Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Aku tak tau sama ada apa yang aku ceritakan di sini ada kaitan atau tidak dengan tajuk. Semalam mama aku ada bagi tahu melalui telefon tentang gaji pencen yang belum masuk ke dalam akaun sehingga sekarang.
Kata mama, sudah 2 kali ke Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu 20 dan 26 Januari lepas tetapi gaji pencen tetap tak masuk. Kesian mamaku. Dah la nak ke bank pun kena tunggu bas yang lalu sejam sekali. Bila sampai, duit pula tak masuk. Terpaksa mengeluarkan wang simpanannya. Nasib baik ada wang simpanan sendiri.
Mama aku dapat gaji pesara (tentera) arwah abah aku sebanyak RM109.50 sejak tahun 1989 sehinggalah Disember tahun lepas. Gaji untuk bulan Januari belum masuk lagi. Kerani bank ada memberikan 3 nombor telefon pada mamaku. Puas aku mendail, asyik sibuk sahaja taliannya. Entah bila dapat bertanya.
Aku ada terdengar berita tentang Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), telah mengemukakan lima perkara utama dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Antaranya:
1. Mengkaji semula pindahan gaji kakitangan awam Malaysia bagi gred 54 dan ke bawah.
2. Mengekalkan kedudukan kekananan kakitangan awam yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA.
3. Mengkaji semula kedudukan gaji kakitangan awam yang telah lama mencapai tahap gaji maksimum.
4. Mengkaji semula kenaikan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus.
5. Menyemak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
Adakah semakan semula ini berkaitan dengan gaji pesara mamaku juga yang tak pernah bertambah sehingga sekarang. Jika benar, Alhamdulillah. Dah lama sangat mamaku hidup ala kadar dengan duit pesara tu. Ada juga dapat bantuan Veteran ATM sebanyak RM200. Ini pun tersangkut juga. Kalau aku, duit sebanyak tu beli bahan mentah untuk seminggu memang tak cukup tapi mamaku boleh tahan untuk sebulan.
Harapan aku agar perkara ini segera selesai dalam waktu yang singkat. Kesian pada warga tua yang tertunggu-tunggu wang pencen masuk ke dalam akaun.
7 comments
Assalaamu`alaikum Iza,
bukankah kerajaan telah menambahkan pencen untun anggota ATM sebanyak 8%? Kalau tak silap saya, ada beberapa penambahbaikan untuk pencen pesara tentera seperti yang diumumkan oleh kerajaan tidak berapa lama dahulu.
W'salam..
Saya dengar pun macam tu tapi bila tunggu tengok, gaji yang mama saya dapat tetap tak berubah pun. Mungkin tak termasuk gaji askar wataniah kot. Atau pun terlepas pandang untuk isi apa2 borang @ surat yang sampai.
salam..
sikitnya gaji pencen Mama
anda tu..cukup ke nak sara
hidup dengan wang sebegitu?
Kesian lah kalau macam ni...dah lah tak seberapa lambat pulak tu.
kita tunggu apa kesudahannya
Salam.
Semoga apa yang di perjuangkan Cuepecs itu dapat dicapai. jangan pula nanti cakap di Newspaper sahaja tapi realitinya tak berani perjuangkan.
W'salam..
Entah la, sorang cukup kot.
Bila balik kg, tengok, makan tak banyak mana pun.
Kalau bawa mai rumah kami pun macam tu juga.
Tak ada la nak bermewah-mewah, sekadar bayar bil air, belanja makan dengan sewa tapak rumah pondok je.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini