Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Entri ini ditaip pada hari Ahad, 8 April 2012 dan aku mendapat perkhabaran dari kampung mengatakan bahawa 2 orang sepupuku (perempuan) telah hilang. Kedua-dua beradik itu berumur 15 dan 16 tahun (kalau tak silap aku lah). Masih di usia remaja. Bila aku dapat berita itu, aku sendiri jadi resah, takut, bimbang dan macam-macam perasaan dan kemungkinan yang aku fikirkan. Apatah lagi ibu bapa (mak usu dan pak su aku) kepada sepupuku itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Masa aku remaja dulu, mereka masih lagi kanak-kanak dan bersekolah rendah. Aku selalu juga bergaduh dengan mereka yang hanya tinggal beberapa langkah sahaja di depan rumahku (di Kedah). Bukan bermaksud bergaduh sehingga berdendam, gaduh manja-manja saja. Bila dah berjauhan, timbul pula rasa rindu dan kasihan.
Berita yang disampaikan padaku oleh mama dan kakakku, mereka (sepupuku) hilang pada hari Jumaat lepas, 6 April apabila pergi berkelah di salah sebuah air terjun yang tidak diketahui lokasinya. Maklumla, di kawasan Yan tu banyak sangat tempat rekreasi seperti Sri Perigi, Batu Hampar, Tangga Kenari a.k.a Titi Hayun dan Pantai Murni. Daerah lain pun ada juga seperti Tupah, Lembah Bujang, Sungai Badak, Bukit Wang, beberapa Lata di Sik/ Baling dan banyak lagi kawasan menarik dan sesuai untuk berkelah. Pada hari tersebut, ibubapa mereka keluar bekerja dan mereka meninggalkan adik-adik mereka seramai 3 oarng di rumah.
Paksu aku ingatkan anak-anaknya tidur di rumah kakakku di Simpang Empat, Alor Setar kerana semalaman tidak balik. Sebelum ni anak keduanya selalu pergi ke rumah kakakku. Itu sahaja berita yang aku tahu. Kini gerakan mencari sedang dilakukan oleh bapa-bapa saudaraku termasuk abang iparku.
Pada semua remaja dan anak gadis di luar sana, tolong la jaga diri sendiri, dengar cakap orang tua dan sayangi ibu bapa anda. Malaysia bukan lagi tempat selamat seperti 30 atau 40 tahun dahulu di mana anda boleh bebas ke mana-mana sahaja tanpa rasa takut. Cuba bayangkan jika anda seorang remaja perempuan, ditangkap oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali, dibawa entah ke mana, dijual, dirogol, dibunuh atau dibakar. Tiada apa lagi yang boleh anda lakukan. Nauzubillah…. Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa anda jika perkara-perkara tidak elok terjadi pada diri anda. Hancur musnah, punah segala harapan, sedih dan macam-macam perasaan lagi yang akan dialami setelah bersusah payah melahirkan, mengasuh, mendidik hingga menjadi seorang gadis remaja. Aku dapat rasakan semua tu sebagai seorang ibu.
Ibu bapa bersusah payah, berpenat lelah keluar bekerja siang malam untuk menyara kehidupan anda sekeluarga, sepatutnya maklumkan lah pada saudara terdekat ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju, usahla bertindak seperti anda seorang yang kuat atau hebat. Tak rugi pun kalau bagi tahu apa yang sedang dan akan anda lakukan. Dan yang paling penting, dengar cakap ibu bapa. Wahai anak-anak remaja, tak perlu nak cari keseronokan tanpa batasan di luar sana kerana bukan masanya untuk anda bersuka ria. Tugas anda adalah untuk belajar hingga berjaya dan bekerjaya seterusnya membela nasib keluarga.
Aku sendiri rasa sedih atas berita tersebut. Setelah laporan polis dibuat, kata kakakku, mereka berdua ditemui jam 3 pagi dalam keadaan kelaparan dan tiada duit untuk makan, tambang balik atau menghubungi sesiapa. Aku rasa macam nak belasah budak-budak ni. Dah la tak pandai nak jaga diri, menyusahkan banyak orang pulak tu. Habis saudara mara terdekat berkumpul dan mencari mereka merata cerok. Aku sendiri tak tidur malam memikirkan mereka walaupun aku berada jauh dari kampung halaman.
Kenapa harus menyusahkan mak bapa?
21 comments
Bebudak zaman skang terlalu berani. Alhamdulillah...jumpa gak. Klo saya pon akan rasa geram.
salam;
Alahamdulillah;..jumpa juga akhirnya..kenapalah bebudak sekarang buat bergitu.kalau anak aku memang aku jadi sasau agaknya.
Kombinasi berani + bodoh = menyusahkan semua!
Semoga mereka serta ibu bapa yang lain belajar sesuatu daripada insiden ini.
Bila baca N3 ini Iza... minda kakak terus ingat 2 anak dara kakak yg duduk di asrama. Kakak memang tak benarkan mereka balik naik bas. Jalan kemana pun kakak hantar. Kakak pastikan siapa kawan dia, dimana rumah yg dia pergi. Tapi itulah Iza... didikan agama dan kasih-sayang amat penting dlm institusi keluarga sekarang...
SYUKURLAH...pengajaran bagi dorang...
betul ke ni?
seri perigi tu kampung gue...
xdengar plak apa2 cerita...
Anak remaja sekarang bertindak tanpa berfikir panjang. Tindakan melulu membuatkan semua susah.
budak2 skrg ni terlebih berani..
syukurlah mereka dah selamat :)
jgn salahkan mereka 100%..fahami apa prob mereka..
alhamdulillah la jumpa..semoga jadi pengajaran berharga untuk semua..
mak aii...macam mana pulak boleh sesat..sampai 3 pagi. depa naik ke atas lagi kot..tapi dah jumpa tu bersyukurlah..biar diorang sesat dari orang buat tak baik kat depa
nasib baik jumpa.. remaja sekarang terlampau mudah terpengaruh...
Alhamdulillah. jumpa akhirnya.. bahaya kalau org yg berniat buruk
menjumpai mereka memberi bantuan. lain plak jadinya...
Merajuk dgn mak abah agaknya sampai sanggup lari dari rumah..
memang budak2 skrg tak mau pk panjang...
Juga dah jumpa
Harapnya jadi pengajaran berguna buat merekaMujur
risau gak sekarang ngan kes macam ni...
alhamdulillah sepupu dah selamat jumpa. takut2 ada kejadian lain yg kita xtau, masuk alam lain ke.
Salam..
memang susah hati kalau kejadian
sebegitu menimpa saudara mara..
tapi remaja sekarang memang tak bertanggungjawab..
ingat nak seronok saja tanpa memikirkan kerisauan
orang lain..alhamdulillah, semua selamat nampaknya
cuba selami hati mereka.. tanya dari hati ke hati mengapa mereka buat begitu.. mungkin ada sebabnya.. risau juga kalau mereka buat sekali lagi.
Alhamdulillah dah jumpa.... daerah Yan tu dah la bnyak tempat yg sunyi....
Assalam kak
Alhamdulillah. Semuanya selamat. Harap2 jadi pengajaran pda mereka berdua.
Kdg2, mereka tak fikir pjg. Itu yg byk timbulkan masalah
Salam... 1 Dunia?
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini