
Macam sambal la, kalau tumbuk dengan lesung lebih sedap dari blander...
Ya, betul tu..
bape rega mende ni iza? Rasa dia nti ok dak?
Harga asalnya RM129.90 kalau tak silap.
Ok je, cepat masak dan mudah.
mudah dan senang kalau ada benda ajaib ni
tapi anak2 suka guna bara api, sambil mereka nak main la tu
hehe
Ingatkan 7 wonder (7 Perkara ajaib dalam dunia) tadik :D
kwn2 sy guna griller nie kat rumah diorang masa belajar kat usa..mmg best sebab makanan akan jadi lebih sihat tanpa minyak..
salam perkenalan puan..baru first time jenguk blog ni..
Ni pakai elektrik ke ni ? ... sonang banyak lam macam tu ... :D
Tetapi guna arang ... kibas2 lagi best OOoo terasa aromanya yang powerrrr :D
teknologi skang mkin lama mkin senang.. :)
senanglah nak panggang nanti. hehe..
tak pernah tau ni..
Memang ajaib ke>?? Panggang ikan kembung boleh jadi ikan bawal ke>
nampak macam mudah jer guna semanggang nih hehehe..
Itu magic namanya..
Memang mudah, letak atas api je
Letak je atas dapur gas
Ada masa ok la tapi kalau sibuk, dah tak ada masa nak kibas-kibas lagi dah.
Ya, betul tu.
Salam perkenalan juga, selamat datang ke Teratak Usang
salam..
apa khbar harp kesitahan semakin baik..
tak pernah lagi kak..selain guna piuk nasi petik suiz nasik dlm beberapa minit dh mask hee...
Salam,
agak-agak berapa banyak duit akan ghaib untuk beli pemanggang ajaib tu :D
W'salam
hehe..lebih kurang seratus lebih jugak la yang akan ghaib...
mahal ke nie.. macam best jer
mmg best!! saya ada jual..stok cepat habis..cod putrajaya .012 2824447.tq
kena cari satu ni
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini