Fybogel Orange.

on Sabtu, Mac 17, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Penulisan ini mengandungi sedikit unsur-unsur ketidaksantunan sederhana. Jika anda belum makan, sila makan dahulu sebelum membaca entri ini kerana dikhuatiri anda tidak berselera untuk makan selepas membacanya.

Pernah dengar tentang FYBOGEL? Fybogel adalah bahan tumbuhan semulajadi yang tinggi serat. Sesuai untuk mereka yang mengalami sembelit tegar. Kekurangan serat dalam diet adalah punca utama terjadinya sembelit.

Fybogel Orange juga disyorkan di mana serat diperlukan dalam diet anda untuk membantu melegakan sembelit. Ini termasuklah sembelit semasa mengandung atau semasa menyusukan. Ia juga disyorkan untuk membantu mengekalkan fungsi usus yang normal di kalangan pesakit-pesakit yang menderita :
- Sindrom Gangguan usus 
- Kolostomi atau ileostomy 
- Buasir  
- Dubur fisur 
- Cirit-birit yang berterusan yang berkaitan dengan penyakit diverticular 
- Kolitis Colitis

Pengguna disyorkan untuk mengambil 2 bungkus sehari iaitu pagi dan malam. Jika terjadinya cirit, sila kurangkan jumlahnya kepada sebungkus sehari atau dua hari sekali.

Cara lain untuk mengelakkan sembelit, setiap 1 jam perlu minum segelas air sehingga kita tidur. Banyakkan makan sayur-sayuran sebanyak 6 sudu setiap kali makan nasi dan banyakkan makan buah-buahan.




Minggu lepas aku suapkan anak kecil ku dengan nestum beras yang telah dicampur dengan buah-buahan. Hari ke tiga tiba-tiba dia tak berak. Setiap malam ada juga guling-guling tak senang duduk. Mungkin sebab tak "membuang". Sebelum ni aku hanya perkenalkan makanan seperti pati buah betik dan bubur nasi, tidak pula bermasalah. Tiba-tiba tak berak hingga 3 hari. Masuk hari ke 4 baru dia berak. Syukur sangat-sangat, nasib baik berak sebelum di bawa ke klinik lagi.

Sejak ada anak ni, aku dah tak berselera nak makan ayam KFC (maaf la pada penggemar KFC) sebab bau n***snya  macam ayam KFC. Tapi bila tak membuang banyak hari, baunya masyaAllah....

Tiada kaitan antara Fybogel dan sembelit anak aku tu. Sekadar Info. Tak kan la nak bagi makan fybogel, silap-silap cirit pulak empat lima hari. Lagipun memang tak sesuai untuk bayi.

Ranking: 5

9 comments

18 Mac 2012 pada 2:29 PG

Info yang berguna ni.. Manalah tahu satu hari nanti..

18 Mac 2012 pada 8:56 PTG

Belum pernah ambil ni
Jenama ni pun baru je dengar

18 Mac 2012 pada 9:48 PTG

salam..
erkk..sesuai dengan namanya
memamang menakutkan jenis penyakit tu..
alahai..moga di jauhkan

www.zulkbo.com

19 Mac 2012 pada 2:46 PTG

harap2 tak de penyakit macam tu.. hilang nikmat.. hehe..
nama tak ingat produk ni.. hehe.. malu nak sebut.. ;)

19 Mac 2012 pada 4:46 PTG

salam;
Tak pernah jumpa jenama ni..nantilah kalau gi pasar atau supermarket aku cari.

20 Mac 2012 pada 12:21 PG

Belum pernah melihat jenama ini sebelum ini. Dimana produk ini terjual?

21 Mac 2012 pada 5:06 PTG

Entah la, mungkin di farmasi ada kot.

23 Julai 2012 pada 9:35 PTG

sgt menakjubkan dan berkesan sekali...thanks for info

23 Julai 2012 pada 9:41 PTG

sgt menakjubkan dan berkesan sekali...thanks for info

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved