Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Jam 3 petang bertolak dari Perlis. Singgah di Kedah sekejap dan bertolak selepas Isyak. Tepat jam 12 tengah malam semalam aku sampai di rumah setelah singgah di beberapa tempat. Menanak (masak) nasi dan buat sambal belacan mempelam campur kuinin, makan bersama lauk-pauk yang dibeli. Jam 3 pagi baru tidur.
Sebelum balik, sempat juga minta mak mertua cari buah mempelam. Hasilnya, ada 5 biji buah mempelam Sala (mempelam Tok Nuih pun, ada juga orang Kedah panggil) yang dikait depan rumah dan 3 biji buah mempelam harum manis pemberian jiran di kampung dan 2 biji lagi macam buah pelam apple (entah apa namanya). Singgah di Kedah, mama bagi lagi 2 biji buah mempelam dan kakak bagi lebih dari 10 biji buah kuinin edisi akhir.
Buah yang tengah dan bawah tu la harum manis.
Sudah lama tak makan buah kuinin sejak kahwin. Dulu-dulu selalu dapat makan buah kuinin fresh yang luruh di depan rumah. Kadang-kadang siap hinggut (goyang) pokok kuinin lagi apabila nak makan buah yang segar dari pokok. Buah yang banyak hari dah tak sentuh sebab baunya dan rasanya kurang enak. Tapi bila dah berjauhan ni, buah luruh banyak hari pun tak mengapa. Tak ada masa lagi nak tunggu buah segar yang dipungut pagi-pagi. Kali ini edisi akhir pulak tu. Kalau tak ambik, tahun depan belum tentu boleh merasa.
Menurut kata mamaku, buah kuinin sekarang tidak lagi seperti dulu. Buah sekarang banyak yang rosak diserang oleh kabui (kumbang kecil) dan ada yang berongga di dalam. Nasib baik tak ada ulat. Aku fobia sikit dengan ulat ni.
Buah yang kat bawah ni pula, aku snap di RnR mana tah. Buah mempelam tu sangat-sangat besar. Ukurannya dalam 2 jengkal lebih. Terkejut aku tengok sebab saiznya yang terlalu besar. Entah bagaimana rupa pokoknya bila terpandang buahnya yang besar tu. Menurut si penjual, buah pelam besar ni datang dari Trong, Perak. Harganya RM10 sekilo.
Nasib baik aku dah bawa banyak buah mempelam dari kampung dan ruang dalam kereta pun dah tak muat nak isi sebarang benda. Jadi, aku snap je gambar tu untuk dikongsi bersama. Nampak dalam gambar biasa sahaja tapi hakikatnya, buah -buah pelam ni sangat la besar.
Mempelam Harum Manis.
Ramai orang Perlis yang tanam pokok pelam harum manis tapi rumah mertua aku tak ada pokok pelam harum manis. Coming soon, bila ada rumah sendiri nanti, aku nak tanam pokok pelam ni. Aku ada tanya hubby, kenapa orang susah nak bagi buah pelam harum manis ni sedangkan ada banyak buah dalam satu pohon. Ada pulak berpohon-pohon. Buah pelam lain siap semawa (pelawa) suruh ambil bawak balik. Kata hubby, mungkin harganya yang mahal kot.
Memang harga harum manis ni mahal. Sekilo antara RM12 hingga RM18. Itu di Perlis sendiri. Kat tempat lain lagi mahal agaknya. Jadi, tak ada la buah tangan "Pelam Harum Manis" untuk jiran-jiran sebelah rumah. Nak beli, harganya mahal. Kadang-kala rasanya masam sebab belum cukup tua sudah dipetik dan peram. Sekali terkena, sudah serik untuk terkena lagi.
26 comments
Alamak!Buat saya terliur je!
Saya pernah merasa mangga Harum manis di Perlis memang manis. Melihat jumlah pelam yang bawa balik macam untuk simpanan stok di rumah. :-)
gmr ketiga tu mcm pelam pauh jer..
Uiiishhh.. sedap tu! :D
buah kuinin memang best
Disebabkan terbaca post nilah,.. tadi petang keluar beli buah mangga 2 kilo. :)
kuinin tuh..lama dah tak jmp buah mangga nih..wangi jer kalu simpan dlm rumah.
Sedap kuini ni baunya pun wangi. Ada satu lagi tapi pun susah nak jumpa dah - namanya bacang. Buahnya besar-besar baupun wangi; rasanya lebih kurang cam kuini tapi lebih banyak sabut
Harum manis memang sedapkan!!!
buah kuinin @ macang tu sedap kalau buat sambal belacan..
Makan nasik tak sedar bertmbah :)
Ya la, untuk makan dalam seminggu ni..
A'a buah bacang. Dulu ada juga pokok bacang ni tapi buahnya masam sikit. Kalau buat sambal boleh la, kalau makan macam tu saja, kurang sikit.
Betul la...
Nasik kena letak lebih sikit dari biasa.
kuinin?????lamanya tak makan buah ni. huhuhuhu. payah tak ada kampung ni -..-
harum manissssssss......ya Allah my feveret ni kak iza oiii...mana nak cari niiiii
Sambal Kuinin mmg sedap campur pulak dgn tempoyak..perghh..
Assalam Kenal juga Dik Iza...Salam kunjung balas...TQ sudi menjenguk ke dapur sempit Akak.!Hrmm ta suka bau kuinin dan bacang...kalau mempelam memang suka sgt!!hrmm sedap tu!
Iza,
Mummy guna acuan plastik panjang sederhana besar yang mempunyai alu untuk menekan adunan. acuan dahlia yang mummy guna tu kalau adunan diisi penuh dapat 2 kuntum dahlia setelah di tekan.ada banyak dijual di pasaraya atau kedai jual barangan kueh mueh....
Saya tak suka sangat makan mempelam ni....Tapi bila dah start makan...hmmm...susah nak stop =)
Ok,tq mummy.
rumah saya ada kuinin, sedap,,
Wahh..boleh makan selalu la tapi biasanya tuan pokok jarang nak makan sebab sentiasa ada depan mata..
pernah beli masa jalan2 ke perlis dulu
memang best sangat
HEHEHEHE... Mintak sikit :D
ambik ler...
@Kunang-Kunang
Ya, sangat manis.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini