9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki.

on Ahad, Februari 21, 2010



Di bawah ni tersenarai ciri-ciri wanita idaman lelaki. Benarkah? Kepada para gadis dan wanita di luar sana, adakah kita termasuk dalam senarai di bawah? Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan lihat kelebihan dan kekurangan yang ada agar dapat kita perbaiki segala kelemahan untuk menjadi yang terbaik walaupun tidak cukup sempurna kerana kesempurnaan itu teramat sukar untuk kita capai.

Dan kepada lelaki di luar sana, adakah ciri-ciri yang disenaraikan ini merupakan idaman atau hanya sekadar kecantikan dan kejelitaan yang menjadi pilihan anda? Marilah kita renungkan bersama di samping berkongsi pendapat.

1. SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yang suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang
susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan
spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Pada wanita, adakah ciri-ciri tersebut ada dalam diri kita? Dan pada lelaki, inikah ciri-ciri yang dicari? Atau faktor fizikal yang dipentingkan?
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved