Katil Juruterbang Dalam Boeing 787.

on Isnin, Februari 13, 2012

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kali pertama aku naik kapal terbang, beberapa tahun lalu bersama hubby dan anak sulung. Aku dengan anakku seronok sangat. Tak sabar-sabar nak naik kapal terbang sebab masa tu baru kali pertama nak merasa naik kapal terbang tapi berbeza dengan hubby.

Dari LCCT ke Masai, Johor. Bukan tak boleh nak naik kereta ke sana tapi sengaja nak merasa berada di atas awan. Hubby pun nak cuba naik sebab lepas tu dia nak melancong ke Medan, Indonesia bersama staf yang lain. Masa mula mula pesawat nak naik, aku tengok muka hubby dah pucat. Hubby aku memang takut dengan ketinggian dan gayat. Aku dengan anakku apa lagi, usik la hubby yang konon-kononnya leka membaca surat khabar tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kebaikan naik kapal terbang, kita dapat jimatkan masa dan tidak letih memandu dalam jarak yang jauh. Keburukannya, kena bayar parking kereta beberapa ratus sekiranya parking dalam tempoh 3 hingga 4 hari, menyusahkan saudara-mara tunggu di lapangan terbang untuk sambut ketibaan kita nanti. Jika dikira-kira semua kos, lebih baik naik kereta dari menaiki pesawat kerana lebih selesa nak berhenti di mana-mana sesuka hati, hanya perlu keluarkan kos minyak, tol dan makan sahaja dan yang penting cepat sampai dari naik kapal terbang.

Kalau naik kapal terbang, kena berada awal di balai berlepas. Maka, pastinya kita akan bertolak lebih awal dari jangkaan masa berlepas. Kalau kena naik jam 7 pagi, siap la seawal jam 2 hingga 3 pagi dari Perak ke LCCT. Itu belum termasuk masa untuk sesat jalan (Lebiah baik guna GPS).

Tetapi kalau perjalanan yang jauh ke luar Negara (tidak termasuk Singapura dan Thailand), lebih baik naik kapal terbang. Sejauh mana pun perjalanan kita, maaf, katil tidak disediakan. Katil kat bawah ini hanya untuk juruterbang sahaja.


SINGAPURA - Pesawat penumpang baharu Boeing 787 Dreamliner mempunyai ruang rehat untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat itu. Ia juga mempunyai ruang rehat yang sama untuk kru penerbangan lain seperti pramugara dan pramugari. 

Menurut laporan Bernama, pesawat Dreamliner itu mempamerkan keupayaan jarak jauhnya beberapa hari lepas, terbang tanpa henti dari Boeing Field di Seattle, Amerika Syarikat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok dengan jarak 12,358 kilometer. 

Pesawat itu yang membawa hampir 300 penumpang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura yang bermula esok sehingga 17 Februari depan. - SUMBER
Ranking: 5

22 comments

13 Februari 2012 pada 5:17 PTG

macamne agak2 rasa tidor baring atas katil diatas awan ye? baru dipanggil 'dibuai' mimpi ye dak? hehe

13 Februari 2012 pada 5:35 PTG

Hebat ruang tidur Pilot ni :D

Tanpa Nama
13 Februari 2012 pada 6:25 PTG

Baguslah, jadi mereka dapat rehat yang betul.

13 Februari 2012 pada 7:11 PTG

uih.. juruterbang pon leh tido ke??

13 Februari 2012 pada 7:48 PTG

Errrmm,banyak kali naik flight,tak pernah pun terfikir pasal katil pilot ni.Hahahahaa

14 Februari 2012 pada 1:13 PG

salam..
mesti selesa pilot tu tidur
jangan terlajak tidur sudah
:)

14 Februari 2012 pada 7:49 PG

huhuhuhuhuhu... kalau nak selesa... amik laa business class... :D

14 Februari 2012 pada 7:50 PG

Kalau pilot terlajak tido... sapa yang nak landingkan pesawat tu... :D

14 Februari 2012 pada 9:10 PG

Entah la..
tak pernah cuba lagi..hehe..

14 Februari 2012 pada 9:11 PG

Supaya pilot tak mengantuk masa memandu kot...

14 Februari 2012 pada 9:11 PG

Ya, betul tu..

14 Februari 2012 pada 9:12 PG

Juruterbang pun manusia jugak..

14 Februari 2012 pada 9:12 PG

Baru lagi kot, dan untuk penerbangan jarak jauh.

14 Februari 2012 pada 9:13 PG

W'salam..
Harap2 macam tu la..

14 Februari 2012 pada 9:14 PG

ha.ha.ha..
kalau terlajak tidur, terlajak la ke destinasi lain...

14 Februari 2012 pada 9:50 PG

Lama x singgah, sibuk sikit tahun ni. Kalau JB-KL-JB saya prefer driving sebab kejar masa. Walau nampak cepat tapi nak ke airport dah dekat satu jam, kat situ je satu jam. Sampai ke destinasi sebenar dr airport pun ambik masa. Rasanya lebih lewat berbanding bawa kenderaan dan duitnya lebih kurang je.

14 Februari 2012 pada 10:21 PG

Jangan pula pilot tu mengigau
Haha

15 Februari 2012 pada 3:59 PG

wow menariknya.Tapi kalau gegar2 rasa tak?

15 Februari 2012 pada 9:38 PG

Tak mengapa...
Betul la, kita ingat cepat rupanya kira2 balik lebih baik naik kereta.

15 Februari 2012 pada 9:40 PG

A'a..
kalau ngigau siap dengan jalan,
bertambah kacau nanti..

15 Februari 2012 pada 9:42 PG

Kalau lalu di kawasan banyak awan, akan rasa gegarnya tapi kalau pilot tu tidur mati, tak rasa la kot...hehe..

15 Februari 2012 pada 10:14 PTG

Pernah di Frankfurt tiba-tiba kapten kapal terbang kata ada masalah hidraulik sebelum berlepas dan jurutera sedang berusaha untuk membaikinya. Saya dan rakan sudah kecut perut. Nasib baiklah tidak apa-apa yang berlaku ketika berlepas dan mendarat.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved