Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pagi kelmarin ketika bangun solat subuh, tiba-tiba perutku rasa memulas sangat-sangat. Aku segera ke tandas dan sempat pesan pada hubby supaya tengok-tengokkan baby. Aku mungkin akan lama dalam tandas tu.
Apabila aku sedar, aku berada di atas lantai tandas sambil berbaring. Entah berapa lama aku pengsan, aku pun tak pasti. Aku bangun dan duduk semula tetapi aku rasakan seakan-akan darahku kering, terasa pening dan rasa nak jatuh sekali lagi. Cepat-cepat aku buka pintu dan gagahkan diri panggil hubby.
Menurut hubby, wajahku putih (pucat) sangat-sangat. Tapak tangan pun dah tak ada darah. Aku lali seketika. Cepat-cepat hubby gosok-gosok tapak tangan aku seperti ingin panaskannya, dipicit-picit pipiku dan segera dibancuh milo pekat. Dipaksanya aku minum dalam tandas tu jugak.
Bila dah dah boleh berjalan, aku kembali berbaring. Tiba-tiba terasa lagi ingin membuang air besar. Macam cirit birit tapi lain sikit dari cirit-birit. Hanya perutku yang memulas tanpa ada isi yang keluar. Aku dah tak berdaya nak lakukan apa-apa.
Aku tak berdaya untuk kejutkan Along dan siapkannya ke sekolah. Akhirnya Along tak ke tadika, hubby pun ponteng kerja. Oleh kerana keadaanku makin teruk, hubby minta tolong kawannya untuk bawa kami ke Hospital Teluk Intan. Aku dah tak boleh nak pegang baby. Tanganku dah menggigil.
Setahu aku, keluargaku memang ada masalah Anemia (Tekanan Darah Rendah) termasuk kakak dan mamaku. Sewaktu pendaftaran, 3 kali tekanan darahku diambil, tetap juga rendah. Aku ditahan di wad kecemasan untuk tindakan selanjutnya. Jam 2.30 petang aku masuk dan berbaring hingga jam 4.15 baru nurse datang ambil sample darah dan masukkan air.
Dah la darah aku sikit, ditumpahkannya pula...
Sepanjang aku di situ, aku tak dapat nak lelapkan mata. Macam-macam gelagat yang aku perhatikan. Ada 6 katil di zon kuning - tak kritikal (kalau tak silap aku) Pesakit yang masuk keluar dan menerima rawatan di wad kecemasan silih berganti tapi aku tetap di situ.
Anak kecilku terpaksa diserahkan pada rakan sekerja hubby (isterinya tolong mengasuh) yang tinggal setaman denganku. Terima kasih Tina kerana tolong jagakan Si Kecil tu.
Ujian darah, Urine, Tekanan Darah, check jantung sudah aku lakukan. Tekanan darahku diambil sebanyak 5 kali dalam satu masa tetapi masih ditahap rendah. Selama 6 jam aku menerima rawatan dengan 2 botol air. Lagi sekali tekanan darah diambil. Menurut Doktor, kali ini tekanan darahku paling tinggi dari sebelumnya iaitu 101/52. Jam 8.40 malam aku dibenarkan keluar walaupun tekanan darahku masih tak memuaskan.
Hari ini hubby ambil cuti lagi kerana keadaanku masih lemah. Pagi-pagi mesti perutku mula meragam dan pening-pening. Aku mungkin akan dihantar balik selama 3 minggu ke kampung (Perlis) hujung minggu ini, InsyaAllah. Terima kasih pada Hubby yang bersusah payah kerana aku. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang mendoakan kesihatanku juga saudara-mara di kampung yang bertanyakan keadaanku.
29 comments
take good care Iza.. semoga dipermudahkan dan sembuh dengan segera :) InsyaAllah
Semoga cepat sembuh, jaga diri baik baik Se
Moga cepat sembuh... mmm... masih sempat jugak ye buat entry...
jaga diri kak. semoga kembali sihat.
salam, semangat kekeluargaan ! ..alhamdulillah mereka semua sangat perihatin., moga cepat sembuh.
Semoga Iza cepat semboh. Itulah hasilnya bila kita baik dengan kawan2 dan jiran.
didoakan cepat sembuh insyaAllah...dari pipoq sekeluarga
ujian tu... semoga tabah dan cepat sembuh...
semoga cepat sembuh Iza...sesungguhnya Allah itu hanya menguji hambaNya yang mampu menerima dan menghadapinya,,salam ukhwah dari Moscow!
semoga cepat sembuh..syukur suami ada disisi..sedia membantu..
Ya Allah, dugaan tul ni.. moga cepat sembuh.. moga terus tabah..
nasib baik gak ada suami dan kawan2 leh tolong kan..
get well soon ya.. :)
suami awak menjalankan tanggungjawb dgn baik sekali...bawak2lah berehat ye Iza
Memang membazir darah tuh.. mcm mana ler buat keja..
kasi back hand mau.. hik3..
Oklah dear.. get well soon..
Moga cepatsehat
Nasib baik la tak teruk masa jatuh kat bilik air tu..orang teluk intan ka..saya pun orang teluk intan
salam..
sedihnya baca..kesian..
semoga cepat sembuh Iza..
jangan sakit-sakit tak best
la gini..blogger kena kuat?
moga cepat sembuh.. akak penat sgt kot.
Banyakkan berehat ya kak.
Bahaya juga tu yer iza...semoga cepat sembuh dan cari la tips2 tuk elakkan mende tu dr berulang
Saya pernah alami macam ni
Pitam dalam tandas tanpa sesiapa tahu
Akhirnya sedar dengan sendiri
Entah berapa lama dalam dandas tu
Tapi mujur juga, tak la perlu ke hospital
Asal kes nya, perut memulas juga
sabar lah puan Iza, harap jaga pemakanan & kesihatan.. Insya Allah cepat sembuh dgn sokongan insan tersayang :)
Saya bukan orang t.intah tapi dah hampir 6 tahun dok t.intan.
W'salam..
Bukan kehendak saya..
Entah la..
InsyaAllah.
moga sembuh seperti sedikala...
dah baca entri terbaru baru tahu entri lama nape blik perlis huhu..
semoha kuat dan tabah sllu ya...
semoga kekal sihat dan bahagian bersama kluga di perlis sana. smoha semua dalam keadaan baik2 sahaja.amin
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini