Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Manusia memerlukan makanan untuk hidup. Tetapi ada juga yang kadang-kala hidup untuk makan. Makanan yang berkhasiat penting dalam kehidupan untuk memberi tenaga agar tubuh badan dapat bergerak dengan sempurna.
Terdapat 3 jenis makanan yang diperlukan iaitu makanan perut, makanan minda dan makanan hati. Contoh makanan perut seperti nasi, mee, kek, coklat, ais krim dan sebagainya yang kita makan hari-hari melalui mulut dan masuk ke perut. Makanan perut yang diperlukan tubuh bukan semuanya berkhasiat. Maka kita perlulah bijak memilih makanan yang memberi kita tenaga untuk menyambung keberlangsungan hidup.
Makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia bukan sahaja makanan perut, tetapi tubuh badan manusia juga memerlukan makanan lain selain makanan perut tadi. Makanan minda iaitu ilmu. Al-Quran merupakan makanan minda terbaik bagi seseorang. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksudnya, kita dapat memelihara diri dan minda kita juga menjadi tenang. Selain itu, ilmu-ilmu yang bermanfaat juga merupakan makanan minda.
Cuba bayangkan, dalam tempoh seminggu kita tidak membaca, melihat atau mendengar sebarang bentuk informasi atau ilmu, bolehkah kita hidup dengan sempurna? Ketika itu mungkin kita akan rasa otak kita lemah, terasing dari dunia dan ketinggalan. Sebarang input atau output akan merangsang minda untuk kita berfikir. Minda yang aktif tentunya minda yang sihat.
Tak lupa juga makanan hati iaitu zikir. Dengan berzikir, kita telah mendekatkan diri pada Maha Pencipta. Lidah-lidah yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah pastinya terhindar dari sifat-sifat mazmumah. Dengan zikir juga hati akan menjadi tenang.
Sebagai manusia, kita perlu menjaga ketiga-tiga makanan yang disebutkan di atas iaitu makanan perut, makanan hati dan makanan minda untuk hidup yang lebih sempurna, InsyaAllah.
12 comments
3 jenis makanan yg berbeza buat manusia...kalau tak de yg last tu tersangat la bahayanya..leh tersesat jauh woo...
Saya suka perenggan terakhir zikir untuk makanan hati. :-)
Makan rohani dan jasmani kedua2 penting dalam hidup kita,perbanyakanlah makanan rohani agar kita lebih tenang :)
makanan minda & hati tu yang paling penting dalam kehidupan..makanan utk perut tu kalau terlebih ambik, susah pulak jadinya..
makanan minda tu kebanyakkan kurang dititikberatkan..
eheheheee
entri yang berguna..setiap makanan tu diperlukan namun makanan perut perlu dikawal :)
lama xsinggah sini
ramai yang hidup sekarang kerana hidup untuk makan.. bukan sebaliknya
Maksudnya
Ada manusia yang badan sihat tapi minda pula kurus kering dan berpenyakit
salam,
kena seimbanglah maksudnyakan.. makan makanan yang boleh menyihatkan badan, hati dan minda..
hmmm... zikir makanan hati.. selain mengaji tu dan tentu satu tuntutan.. islam tanpa perkara-perkara ni, mesti jiwa tu jadi kosong je... hmmm... amalkanlah... agar lahir generasi gemilang yg dlm hatinya sentiasa terang dgn cahaya ketenangan... jiwanya sentiasa tenteram dengan pujukan zikir...
+++++
jom kunjung blog saya. harap ade hubungan dua hala dari gang-gang gerila penulisan kreatif ni...
dengan rendah diri dan rendah hati, mengundang tuan/puan ke blog saya. tinggal2kan lah jejak atau komen di mana-mana
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/soledad.html
zul a.k.a sam banjamin
(pengasas gerila penulisan kreatif)
salam;
Bagus untuk dikongsi bersama dan untuk rohani dan jasmani.TQ.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini