Seminggu Tanpa Jalur Lebar

on Selasa, April 10, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sudah terlalu lama rasanya aku tak up date blog, jauh sekali untuk aku tak ziarah dari blog ke blog. Seminggu tanpa internet weh..

Telah aku katakan dulu kalau aku bersedih, pastinya blog ini juga akan sunyi sepi dan suram. Kesedihan aku memberi impak besar dalam penulisan. Bukan senang nak menajamkan minda kalau dah seminggu lebih tak berasah. Rakan ketawa memang ramai tetapi rakan yang sama-sama menangis sememangnya sukar dicari. Blog aku sendiri aku jadikan medium untuk berkongsi kegembiraan namun kesedihan sendiri tetap di simpan dalam hati. 

Kesedihan yang ku alami ini disebabkan ada makhluk Allah yang telah meninggal dunia iaitu beberapa ekor semut yang secara tak sengaja (mungkin) termakan ubatnya untuk mati dan beberapa ekor nyamuk yang telah dilipas dengan raket nyamuk. Sudah seminggu aku asyik memburu nyamuk. Habis semua nyamuk-nyamuk tu menyorok/ menyembunyikan diri dari aku untuk keselamatan terkena renjatan. Aku merapu sikit cerita kat atas tadi tu. 

Kalau hati sedih, mana ada mood nak karang entri. Begitu juga dengan otak, tak boleh nak berfungsi dengan betul dan baik kerana kesedihan mengatasi segalanya. Minda kalau dikuasai kesedihan, asyik fikir yang negative saja. Ada juga terfikir yang positif kemudian down semula. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan, sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Macam ada 2 suara berbisik dalam hati, satu suara dengan kata-kata semangat, satu suara lagi mendorong agar keraskan hati. 

Sebenarnya aku sedih dan sedikit geram sebab internet tak boleh guna. Lampu asyik berkelip-kelip sahaja. Ingatkan ada gangguan internet atau ada mana-mana wayar yang longgar. Dah puas aku perketatkan mana yang longgar tapi line internet tetap tak ada. Setelah 4 hari aku bersabar, hari seterusnya hubby call TM. Rupanya tak bayar billlll……Lagi la aku bertambah geram bukan lagi pada TM tapi pada hubby…(tapi geram dalam hati je la) Luarannya masih cool. 

Sudah 2 kali peristiwa ini terjadi. Petang tu juga hubby bayarkan bil dan ingin buat report kerosakan telefon tapi pihak TM tak boleh nak sambungkan kerana katanya bukan waktu pejabat. Sabar lagi….Kena tunggu hari Isnin pulak. 

Selama tak ada internet ni, tak ada benda yang aku lakukan melainkan tugas-tugas rutin. Yang pasti, nyamuk-nyamuk di belakang rumah (ruang mesin basuh) dan di depan rumah (termasuk dalam kasut-kasut tempat nyamuk menyorok) telah ku buru setiap hari. Seperti kata seorang rakan blogger, “tiada internet, maka kembali ke asalnya”. Memang betul pun, tiada internet, tiada email, tiada blog, tiada facebook dan tidak tahu perkembangan dunia blog, aku rasakan sungguh ketinggalan segala berita terkini. Sudah la malas nak tengok berita (asyik terlepas masa je), nak dengar radio pun lebih kurang sama, nak membaca berita online, internet pun tak ada. Sungguh membosankan. Langsung tak tahu perkembangan semasa umpama katak di bawah tempurung.

Alhamdulillah, internet baru ada pagi tadi. Berjumpa kembali kita...
Ranking: 5

14 comments

9 April 2012 pada 6:51 PTG

hai kak..mari singgah blog saya~

9 April 2012 pada 9:26 PTG

Bagusla da dpt internet balik. boleh bblogging puas2. :P

9 April 2012 pada 9:34 PTG

sedih juga dengar ni...pasni bila berlaku lagi mesti nyamuk-nyamuk tu dah siap packing melarikan diri

9 April 2012 pada 10:39 PTG

hehe..ptt laa lame tak ada post baru..rajin2lah update blog yee....

9 April 2012 pada 10:41 PTG

askm. memang berat n masalah besar bila xde internet, apatah lagi blogger.

9 April 2012 pada 10:52 PTG

hahaha...kalo xde internet mmng merana..tak tahu nak buat apa, walau sebnarnye bnyk keje..huhu

10 April 2012 pada 10:37 PG

Patutlah sunyi jer. Memang bosan klo tenet tak der nih.

10 April 2012 pada 12:07 PTG

Saya pernah tersalah bayar bil. Haru bila terima bil pada bulan depan ada tunggakkan rupanya tersalah bayar akaun. :-)

10 April 2012 pada 12:46 PTG

alah sian nyer...pelik kan..dulu masa belum famous internet,kita boleh jer hidup tanpa internet he3..

10 April 2012 pada 3:01 PTG

saya pun biasa kena ... macam ni

10 April 2012 pada 4:10 PTG

owh xder internet rupanya.. :)

kalo x leh online mmg bosan..

10 April 2012 pada 6:17 PTG

Memang sedih kalau tak dapat online ni! Harap internet provider dapat meningkatkan mutu internet connection.

10 April 2012 pada 7:08 PTG

alalala..kesiannya dia..

11 April 2012 pada 2:42 PTG

Internet dan blogger tak dapat dipisahkan.. hehehe :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved