Lenyapnya 1001 Cerita Dan Warisan Sejarah.

on Rabu, Jun 23, 2010

Salam...




Semalam kita telah dikhabarkan tentang kerja-kerja merobohkan Penjara Pudu sepanjang 300 meter yang menyimpan segala kenangan pahit manis sejarah banduan sejak 100 tahun dahulu. Tapak bangunan Penjara Pudu akan digantikan dengan laluan bawah tanah yang dijangka siap pada tahun 2012. Penjara Pudu yang merupakan monumen penting sejarah Negara kini hanya tinggal kenangan di ingatan, lukisan dan tulisan sahaja setelah dirobohkan.

Banyak pihak pastinya telah menimbulkan pelbagai persoalan. Ada yang gembira, sedih, kecewa dan bangga dengan keputusan merobohkan Penjara tersebut. Bagi diriku sendiri sebagai seorang blogger dan pernah menjadi ahli penyelidik dalam pengajian sejarah, aku merasakan bahawa usaha meruntuhkan monumen penting itu tidak wajar dilakukan sekalipun untuk pembangunan negara bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Monumen sejarah sepatutnya dipelihara dengan baik untuk generasi akan datang. Namun ianya hanya tinggal nama sahaja dan bukan bukti kewujudannya.

Bagi mereka yang inginkan kemajuan, pastinya menyambut baik akan keputusan merobohkan bangunan tersebut. Mungkin ada pendapat yang mengatakan pemandangan Penjara Pudu yang terbiar hanya menyakitkan mata tanpa memberikan pulangan atau apa-apa keuntungan. Tak kurang juga yang menyokong agar pembangunan yang bakal dilaksanakan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Tapi sedarkah kita bahawa sejarah memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Dengan sejarahlah adanya keadaan kita sekarang. Dengan sejarah juga kita belajar untuk menghadapi masa depan. Terfikirkah anda mengapa sejarah itu penting? Dari sekolah rendah, menengah dan IPT, subjek sejarah amat penting dalam sesebuah masyarakat. Contohnya Malaysia. Tahukan anda bahawa sejarah juga merupakan suatu alat untuk menyatukan masyarakat Malaysia, masyarakat yang berbilang kaum?

Berbalik pada persoalan tadi, pembangunan sememangnya baik untuk kemajuan Negara. Siapa yang tidak inginkan pembangunan? Semua orang sukakan kemajuan, tambahan lagi demi keselesaan hidup. Tetapi bagaimanakah, nasib bangunan-bangunan yang terbiar dan terus terbengkalai? Tidakkah bangunan atau projek yang terbengkalai ini juga mencacatkan pemandangan? Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit?

Kesimpulannya, tapak sejarah harus dipelihara seperti bangun-bangunan bersejarah lain. Jika difikirkan nilai positifnya, tapak atau bangunan bersejarah tidak akan mencacatkan pemandangan jika dibaikpulih malah ia mungkin juga boleh meningkatkan ekonomi dari sektor pelancongan negara. Namun begitu, kita terpaksa menerima perubahan dan kemajuan mengikut rentak dunia kini. Pastinya tiada yang kekal di dunia ini melainkan Allah s.w.t. Bagaimanakah pandangan anda sendiri?
Ranking: 5

8 comments

23 Jun 2010 pada 6:15 PTG

assalamualaikum...

inilah antara taktik terancang atas nama kemajuan. ada udang di sebalik batu

23 Jun 2010 pada 7:09 PTG

iza..sebenarnya aku ada dengar menteri kebudayaan dan warisan ckp..kalau x silap,dia ckp..penjara bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan..sebab tu xleh jadi tapak warisan...

tp bagi aku..aku lebih suka penjara tu dibaikpulih dan dijadikan tempat2 lawatan untuk bdk2 sek..selalunya..banduan akhir ni akan tulis luahan hati kat dinding2..so boleh jgk menyedarkan orang2 kita..kalau caj rm5-10 pun aku rasa sanggup org bayar..

23 Jun 2010 pada 7:09 PTG

Sayang....
Tapi apa yang mampu orang kelas bawahan ni buat??
Tengok je la..
Adess...

23 Jun 2010 pada 7:18 PTG

pembangunan mengatasi segalanya...

23 Jun 2010 pada 11:16 PTG

@Ampuan Awang
Waalaikummussalam.....
Ya ka? Taktik apa yg sedang dirancang?

@RastaMat
Ya....
Seterusnya tunggu dan lihat lagi....

@black_mel
Ya la, bukan nak bangga sebab ramai banduan yg dah bermastautin kat situ...
Ya, bagus pandangan ko tu. Itulah yg aku maksudkan. Sekurang-kurangnya org lain boleh selami luahan hati banduan akhir seterusnya ambil iktibar.

@Adha
yezzs...
macam mana pun, kita terima je la...

27 Jun 2010 pada 1:05 PG

Memang agak terkilan dengan tindakan kerajaan.. tapi ntahlah.. mungkin diorang lebih memandang ke hadapan berbanding belajar daripada sejarah masa lampau

27 Jun 2010 pada 2:23 PTG

@kulanz
Mmmm....rasa syg pulak.aku pun belum pernah sampai tempat tu...

12 Mei 2013 pada 1:23 PTG

hahaaper laa..jom tgk sini.. xxx
http://madahasyiq.blogspot.com/

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved