Lelaki Kacak

on Rabu, Mac 21, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Gambar ini tidak ada kena-mengena dengan entri.

Ramai yang memperkatakan tentang lelaki kacak. Sana sini asyik menulis tentang kacak. Ada apa dengan lelaki kacak? Siapakah lelaki kacak yang dimaksudkan? Adakah lelaki itu suka membaca? Kalau suka membaca, dah tentu dia seorang yang kacak kerana lelaki kacak suka membaca.

Berapa ramai lelaki kacak dalam dunia ni? Sebenarnya semua lelaki atas muka bumi ini merasakan diri mereka kacak tapi malu nak mengaku secara terang-terangan kerana bimbang dikatakan "masuk bakul, angkat sendiri",  "SS" atau "Syok Sendiri", "Perasan Kacak" dan macam-macam lagi kata-kata negatif. Jadi, perkataan "Aku memang kacak" hanya ada dalam hati setiap daripada mereka sahaja.

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak segan silu mengaku diri mereka sebagai lelaki kacak. Lelaki jenis ni sememangnya masuk bakul dan mengarahkan orang lain tolong angkat bakul tersebut. Jangan marah wahai lelaki yang merasakan dirinya kacak. Tak salah pun mengaku diri sendiri kacak kerana ia merupakan suatu motivasi yang menjadi perangsang minda dan semangat untuk terus maju dengan keyakinan diri yang tinggi.

Wahai para lelaki kacak,
Untuk menjadikan diri anda lebih kacak di antara yang kacak-kacak, elok lah kiranya anda teruskan pembacaan ini. Kekacakan yang dikurniakan oleh Allah kepada kaum Adam bukan lah untuk dibanggakan kerana kacak itu hanyalah luaran semata-mata.

Jika anda seorang lelaki kacak dan ingin menambahkan lagi kekacakan tersebut, empat aspek ini perlu dititikberatkan. Kekacakan yang anda miliki jika disertai dengan empat cabang ini, pastinya kekacakan itu lebih terserlah.

Empat aspek yang dimaksudkan adalah Kacak Jasmani, Kacak Emosi, Kacak Rohani dan Kacak Intelek.


Kacak jasmani atau fizikal sememangnya penting dalam kehidupan. Bukan hanya kacak pada rupa paras tetapi kesihatan dan kecergasan diri perlu diperkembangkan dan dipertingkatkan demi menjamin hidup yang lebih sihat dan bermakna. Anggota tubuh yang sihat dapat dimanfaatkan untuk hidup berdikari dan menjalani hidup bermasyarakat.

Kacak emosi juga penting kerana ia melibatkan perasaan terhadap seseorang atau kejadian. Cuba bayangkan jika anda berhadapan dengan lelaki kacak tetapi panas baran. Nampak ke kekacakkannya itu? Pasti anda akan berkata, "Harapkan muka je handsome tapi perangai macam setan tahap cipan" Haa...kan dah tak kacak. Jadi, bagi mengekalkan kekacakan tersebut, sabar itu perlu bagi mengawal perasaan dalaman samada perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya.

Kacak emosi amat penting kerana wajah seseorang akan berubah mengikut emosi dalam dirinya. Kalau selalu tarik muka 14 inci jangan harap la nak kacak kerana ada pepatah mengatakan "kalau merajuk, cepat tua".

Kacak rohani tak kurang pentingnya. Dengan adanya kacak rohani, seseorang itu akan rajin berusaha, mempunyai semangat yang tinggi, bertenaga dalam melakukan sesuatu perkara dan memiliki hati yang bersih. Ketenangan dan kedamaian akan terpancar di wajahnya. Lelaki sebegini akan sentiasa mendekatkan diri dengan Penciptanya.

Kacak intelek paling disukai dan digemari oleh masyarakat sekeliling jika digunakan dan dimanfaatkan untuk kebaikan. Kalau sekadar kacak wajah tapi tak kacak intelek, tak boleh pakai juga. Nampak muka kacak tapi mencuri. Hilang terus kekacakkan tu. Siapa yang tidak suka dengan lelaki kacak dan pandai menggunakan kebijaksanaannya ke arah kebaikan? Pasti ramai yang akan mendekati.

Sememangnya amat susah menemui lelaki sekacak itu. Lelaki kacak itu mungkin ada tetapi hanya satu di kalangan seribu lelaki. Masihkah mencari lelaki kacak itu? Tiada yang cukup kesempurnaannya di dunia ini melainkan Allah jua.






Ranking: 5

37 comments

21 Mac 2012 pada 9:09 PG

Ada yg tertinggal,kacak perlu ada kewangan yg kukuh tuk menjamin mse dpn tp cara halal lah,hehe :)

21 Mac 2012 pada 9:23 PG

Assalamu'alaikum...
biar menjadi kacak terhadap diri sendiri, bukan untuk diperagakan/dijaja. kacak iman gitu ;) kerana semua kelebihan/kekurangan adalah milikNYA..

21 Mac 2012 pada 9:30 PG

manusia adalah sebaik² kejadian..jadi semuanya kacak ;)

Good luck!

21 Mac 2012 pada 9:57 PG

Ini baru kacak hehehe...

21 Mac 2012 pada 10:07 PG

salam;
memang susah nak cari lengkap 4 diatas..kebanyakan lelaki kacak satu daripada 4 diatas..

21 Mac 2012 pada 10:21 PG

Tinggi tanda aras lelaki kacak yang dimahukan. :-)

21 Mac 2012 pada 10:58 PG

Ok gd luck untuk lelaki kacak..

21 Mac 2012 pada 12:21 PTG

baru tadi terbaca blog cabaran SEO lelaki kacak.. hehehehe

21 Mac 2012 pada 4:57 PTG

wahhh cabaran SEO lelaki kacak..apa2pun, bukan senang nk jumpa lelaki kacak :)

21 Mac 2012 pada 5:05 PTG

Betul tu.

21 Mac 2012 pada 5:07 PTG

aku kacak..hahahaha

21 Mac 2012 pada 5:07 PTG

ya ka? ramai nak join ni..

21 Mac 2012 pada 5:08 PTG

Ya? Alhamdulillah, kurniaan Allah..

21 Mac 2012 pada 5:09 PTG

Terima kasih.

21 Mac 2012 pada 5:11 PTG

Tapi susah nak jumpa..

21 Mac 2012 pada 5:13 PTG

W'salam..
Tak cukup kacak la kalau kurang..hehe..

21 Mac 2012 pada 5:13 PTG

Terima kasih..

21 Mac 2012 pada 5:14 PTG

Sengaja simpan untuk entri akan datang..hehe..
Walau apa pun, terima kasih mengingatkan.

21 Mac 2012 pada 5:15 PTG

W'salam..
ya, setuju sangat-sangat.

21 Mac 2012 pada 5:47 PTG

macam ni gaya
tak dapat la aku nak perasan lelaki kacak
huhu

21 Mac 2012 pada 7:24 PTG

akhirnya..keluar gak post kacak ni. hehe..

21 Mac 2012 pada 8:58 PTG

salam..
ermm..join juga ke?
bolehlah test SEO blog
nih kalau dah join tu..
saya menarik diri contest
kali ni..sebab sebab2
tertentu..

www.zulkbo.com

21 Mac 2012 pada 10:19 PTG

Lengkap semua point kacak dari 5 aspek JERIS..

21 Mac 2012 pada 10:46 PTG

Salam,
dapat kacak intelek dan rohani pun dah kira bagus.. kan? :D

21 Mac 2012 pada 10:53 PTG

Adakah saya tergolong dalam lelaki kacak yang syok sendiri (SS)?

22 Mac 2012 pada 1:17 PG

Wah ... kalau macam ni la ciri-cirinya, susah jugak nak cari kat Malaysia ni.

amry
22 Mac 2012 pada 2:20 PG

Mengapakah gambarku dijadikan gmbr hiasan wahai isteriku?

22 Mac 2012 pada 10:04 PG

hehe...
sekadr hiasan je.
kan dah tulis gambar tu tak ada kena mengena dengan entri...
maaf ye, letak gambr tak minta izin..

22 Mac 2012 pada 10:05 PG

Susah nak cari tapi pasti ada.

22 Mac 2012 pada 10:08 PG

ha..ha..
tepuk ada tanya diri..

22 Mac 2012 pada 10:08 PG

W'salam..
Ya betul..

22 Mac 2012 pada 10:10 PG

W'salam...
Teringin juga nak join..
saja test SEO yang selalu lepas ke laut..
Ooo, ya ka?

22 Mac 2012 pada 10:11 PG

Ya, akhirnya...

22 Mac 2012 pada 10:12 PG

hehe..
pandangan setiap orang adalah berbeza.
Ala..perasan je la, bukan orang lain tau pun..hehe..

23 Mac 2012 pada 11:24 PTG

kacak atau tidak bukanlah penentu sebenarnya. yg menentukan ialah amal seseorang. tak gitu?

good luck ye...

27 Mac 2012 pada 2:26 PTG

Lega rasanya baru malam tadi berjaya melaksanakan tugasan contest SEO lelaki kacak. :-)

Tanpa Nama
4 April 2013 pada 6:23 PG

[p]The headphone cable for th Beats l shorter, the length is suitable fr portable products; whras th HD-595, th cord insanely extended and nt definitely produced for walking rund with t (but u an lwys substitute the cord . Monster Studio Kobe Bryant 24 [url=http://www.solobeatsbydre.co.uk]cheap beats by dre earphones[/url] Limited Editon Beats By Dr . Attracted by the appearance [url=http://www.solobeatsbydre.co.uk]cheap beats by dre[/url] of the rich sense of technology . 1/8 in order to 1/4隆氓 Tilpasningsstykke Related topics articles . Here is a hearing protection headphones guide for shooting enthusiasts . The beats by dre kobe bryant headphones to If you feel the private party costs are great, You get a car which comes from the warranty of the manufacturer which gives you ultimate reassurance a lot of people don隆炉t have when they buy used cars . Ace at ease beats by simply dre earbuds supply reasonable isolations plus much more raw in comparison with additional common blade headphones . So what makes the London headphones suitable for urban life? The design of the headphones is certainly striking 篓C whether you find it attractive or not will be down to taste.[/p][p]Combined with the introduction of video hub, another benefit of SenseTM 4+, for the first time you will be able to put [url=http://www.solobeatsbydre.co.uk]solo beats by dre[/url] all your video entertainment in a single place . High-frequency performance in general, disability, analytic separation horizontal sound field is relatively small . Reznor隆炉s presence is an important one, since he underlines one of the core focuses of the new service . The first Experience features a 1 . The low-frequency than more general, however, texture, some scattered . Paying in favor of a membership so with [url=http://www.solobeatsbydre.co.uk]cheap solo beats by dre [/url] the intention of you can log on to craft your composition beats is a litter of your money . information the sound files exactly the method by which the actual artist desires you to definitely . It is made of strong but lightweight aluminum that can be used in any [url=http://www.solobeatsbydre.co.uk]beats by dre earphones[/url] environment.[/p]

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved